03 December 2014

Cerita gadis cantik ditoreh muka... (I'm back!)

Phewww....! Dah lama tak update blog ni. Dah bersarang labah-labah. Huhu... Apa pun aku sebagai penulis blog Mesin Taip Buruk masih hidup dan masih sihat walafiat. Tidak seperti dilaporkan sesetengah rakan blog.


Wajah terbaharu Nur Syafiqa Lan selepas keluar dari hospital ekoran cedera ditoreh dengan pisau di bahagian muka. Dia menerima kunjungan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di rumahnya, di Pasir Puteh hari ini. - Foto Ehsan Puteri UMNO
CERITA gadis cantik dari Pasih Puteh, Kelantan yang cedera dimuka kerana ditoreh dengan pisau oleh salah seorang daripada dua penyamun yang menceroboh rumah mereka menjadi bualan hangat sejak kelmarin. Mungkin sebab mangsa, Nur Syafiqa Lah, 22, yang berwajah ayu sehinga menjadi bualan ramai barang kali.

Banyak cerita yang jelas dan yang tidak jelas mula tersebar di media sosial tentang motif serangan ke atas  gadis manis ini. Ada yang kata kerana bekas kekasih cemburu selepas dia bertunang dengan lelaki lain. Ada yang kata dia hampir jadi mangsa rogol jantan dan macam-macam lagi.

Aku tak berani nak kata apa puncanya sebab aku bukanlah detektif yang menyiasat kes ini. Kalau aku penyiasat pun takkan aku nak bagitahu sebab sebenar kejadian. Tunggulah suspek yang masih lagi bebas ini tertangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Entahlah. Ada orang kata hidup di Malaysia ini dah tak selamat. Berjalan di jalan kena ragut, rogol atau bunuh. Bawak kereta atas jalan pun boleh mati eksiden atau jadi mangsa buli. Tinggal dalam rumah sendiri pun boleh jadi mangsa jenayah. Bila orang tanya kat mana kawasan selamat di negara kita sekarang ini, aku sendiri terdiam. Terkedu, tak tahu kat mana... Mungkin dalam kubur kut?



Apa dah jadi dengan NKRA lah NKEA lah yang diwar-warkan kerajaan sebelum ini? Konon nak atasi masalah jenayah tetapi nampaknya kejadian-kejadian jenayah aku dan rakyat nampak macam makin serius. Yelah. Kalau dulu banyak kes jenayah rompak bank, sekarang ini kes ragut, samun dan pecah rumah pula yang berleluasa. Indeks jenayah khabarnya makin menurun tapi hari-hari ada kes bunuh, rompak, samun, rogol boleh dibaca dalam surat khabar.

Kerajaan boleh kata macam-macam tapi kenyataannya rakyat nampak kes jenayah tetap tinggi sampai kan mereka sendiri tak faham mana yang betul. Bila timbul persoalan ini mulalah rakyat nak salahkan kerajaan BN dan UMNO. Dan bila puak pembangkang duk jaja kata kerajaan penipu dan perosak rakyat, maka rakyat dengan segera percaya.

Perghhh... susah ini macam.



Share this

0 Comment to "Cerita gadis cantik ditoreh muka... (I'm back!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.