16 December 2014

Laskar Merah Putih akhirnya berjaya "serang" Malaysia



PERGH.... Tengok puak-puak Laskar Merah Putih (LMP) yang duk berdemo anti-Malaysia kat Jakarta ni naik gerun. Malaysia mahu diserang dan diganyang. Takuuuttttt.......

Tengok uniform celoreng hitam-merah dan wajah-wajah bengis macam ni mahu terkencing orang Malaysia tengok. Masakan tidak bendera Jalur Gemilang mereka bakar, kedutaan kita dilempar tahi, pelajar Malaysia di Jakarta ditahan dan dihalau sehinggakan mereka nak pergi kuliah pun diiringi anggota polis. Bengisnya puak-puak ini.

Rupa-rupanya mereka sebetulnya mudah untuk dijinakkan. Tak perlu Malaysia hantar bala tentera atau pasukan khas untuk mematahkan puak-puak ini. Cukup dengan hantar Tok Him Perkasa. Depa boleh tumbang habis.

Tak caya tengok ni...


Kasi makan nasi padang kat Kampung Baru, Kuala Lumpur macam ni saja dah cukup. Hebat pukulan Tok Him. Tengoklah Ketum LMP tu dengan khusyuk menjamu selera di sebelah Tok Him. Hehehe... Hilang bengkengnya! 


Dah habis makan, kita santai-santai pulak sambil pekena rokok & menghirup udara segar Kuala Lumpur.... Hemmm.... 


Lepas tu... Tudia! LMP dengan Perkasa boleh bergandingan tangan. Siap berjanji untuk membantu mempertahankan Malaysia daripada ancaman musuh. Puiii... Mana semangat berkobar-kobar LMP nak serang Malaysia tu?

Hehe... Dalam filem Laksamana Do Re Mi depa panggil orang macam ni "hero tahi kucing"!

Kehkehkeh...

Share this

0 Comment to "Laskar Merah Putih akhirnya berjaya "serang" Malaysia"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.