27 September 2013

KJ kekal Ketua Pemuda... Shahrizat goyang? (Update... pembetulan fakta)

Dua penyandang jawatan yang dikatakan akan mengalami nasib berbeza pada Pemilihan UMNO 12 Oktober ini?
Khairy Jamaludin tidak berdepan masalah untuk mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO. Itu ramalan banyak pihak menjelang Pemilihan UMNO sayap parti itu pada 12 Oktober ini. Jangkaan itu berdasarkan empat lawan yang dihadapi ternyata bagai langit dengan bumi jika mahu dibandingkan dengan Menteri Belia dan Sukan itu.

Akhramsyah Sanusi walaupun dikatakan mampu memberi cabaran kepada KJ tetapi undi untuk beliau bagaimanapun dipecahkan oleh tiga calon lain iaitu Syed Rosli Syed Harman, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd. Karim Ali. Apatah lagi Karim juga merupakan calon dari Kedah.

Seperti yang pernah aku tulis sebelum ini, dalam pemilihan Ketua Pemuda sebetulnya pengundi boleh dibahagikan kepada dua kumpulan - penyokong KJ yang sedia menerima seorang pemimpin yang lebih terbuka, tidak terlalu totok Melayu dan juga kumpulan anti KJ kerana menilai Ahli Parlimen Rembau itu kurang Melayu dan kurang berjiwa UMNO.

Kumpulan mana yang lebih besar jumlahnya tidaklah boleh dianggarkan tetapi jika penyokong KJ tidak sebanyak mereka yang anti-KJ, kumpulan kedua terpaksa pula membuat pilihan antara empat calon iaitu Akhramsyah, Syed Rosli, Irwan Ambak dan Karim. Dan jika ini berlaku maka kemenangan sudah pasti berpihak kepada KJ yang menerima undian solid daripada penyokongnya.

Apakah pencalonan Syed Rosli, Irwan Ambak dan Karim adalah satu strategi untuk memecahkan undi Akhramsyah? Wallahuakhlam...

Selain itu kedudukan KJ sebagai menteri turut memberi kelebihan berbanding empat calon lain yang "tidak mempuyai apa-apa". Dengan jawatan menteri sudah pasti KJ dapat menjelajah ke seluruh negara (atas nama Menteri Belia dan Sukan)  untuk bertemu dengan pengundi-pengundinya ketika etika pemilihan yang begitu ketat termasuk larangan berkempen secara individu oleh calon-calon.

Bagi kerusi Ketua Wanita UMNO pula, kedudukan Shahrizat dikatakan goyang dan kemungkinan tumbang sama ada di tangan Maznah Mazlan atau Raihan Suleiman Palestin, dua calon yang bakal dihadapi penyandang kerusi tersebut.

Daripada kedua-dua pencabar Shahrizat, Maznah mempunyai lebih kekuatan selaku bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia dan "orang lama" dalam barisan Exco Wanita manakala Raihan pula hanyalah ahli biasa.

Maznah dikatakan "orang Rafidah" dan aura Rafidah di dalam Wanita UMNO dikatakan masih kuat terutama di peringkat akar umbi, walaupun sudah dua penggal wanita besi itu meninggalkan kerusi Ketua Wanita. Justeru, banyak ahli-ahli di peringkat bawah mahu melihat orang Rafidah naik menduduki kerusi no.1 sayap itu.

Raihan tidak banyak boleh diperkatakan. Mungkin sokongan daripada bekas-bekas ahli Puteri memberikan kelebihan kepadanya. Bagaimanapun, beliau dijangka tidak mampu menandingi Shahrizat mahupun Maznah.

Shahrizat pula banyak bergantung kepada undi simpati  dan rekod kejayaan beliau memimpin Wanita UMNO membantu membawa kemenangan besar UMNO pada PRU-13. Itulah jasa terbesar Shahrizat yang boleh dihandalkan beliau untuk mempertahankan kerusi tersebut. Rekod buruk Shahrizat -- tewas pada PRU-12 di tangan Nurul Izzah, kes NFC membabitkan suaminya dan kes pecah amanah melibatkan bekas Setiausaha Politiknya telah mencemarkan imej Shahrizat.

Itulah ramalan-ramalan berhubung nasib dua pemimpin sayap UMNO menjelang pemilihan parti pada 12 Oktober ini. Lalu teringat aku dengan lagu Warikh ....

"Yo.. yo.. kito monang kito monang... duo satu kecik bonar, ompet satu senyum lebar... yo!!"

21 September 2013

3 anak bekas PM, seorang menantu bekas PM...

Tu dia aih. Hari ini merupakan "hari raya" bagi ahli-ahli UMNO seluruh negara kerana hari ini ialah hari penyerahan borang pencalonan bagi calon-calon yang nak bertanding pada pemilihan UMNO kali ini. Dari jawatan tertinggi Presiden hinggalah pucuk pimpinan di peringkat bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Wow! Khabarnya proses penyerahan borang calon di Kota Kinabalu sesak teruk sampai ada yang pengsan... Huhu..! Bak kata kawan aku yang juga penyokong tegar UMNO.... Selamat Hari Raya UMNO!!!

Menarik pemilihan kali ini menyaksikan nama tiga anak bekas Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO akan merebut jawatan masing-masing di peringkat Pusat. Mereka ialah DS Najib Razak iaitu anak PM kedua, Tun Razak yang akan mempertahankan jawatan Presiden. Hemmm.... Nampak macam menang tanpa bertanding saja. Tapi tunggulah sehingga 5 petang ini apabila tempoh penyerahan borang tamat. (Psstt... khabarnya Ku Li nak cabar Najib)

Dua lagi anak PM ketiga, DS Hishammuddin anak Tun Hussein yang akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO yang turut akan ditentang oleh anak PM keempat, Datuk Mukhriz anak Tun Mahathir. Wow... Nampaknya bekas PM Malaysia meninggalkan legasi masing-masing untuk menjadi penerus kepimpinan mereka dalam UMNO.

Ops..! Jangan lupa, PM kelima pun tinggalkan legasi juga. Tapi bukannya anak, cuma menantu iaitu Khairy Jamaludin yang akan pertahan jawatan Pemuda UMNO.

Aku tahu ramai di luar sana yang tidak senang dengan situasi ini. Mereka yang bencikan UMNO tentunya akan persoal kenapa anak menantu pemimpin UMNO nak bertanding merebut jawatan tertinggi parti. Dah tak ada orang lain ke?

Hehe... pihak di sebelah sana jangan kata dulang paku serpih yeop! Pihak pembangkang baik PKR, DAP mahupun Pas lagilah teruk. Sekurang-kurang Najib, Hisham, Mukhriz mahu menduduki kerusi tertinggi UMNO ketika bapa mereka sudah meninggal dunia atau bersara. (Kecuali KJ yang menjadi Ketua Pemuda UMNO ketika bapa mentua masih menjadi PM/Presiden UMNO).

Tapi lihatlah di pihak DAP. Keluarga Lim menguasai barisan kepimpinan parti dengan bapa Lim Kit Siang masih menjadi Penasihat parti dan anaknya pula, Lim Guan Eng menjadi Setiausaha Agung parti iaitu jawatan yang mempunyai lebih kuasa daripada Presiden.

PKR lagilah teruk. Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Umum parti, isterinya Wan Azizah sebagai Presiden dan anak, Nurul Izzah sebagai Naib Presiden. Itu belum kira Azmin Ali yang juga mempunyai "hubungan istimewa" dengan Anwar.

Pas pun juga sudah terkena tempias. Nik Amar iaitu anak kepada Mursyidul Am Pas, Nik Aziz khabarnya bakal dicalonkan untuk menduduki kerusi no. 2 dalam parti. Perkara itu sudah diberi bayangan oleh Nik Aziz yang mahukan kerusi Timbalan Presiden untuk mereka berstatus "ulama" dan beliau sendiri sudah mempunyai calonnya tetapi enggan mendedahkan nama. Ramai yang membuat tekaan calon Timbalan Presiden Pas dalam kepada Nik Aziz itu ialah anaknya sendiri Nik Amar... Wallahuakhlam!

Itu dalam negara. Di luar negara pun fenomena peralihan kuasa daripada ibu bapa kepada anak menantu juga berlaku terutama di India, Pakistan bahkan Hillary Clinton isteri bekas Presiden Amerika, Bill Clinton turut mencuba nasib bertanding jawatan Presiden AS. Cuma beliau tewas, dan kemudian dilantik sebagai Setiausaha Negara AS.

Jadi kesimpulannya, puak pembangkang dan mereka yang bencikan UMNO tak usahlah nak mengata UMNO konon sebagai parti pewaris kepada anak-anak menantu kerana dalam DAP dan PKR lagi terusk. Dah macam sistem monarki dah. Jawatan tertinggi parti diwariskan oleh si bapa kepada anak atau isteri dan mereka yang cuba "mengganggu" proses  itu akan dicantas awal-awal.

Sangat demokratik parti mereka kan? Heee...

17 September 2013

Chin Peng tiada kerakyatan Malaysia.. Nah ambik kau!

Chin Peng adalah penjenayah perang, bukan pejuang negara.
Chin Peng bukan warganegara Malaysia dan tidak pernah memohon menjadi warganegara. Oleh itu mayatnya atau abunya tidak layak untuk disemadi atau dibawa pulang ke Malaysia. Titik! Tidak ada persoalan lagi.

Kalau sebelum ini ramai puak-puak prokomunis baik dalam Pas, PKR apatah lagi DAP duk bandingkan dengan Samsiah Fakeh, seorang lagi pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), kawan aku dalam satu jabatan kerajaan yang tahu selok-belok komunis ada jawapannya. Katanya Samsiah dibenar balik ke Malaysia dan dikebumikan di tanah kelahirannya kerana dia mempunyai kerakyatan Tanah Melayu manakala Chin Peng tidak ada kerakyatan Tanah Melayu/Malaya/Malaysia dan tidak pernah memohon kerakyatan.

Bukan soal Cina atau Melayu tetapi
Chin Peng bukan warganegara Malaysia!
Jadi baik Tony Phua, Lim Kit Siang anak beranak atau pun puak-puak Melayu komunis dalam Pas duk persoal kenapa Chin Peng tidak dibenar kembali ke Malaysia bahkan abunya juga tidak boleh dibawa ke Malaysia, inilah salah satu sebab utamanya.

Lain-lain sebab, kerajaan bimbang jika mayat bapak komunis Malaya yang sudah bunuh beratus-ratus askar Melayu ini dibawa pulang, sudah pasti Cina-cina DAP dan Melayu-melayu tolol yang mengangkat komunis sebagai pejuang negara, akan memberikan penghormatan kepada penjenayah perang ini.

Dan jika keadaan itu berlaku tidak mustahil askar-askar Melayu atau anak cucu mereka yang kehilangan ayah dan datuk akibat pembunuhan kejam komunis tidak duduk diam melihat puak-puak komunis berarak di Sitiawan sambil menjulang dan mengangongkan pemimpin komunis ini.

Betul komunis sudah menyerah kalah, komunis sudah meletakkan senjata dan para pemimpin mereka sudah tua, uzur dan ada yang sudah meninggal dunia, tetapi ketahuilah ideologi komunis masih utuh meresap ke dalam pemikiran anak-anak muda hasil gerakan halus sejak sekian lama yang menggunakan parti-parti politik dan pertubuhan NGO.

Buktinya, apabila tiada lagi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sebelum ini ditakuti mereka, maka mereka ini semakin lantang melaungkan sokongan kepada perjuangan komunis bahkan dengan beraninya mengangkat Chin Peng atau Mat Indera sebagai pejuang negara.

Lalu apa kaitan Chin Peng dengan DAP? Berikut jawapan sahabat aku itu:

Chin Peng @ Ong Boon Hua adalah BAPA SAUDARA kepada Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham manakala Koo Ham pula adalah sepupu kepada Ngar Kor Meng. Maknanya kedua-dua pemimpin DAP Perak ini BERBAPA SAUDARA Chin Peng.

Menariknya, dikatakan IBU bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin pula adalaha IBU SAUDARA kepada Koo Ham dan Kor Meng dan SEPUPU kepada Chin Peng.

Jadi berdasarkan susur galur keluarga ini maka jelaslah kenapa DAP dan Pas beriya-iya mahukan agar Chin Peng dibenarkan pulang ke tanah air, kata kawan aku itu.

Sama ada benar atau tidak hubungan pemimpin DAP/Pas Perak dengan Chin Peng ini aku tidak dapat sahkan. Mungkin ada kawan-kawan boleh sahkan, dipersilakan.

Apa yang pasti Chin Peng adalah penjenayah perang bukan pejuang negara. Beliau menentang British kerana mahu menubuhkan pemerintahan komunis di Tanah Melayu bukannya membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah. Ini bermakna kalau British berjaya ditewaskan maka Tanah Melayu menjadi salah satu negara blok komunis yang berpaksikan pemerintahan komunis di China. Keluar mulut buaya, masuk mulut naga.

Malahan 2 minggu memerintah Tanah Melayu (selepas pengunduran Jepun) sudah cukup bagi komunis membunuh ribuan rakyat tidak berdosa tanpa mengira bangsa. Bahkan mengikut fakta, orang Cina lebih ramai dibunuh oleh komunis berbanding orang Melayu. Sebab itu adanya penempatan kampung baru, yang bertujuan mengawal kegiatan komunis.

Tapi hari ini pembunuh rakyat itu yang dijulang oleh puak-puak ini bahkan ada juga Melayu tolol yang tolong mendoakan kesejahteraan kepada Chin Peng sedangkan kenyataannya KOMUNIS adalah fahaman ANTI-AGAMA.

Subhanallah!

Melayu tolol yang mendoakan untuk Chin Peng
walhal komunis tidak percaya kepada agama!

11 September 2013

Hisham tercorot... Mukhriz gugat Zahid?

Pemilihan UMNO belumpun berlangsung malah borang pencalonan pun belum diajukan tetapi cakap-cakap tentang nasib calon yang nak bertanding dah kedengaran. Jawatan paling hot dibualkan ialah Naib Presiden UMNO.

Setakat ini tiga penyandang iaitu DS Hishammuddin Hussein, DS Ahmad Zahid Hamidi dan DS Shafie Apdal sudah mengesahkan untuk mempertahankan jawatan mereka. Mereka akan dicabar pula oleh orang lama yang juga bekas Naib Presiden iaitu TS Isa Samad dan DS Ali Rustam. 

Lain-lain calon belum ada lagi yang mengesahkan untuk masuk gelanggang walaupun Dt Mukhriz Tun Mahathir ada menyebut untuk mempertimbangkannya. Tarikh tutup penyerahan borang pencalonan ialah 28 September.

Bagaimanapun, kini berlegar SMS dan suara-suara konon kedudukan sokongan akar umbi terhadap calon-calon Naib Presiden yang bertanding sudah dapat diketahui. Pelik, macam mana boleh keluar "soalan bocor" seperti ini sedangkan "ujian" sebenar belum bermula.

Mengikut cakap-cakap itu Zahid kini mendapat sokongan tertinggi dalam kalangan akar umbi yang akan membuat pemilihan pada 19 Oktober ini. Nama Zahid mencangak selepas beliau mengembalikan "kejantanan" PDRM dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri melalui pelbagai operasi, terutama membanteras jenayah berat serta pendatang haram.

Zahid juga lantang mempertahankan kalimah Allah, mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mempermainkan Islam, mempersendakan agama dan para Cinabeng yang tidak menghormati kedaulatan negara dan kesucian Islam.

Manakala kedudukan Hishammuddin pula dikatakan tercorot setelah gagal mengangani pelbagai isu berkaitan agama Islam, bangsa Melayu dan raja-raja Melayu. Beliau yang lebih gemar memberi amaran demi amaran dianggap sebagai menteri yang lembik.

Berikut kedudukan calon-calon Naib Presiden seperti yang beredar menerusi SMS dan laman sosial:
1. Zahid Hamidi
2. Shafie Apdal
3. Isa Samad
4. Mohd Ali Rustam
5. Hishammuddin Hussein

Dan seandainya Mukhriz memasuki gelanggang beliau dikatakan berpeluang cerah untuk mengisi salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden. Malahan dikatakan Mukhriz mampu menggugat kedudukan Zahid jika Menteri Besar Kedah itu menyahut seruan akar umbi.

Apapun ini hanyalah berdasarkan jangkaan dan ramalan sesetengah pihak sahaja sedangkan keputusan sebenar hanya dapat diketahui selepas semua bahagian UMNO membuat pemilihan 19 Oktober ini.

02 September 2013

Minyak naik harga, rakyat naik minyak!!

Begini jadinya bila pengguna dah naik minyak gara-gara harga minyak naik.
Harga RON95 dan diesel naik  20 sen mulai esok.... Dush! dush! dush!

Apa pun alasan diberikan Najib, rakyat tetap akan marah, termasuklah akar umbi UMNO yang akan memilih barisan pucuk pimpinan parti Oktober ini.

Bagi aku idea menaikkan harga petrol ini adalah datangnya daripada para punahsihat Najib dalam Pemandu. Pemandu ni menguruskan negara macam urus syarikat. Syarikat mana boleh rugi, kalau rugi kena jimat kat mana-mana.

Itulah masalahnya bila Pemandu yang menjadi penasihat ekonomi Najib ini diuruskan oleh orang korporat yang 'pandai naikkan keuntungan syarikat' dengan jual aset.  Punah...

Sebab dah tak ada aset negara yang boleh dijual (selepas cadangan nak jual MAS ditolak), maka langkah nak pastikan negara untung ialah mengurangkan subsidi kerajaan kepada rakyat. Maka naiklah harga minyak!

Khabarnya tarif elektrik dan air pun akan naik lepas ni... Tunggu sajalah!

01 September 2013

Kongsi gelap dah gempur, pengkhianat negara bila lagi?

Tahniah Zahid sebab berani gempur penjenayah kongsi gelap. Nampaknya keputusan Najib swap jawatan Zahid dan Hishammuddin adalah tepat. Aku tak boleh bayangkan jika Hisham terus menerajui KDN selepas PRU-13. Sudah pasti semakin banyak amaran dikeluarkan, termasuk terhadap para penjenayah berat ini.

Tetapi sejak Zahid menerajui KDN beberapa tindakan tegas telah dilaksanakan. Memuktamadkan isu kalimah Allah, menarik balik taraf Pemustautin Tetap (PR) pemilik resort yang benarkan surau diijadikan tokong Buddha, mendesak menteri Hindraf letak jawatan dan yang terbaru membanteras penjenayah berat menerusi Ops Cantas Khas.

Tidak cukup dengan itu nama-nama 49 pertubuhan haram dan kongsi gelap didedahkan kepada orang ramai. Malah logo pertubuhan itu juga turut disiarkan. Pendek kata para ahli kongsi gelap yang dipercayai melebihi 40,000 orang kini panas punggung.

Tahniah Zahid... tahniah!

Ramai orang melihat Zahid lebih lantang dan berani berbanding Najib. Kalau duduk di kedai kopi sekarang tidak ada perkara lain yang dibincang, melainkan ketidakberanian Najib dan ketegasan Muhyiddin dan Zahid.

Malangnya selepas PRU-13 berakhir rakyat masih tertunggu-tunggu tindakan Zahid terhadap para pengkhianat negara yang menjadi dalang pencerobohan Lahad Datu sehingga mengorbankan anggota keselamatan negara.

Sedangkan Zahid semasa PRU-13 berjanji akan mendedahkan dalang terbabit, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan. Rakyat sebetulnya sudah hilang sabar menunggu. Tunggu apa lagi nak bertindak. Kalau dah cukup bukti, seret mereka ke muka pengadilan!! Itulah yang rakyat mahu.

Rakyat juga mahukan ketegasan Zahid bertindak terhadap para petualang yang tidak putus-putus menghasut rakyat, menghidupkan semula dan mengangkat perjuangan komunis dan menghina kedaulatan negara.

Balu-balu perajurit negara yang terkorban di Lahad Datu ini sudah pasti mengharapkan kerajaan bertindak tegas terhadap pengkhianat negara yang menjadi dalang pencerobohan pengganas di Sabah.

Rakyat juga mahu lihat Hishamuddin Rais, Adam Adli dan A Samad Said diseret ke muka pengadilan kerana menghina Jalur Gemilang, mempersenda kemerdekaan negara. Rakyat mahu melihat Zahid bertindak terhadap para Cinabeng yang sewenang-wenang memperlekehkan agama Islam, mencari pasal dengan Melayu menerusi provokasi berunsur perkauman dan menghina Melayu.

Sampai bila mereka ini dimaafkan... sampai bila mereka dibiarkan menghasut rakyat secara berleluasa tanpa tindakan. Apakah sekadar mereka dipanggil memberi keterangan kepada polis, yang akhirnya mereka kembali ke jalanan dan menghasut rakyat agar negara menjadi huru hara.

Ya,  Zahid sudah bertindak tetapi rakyat mahu lebih. Bukan sekadar para anggota kongsi gelap. Rakyat juga mahu melihat tindakan terhadap pengkhianat negara! Bila lagi Zahid!!

Warkah terakhir buat kekasih sebelum maut menjemput...




Warkah terakhir arwah untuk sang kekasih... - Foto On The Scene



"Saya Muhammad Fizrul  Ramli berjanji memutuskan hubungan dengan  (nama gadis). Saya tidak akan mengganggu /mencari (nama gadis) lagi. Saya akan  memulangkan gambar (nama gadis).

Itulah sepucuk warkah yang ditulis oleh Muhammad Fizrul Ramli yang ditujukan kepada kekasihnya atau bekas kekasihnya (yang namanya dirahsiakan). Warkah itu adalah warkah terakhir Muhammad Fizrul kepada si gadis yang dicintainya itu sebelum dia maut dalam kemalangan jalan raya di lebuh raya ELITE petang semalam.

Surat tersebut bersama sekeping gambar yang sudah dikoyak-koyak ditemui bersama beberapa  barang milik arwah yang bertaburan di  tempat kejadian.

Surat itu bertulisan tangan dan sudah basah serta  berlipat. Surat itu ditandatangani oleh arwah dan pihak si kekasih mungkin satu perjanjian bahawa hubungan pasangan ini sudah berakhir.

Dalam kejadian petang semalam kereta MyVi dipandu arwah terbabas ketika hujan lebat sebelum merempuh tiang lampu dan sebatang pokok. Turut terbunuh rakannya, Azwan Abd. Aziz, 21. Kedua-duanya mati di tempat kejadian.

Cerita lanjut boleh baca dalam On The Scene di sini!


Kereta MyVi dipandu arwah selepas terbabas dan merepuh tiang lampu dan sebatang pokok di Lebuh Raya Elite petang semalam. - Foto On The Scene

Aku tak boleh bayangkan perasaan si gadis berkenaan apabila mengetahui tragedi yang menimpa ke atas sang (bekas) kekasih. Daripada surat itu aku boleh bayangkan mereka membuat keputusan untuk berpisah tetapi ternyata perpisahan itu adalah perpisahan buat selama-lamanya. Arwah pergi meninggalkan kekasih kerana dijemput Allah.

Subhanallah maha suci Allah Tuhan sekalian alam.

Al-fatihah buat Muhammad Fizrul Ramli dan Azwan Aziz. Sesungguhnya apa yang berlaku adalah kerana ketentuan Allah.

Amin