05 December 2014

Banyak lagi gelaran tanpa diminta oleh Anwar...

ANWAR Ibrahim kata dia tak minta gelaran Datuk Seri tapi Almarhum Sultan Salahuddin, ayahanda Sultan Selangor sekarang yang berikan kepadanya. Dah orang kasi dia ambiklah. Jadi kalau nak tarik balik pun dia memang tak terkilan pun, apa lagi nak hairan.

Lagipun banyak lagi gelaran yang ada pada Anwar yang sebahagian besarnya tidak diminta pun. Ia bukan saja gelaran yang diberikan oleh sultan, malahan juga oleh kawan dan lawan. Hemm... rakyat pun banyak juga memberi gelar kepadanya, tanpa diminta.

Antara yang paling femes ialah gelaran ALJUBURI yang diberikan oleh Mat Sabu ketika dia berdepan kes liwat pertama dahulu.

Gelaran Al-Juburi itu kekal sehingga hari ini walaupun Mat Sabu sekarang sudah tidur sebantal dengan Anwar. Al Juburi ini juga kekal ekoran kes liwat keduanya ke atas Saiful Bukhari yang masih lagi tergantung keputusannya ekoran masa yang terlalu lama diambil oleh barisan hakim yang mendengar kes itu di Mahkamah Persekutuan tempoh hari.

Anwar juga tidak mahu gelaran Presiden walaupun dia pernah jadi Timbalan Presiden UMNO dan cita-cita nak jadi Presiden UMNO bungkus selepas dia dipecat daripada parti. Atas sebab itu sehingga kini dia tidak pernah memegang jawatan Presiden PKR, jauh sekali untuk bertanding jawatan itu walaupun parti itu ditubuhkan untuk membelanya dan memperjuangkan agenda politik peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri. Sebaliknya dia melantik dirinya sendiri sebagai Ketua Umum PKR yang kemudiannya digelar (sekali lagi tanpa diminta) KETUM (singkatan kepada Ketua Umum).

Anwar juga tanpa diminta turut diberi gelar CIFU ekoran ayat manis yang digunakan oleh beliau ketika memujuk Saiful Bukhari untuk melampias nafsunya terhadap budak pembancuh kopi dan penyedia karipapnya itu. Ini didedahkan Saiful sendiri dalam mahkamah ketika sesi perbicaraan kes liwat II sebelum ini.

CIFU yang diberi gelar kepada Anwar merujuk perkataan Can I Fuck U yang digunakan Anwar ketika memujuk Saiful Bukhari sebelum meliwatnya.

Maka atas sebab itu Anwar tidak terkilan dengan penarikan balik gelaran Datuk Seri tersebut kerana di dahinya masih ada puluhan gelaran lagi yang diberikan ke atasnya dan semuanya tanpa diminta.

Share this

0 Comment to "Banyak lagi gelaran tanpa diminta oleh Anwar..."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.