19 August 2015

Bekas pemimpin UMNO simpan berguni duit... Biar betek?

Kaya tahap dewa.. tidur pun atas duit...
Betul ke tak betul aku tak pasti. Seorang kawan aku memaklumkan yang dia pernah nampak longgokan wang tunai dalam sebuah bilik rahsia di rumah bekas pemimpin UMNO. Katanya dia terlihat wang itu ketika diminta tokoh veteran UMNO berkenaan untuk ambil sesuatu.

Kawan aku itu mendakwa dia sangat akrab dengan bekas pemimpin ini dan rumah tokoh berkenaan dah macam rumah keduanya. Makan tidur dan kadang-kadang berkampung di rumah pemimpin ini. Maklum perjalanan politik tokoh ini tidaklah lancar dan sering dilambung badai termasuk terpaksa keluar daripada UMNO untuk menyertai parti politik lain. Jadi dia banyak menghabiskan masa di rumah pemimpin tersebut untuk membincangkan strategi politik.

Aku juga pernah mendengar cerita orang kuat parti ini menyimpan duit tunai dalam rumah. Dikatakan mereka tidak gemar menyimpan wang mereka di bank sebab kelak dapat dikesan oleh pihak tertentu. Silap-silap kena mengadap pegawai penyiasat SPRM kalau tak oleh income tax.

Ini contoh orang kaya tapi bodoh... heee

Seorang rakan lagi bercerita, dia pernah mengikut seorang calon dari UMNO untuk berkempen dalam satu pilihan raya umum. Dia duduk di bahagian belakang kereta itu tergamam apabila melihat calon wanita ini diberikan selonggok wang tunai dari seseorang ketika bertemu di satu simpang jalan.

"Aku ingatkan apa yang diberinya. Tengok tudia selonggok duit cash. Aku tak tahu berapa banyak tapi banyaklah. Tapi harammm... sekeping pun tak kasi aku yang duk kat belakang ni," cerita rakan aku itu suatu ketika dahulu,yang sampai sekarang masih aku ingat kata-katanya.

Teringat pula cerita kawan aku yang juga mantan wakil rakyat yang bercerita bagaimana ramai yang datang untuk memberi derma kepadanya ketika bertanding dalam pilihan raya dulu. Katanya, dia yang bertanding ADUN pun boleh dapat sekurang-kurang setengah juta ringgit sumbangan pihak-pihak tertentu.

Jadi katanya, kalau PM dapat derma RM2.6 juta memang dia tidak hairan. Tapi silapnya Najib menyimpan wang tersebut dalam akaun peribadinya. Tak seperti bekas pemimpin UMNO di atas tu yang menyimpan tunai dalam guni di bilik khas dalam rumah.

Kesimpulan aku boleh kata ahli politik dan wang yang banyak ini seolah-olah tak boleh dipisahkan. Mereka yang menjadi pemerintah berusaha untuk menambah kekayaan manakala yang belum dapat memerintah berusaha untuk merampasnya, sebab nak juga mengecap kekayaan.

Yalah. Takkan nak tengok ketua-ketua Pemuda UMNO sahaja yang pakai kereta-kereta mewah, puak-puak dalam DAP, PKR dan GHB pun nak juga merasa kemewahan hidup selepas menjadi pemerintah. Ya tak? DAP, PKR, GHB waiman Pas jangan tunjuk sucilah... Aku tau air laut tu masin ke payau.

Cheeessseee...!!!


Share this

0 Comment to "Bekas pemimpin UMNO simpan berguni duit... Biar betek?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.