04 December 2014

Menunggu keputusan rayuan kes liwat.... Uh uh...

TERKINI:
Hoho... baru tulis dah jawab. Cepatnya.... Berikut kenyataan Ketua Hakim Negara berhubung kes liwat Anwar Ibrahim yang aku ambil dari Utusan Online sebentar tadi:
KUALA LUMPUR 4 Dis. - Mahkamah Persekutuan sedang menyiapkan penghakiman berhubung rayuan terakhir Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas sabitan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, beliau tidak dapat memberikan tarikh tepat kerana panel hakim masih menyiapkan penghakiman mereka. - Utusan Online



POS ASAL:
APA dah jadi dengan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim yang sudah diperdengarkan di perigkat Mahkamah Persekutuan tempoh hari? Sudah lebih sebulan kes tersebut diperdengarkan di mahkamah tertinggi negara itu tetapi sehingga kini tiada tanda-tanda keputusan bakal diumumkan.

Sekarang ini rakyat tertanya-tanya apa dah jadi dengan keputusan tersebut? Apakah Ketua Hakim Negara yang mengetuai perdengaran kes itu mahu menunggu 6 tahun lagi untuk umum keputusan kes yang berlarutan sejak lebih 6 tahun lepas tu?

Kalau Anwar bersalah, katakanlah dia bersalah. Kalau dia terbukti tidak bersalah bebaskanlah dia. Rakyat nak tahu keputusan dengan kadar segera sebab mereka sudah muak dan mual untuk bercakap soal kes liwat Anwar ke atas pembancuh kopinya sendiri, Saiful Bukhari Azlan tu.

Aku dan sebahagian besar rakyat Malaysai nak lihat kes ini dibicarakan secara adil dan mangsa yang juga pelapor serta orang kena tuduh (OKT) juga diperlakukan dengan adil, setara dengan pelaku-pelaku kes jenayah lain. Ini tidak, walaupun mahkamah rayuan sudah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar, dia masih lagi secara bebas sebebasnya menghirup udara di luar penjara.

Malah dia juga bebas untuk bercakap dan berceramah di serata pelosok negara untuk mempertahankan diri di luar mahkamah (walaupun di mahkamah, ketika diberi peluang, dia tidak berbuat demikian). Lebih teruk walaupun sedang menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan, dia masih lagi dibenar untuk ke luar negara, dan mempengaruhi para pemimpin dunia berhubung kesnya.

Itu pun pencacai dan macai-macai Anwar masih lagi menuduh kerajaan Malaysia zalim dan tidak adil. Sedangkan pesalah lain terpaksa merengkok di penjara sementara menant keputusan mahkamah, dia masih lagi diberi peluang untuk bersama isteri, anak-anak dan cucu di rumah serta "makan angin" di luar negara.

Kalau macam inilah, betullah apa yang dikatakan bahawa kerajaan berlaku zalim... zalim dan tidak adil kepada pesalah lain.

Kalau kau tanya  apa kaitan surat penarikan balik gelaran Datuk Seri oleh Sultan Selangor dengan cerita aku, jawapannya Sultan Selangor bersikap lebih adil dan saksama terhadap Anwar berbanding mahkamah Malaysia.

Orang yang bersalah harus dihukum dan tidak perlu memilih kasih!

Share this

0 Comment to "Menunggu keputusan rayuan kes liwat.... Uh uh..."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.