21 December 2014

Demam Harimau Malaya belum kebah.... Bagus!

AZAMUDDIN Akil antara pemain "tua" yang menjadi ayam tambatan Dollah Salleh pada Piala AFF Suzuki kali ini.
BANYAK pula kawan-kawan tanya pasal permainan Harimau Malaya pada final kedua Piala AFF Suzuki malam tadi. Hee... Maaf! Aku tak sempat tengok sebab kena bergerak ke KLIA. Jemput mentua yang baru pulang dari Jakarta.

Walaupun tak tengok visual di TV apa lagi stadium, tapi aku duk dengar menerusi radio. Terima kasih HotFM. Dah lama tak dengar siaran langsung bola menerusi radio. Seingat aku dulu-dulu masa zaman TV hitam putih, orang kampung mengerumuni corong radio nak dengar siaran langsung bola. Heee... back to the future!

Oleh sebab aku tak tengok secara visual maka tak adillah aku nak beri komen. Tapi secara kasar aku boleh nilai punca kegagalan anak-anak buah Dollah Salleh merampas Piala AFF Suzuki ialah sebab faktor usia pemain. Bak kata Dollah sendiri, pemain kita "pancit".

Memang betul pun. Kalau kita tengok para pemain kita rata-rata berusia 28 tahun dan ke atas. Malah ada pemain yang berusia lebih 30 tahun termasuk Indra Putra, Syukor Adan, Safee Sali dan Badri Radzi. Ini berbeza dengan para pemain Thailand yang rata-rata di bawah 30 tahun.

Dah la lawan Vietnam di separuh akhir hari tu kita dah kerah tenaga separuh mati sebelum menang dengan 4-2 (agregat 5-4). Kemudian kita bermain bermatian pula di Bangkok sebelum tewas 0-2 kepada Thailand pada final pertama, malam tadi para pemain kita mengerah pula segala kudrat yang ada untuk memastikan kita boleh atasi pasukan Gajah Putih ini 3-0.

Betul kita berjaya mencapainya tetapi malangnya sebab kudrat dah habis maka kita tak mampu pertahankan 3-0 yang diperoleh sebelum Thailand menyambar  dua gol di 10 minit terakhir permainan. Kejamkan permainan bola sepak ni?

Apa pun tahniah buat Dollah Salleh sebab dalam tempoh 4 bulan ambil alih latihan Harimau Malaya daripada Rajagobal, skuad beliau masih boleh mampu mara ke final Piala AFF Suzuki, walaupun pada awalnya ramai yang mengkritik beliau dan tidak yakin dengan kemampuan pemain "tua" yang dipilih.

Jadi, mari kita lupakan episod duka Piala AFF Suzuki. Misi memburu kejuaraan lain masih banyak menunggu.

Cuma aku harap selepas ini para pemain skuad Harimau Muda yang kini di bawah kendalian Ong Kim Swee dapat mengisi para pemain senior dalam Harimau Malaya. Banyak pemain yang boleh diketengah sebagai pemain senior, sepertimana Fadli Shas, Muslim Ahmad, Zubir Azmi dan Khairul Fahmi yang diketengahkan oleh Rajagopal sebelum ini.

Apa pun deman Harimau Malaya belum kebah!

Share this

0 Comment to "Demam Harimau Malaya belum kebah.... Bagus!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.