05 December 2014

KJ... Awak kat mana? Awak kat mana? Ada penulis "serang" you!


AKU cukup tidak selesa apabila membaca tulisan-tulisan penulis politik, Yahaya Ismail dalam Facebooknya yang tidak henti-henti menyerang KJ sejak akhir-akhir ini, lebih-lebih lagi ketika PAU2014 berlangsung dan selepas PAU. Antara tuduhan aku rasa cukup berat ialah apabila mengaitkan Ketua Pemuda UMNO ini sebagai talibarut Zionis dan AS.

Lihatlah tulisan-tulisannya dalam Facebook beliau (kalau dia belum delete-lah). Aku tak berapa kenal penulis yang orang panggil Pak Ya ni tapi ada beberapa kali juga aku terbaca tulisannya di media sosial. Aku tengok gaya penulisannya cukup lantang mengkritik dan menghentam para pemimpin yang mereka tidak gemari.

Dalam hal KJ ni, aku dapati serangannya cukup besar dan tidak henti-henti. Orang kata kalau dalam peperangan ia adalah serangan hendap. Lepas satu persatu beliau serang KJ daripada isu menantu bekas Perdana Menteri sehinggalah dikaitkan dengan Israel dan AS di samping Anwar Ibrahim.

Aku tak berani nak komen apa yang beliau utarakan. Cuma aku harap KJ dapat tampil menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau ini, sebelum ia menjadi nanah dan berbarah sehingga memecah-belahkan UMNO, khususnya dalam kalangan Pemuda.

KJ tidak boleh berdiam diri sebab tuduhan yang dilemparkan ke atasnya cukup berat, apatah lagi dikaitkan dengan Zionis Israel dan Yahudi AS. Ini kerana KJ dilihat oleh ramai orang UMNO sebagai pemimpin masa depan parti.

Jika benar seperti apa yang diutarakan oleh Pak Ya, KJ perlu berundur daripada parti dan Kabinet bagi mengelak lebih banyak kerosakan berlaku dalam UMNO dan kerajaan. Tetapi jika semua tuduhan itu sebagai fitnah, KJ perlu mengambil tindakan menyaman penulis ini.

KJ perlu tampil menjawab!

Share this

0 Comment to "KJ... Awak kat mana? Awak kat mana? Ada penulis "serang" you!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.