17 December 2014

PM pendekkan percutian, lagi ADUN PKR letak jawatan

PM PENDEKKAN PERCUTIAN GARA-GARA 1MDB?


Betul ke? PM yang sedang bercuti selepas lawatan rasmi ke Korea Selatan baru-baru ini telah memendekkan percutiannya gara-gara isu 1MDB?

Betul ke hari ini PM telah memanggil pengurusan tertinggi 1MDB ke pejabatnya? Betul ke Najib sedang tertekan dengan isu ini dan sedia untuk letak jawatan?

Wow... itulah antara mesej-mesej yang bertalu-talu masuk ke WhatsApp aku hari ini....

Tapi aku tak ada jawapan bagi semua soalan ini. Maaf!


ADUN PKR SABAH LETAK JAWATAN

Tak habis-habis letak jawatan. Lepas satu satu. Memanglah puak-puak depa ni tak boleh dipilih sebagai wakil rakyat, Asyiklah nak letak jawatan.

Terbaru ADUN Inanam, Sabah Roland Chia dalam FB-nya menyatakan hasrat melepaskan jawatannya dengan alasan masalah kesihatan.

Hadoii... Kalau betullah nampaknya sekali lagi pilihan raya kecil (PRK) diadakan dengan sengaja kerana wakil rakyat PKR ni asyik letak jawatan. Setakat ini seingat aku dah beberapa kerusi PKR dilepaskan dengan sengaja.

Hemm....

Share this

0 Comment to "PM pendekkan percutian, lagi ADUN PKR letak jawatan"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.