03 December 2014

Komunis berkembang semula di Pulau Pinang?

Sat lagi ada puak-puak haram kata ini poster UMNO yang bikin....
BIAR betul? Aku tepuk dahi bila seorang sahabat tunjukkan gambar banner mengenai majlis makan malam memperingati perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) di Pulau Pinang. Apa dah jadi dengan Malaysia ni?

Mau tidaknya. Kalau sebelum ini (dan aku rasa sampai sekarang pun) kerajaan Malaysia dah haramkan PKM tapi sejak akhir-akhir ini kegiatan memperingati parti komunis itu makin menjadi-jadi. Selalunya di Pulau Pinanglah, negeri yang dikuasai Cina DAP sejak PRU-12 tahun 2008 lalu. Kalau dulu mereka main sorok-sorok sekarang dah berani terang-terangan.

Aku tak tahu sejauh mana Akta Hasutan 1948 yang Najib dah umum akan dipertahan malah ditambah baik boleh halang kegiatan komunis ini tersebar tetapi setahu aku sehingga kini belum ada tangkapan dibuat kepada penghasut-penghasut yang mengagungkan komunis ni. Nak kata tak ada bukti, banner dan bunting yang digantung di tepi jalan sudah terang lagi bersuluh. Lalu apa lagi yang pihak berkuasa tunggu?

Kalau ada ISA dulu senang cerita. Mana-mana puak yang duk berusaha kembangkan fahaman komunis ni sumbat saja dalam kem Kemunting 2 tahun. Kasi cuci otak mereka bersih-bersih. Sekurang-kurang bila duk dalam 2 tahun tu bolehlah aman negara. Tapi malang ISA dah tak ada. Maka berleluasalah gerakan mengembalikan fahaman dah semakin pupus dalam dunia ni.

Sebelum ini aku dengar khabar ada puak-puak tertentu yang menaja anak-anak muda menziarahi bekas negara-negara berfahaman komunis dan kemudian ditanam dengan sentimen sosialis dan komunis di kalangan mereka. Aku tak tau sejauh mana kebenaran tapi sebaiknya pihak berkuasa kenalah siasat. Sebab cerita mengenai hal ini pun dah tersebar. Bak kata orang kalau tak ada berok yang goncang masakan pokok boleh bergoyang.

Isu pengembangan semula fahaman komunis ini patut diberikan perhatian serius oleh KDN dan PDRM. Bak kata PM dalam PAU hari tu, sekarang ini tidak ada lagi amaran amaran.. terus saja diambil tindakan.
Jadi pak menteri? Bila lagi?

Siasat siasat siasat... tindakan tarak! Chait!

Share this

0 Comment to "Komunis berkembang semula di Pulau Pinang? "

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.