04 December 2014

Pelajar pondan dibayar RM225,000? Wow....


OH mak aih! Beruntunglah jadi pondan.

Gara-gara tak dibenar guna tandas dengan pelajar lain, seorang budak sekolah yang tidak jelas status jantinanya a.k.a pondan telah menerima habuan sebanyak RM225,000. Wow!!

Sabar... sabar... Kes ini berlaku di AS bukan di NS.

Ceritanya begini, sebuah sekolah menengah di Maine, AS telah mengarahkan seorang pelajar pondan, Nicole Maines untuk menggunakan tandas kakitangan sekolah selepas dia tidak dibenarkan guna tandas pelajar.

Nicole, 17,  yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi telah cenderung ke arah kewanitaan sejak berusia 2 tahun itu sebelum ini menggunakan tandas perempuan untuk "membuang hajat".

Bagaimanapun pihak sekolah mengarahkan dia menggunakan tandas kakitangan selepas mendapat bantahan datuk seorang pelajar lelaki di sekolah itu.

Akibatnya, keluarga Nicole telah menyaman pihak sekolah kerana menganggap sekolah tersebut melanggar hak asasi manusia.

Ekoran itu, mahkamah telah mengarahkan keluarga Nicole diberikan pampasan sebanyak $75,000 atau RM225,000, iaitu kes pertama seumpamanya berlaku di mahkamah tinggi AS.

Siapa sangka gadis secantik Nicole Maines ini rupa-rupanya ada "burung"...
Hemm... Bila baca kisah Nicole ini teringat kes pondan-pondan yang dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia daripada kesalahan berpakaian wanita di khalayak ramai dengan alasan tangkapan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) itu melanggar Perlembagaan negara.

Selepas ini pondan-pondan boleh memperagakan pelbagai jenis pakaian wanita waima menjolok mata sekali pun sebab ia tidak melanggar Perlembagaan negara dan atas nama hak asasi manusia.

Lalu di mana pondan-pondan ini nak melepaskan hajat mereka ya? Di tandas wanita ke tandas lelaki? Atau perlu menyediakan tandas khas untuk pondan?


Nota: Pernah nampak pondan kencing belakang pokok!

Share this

0 Comment to "Pelajar pondan dibayar RM225,000? Wow...."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.