22 August 2015

SKMM buru penyebar gambar bogel di media sosial...

Budak-budak sekarang... dah buat maksiat, share pula satu dunia
Kalau nak merasa bermalam dalam lokap atau didenda dengan ribuan ringgit bolehlah cuba-cuba sebarkan gambar-gambar lucah di media sosial. Sekarang ini SKMM dengan bantuan polis sedang galak memburu seks maniac di media sosial.

Yelah, dengan perkembangan media sosial sekarang anak-anak muda (yang tua pun apa kurang) galak berkongsi gambar-gambar lucah baik di FB, WhatsApp, WeChat atau muat naik di blog atau Thumb tanpa mengetahui perbuatan mereka itu diperhati oleh SKMM.

Nah... Ini dia. Beberapa orang sudah dicekup di Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang. Selepas ini sudah pasti ramai lagi yang akan diburu oleh SKMM di seluruh negara.

Aku tengok makin galak budak-budak perempuan kita (mak-mak budak pun sama jugak) di muat naik gambar selfie bogel. Konon nak tunjuk kat buah hati masing-masing. Tak tahu kalau buah hati tu kongsi pula gambar berkenaan dengan kawan-kawan lain. Maka tersebarlah gambar-gambar atau video lucah itu di alam maya.

Ada juga yang share gambar-gambar mereka sebab nak "bangga" selepas buat maksiat atau melakukan persetubuhan haram, gambar-gambar atau video yang kalau mak bapak mereka tengok boleh mati sakit jantung.

Nasihat aku, manfaatkanlah media sosial untuk kebaikan dan bukan keburukan.
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis telah menangkap beberapa individu di Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang baru-baru ini kerana menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi dan media sosial.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd. Yasin dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, beberapa kelengkapan atau peranti komunikasi milik suspek-suspek disita dan rakaman percakapan mereka turut diambil bagi membantu siasatan.
Antara peranti-peranti komunikasi yang dirampas kata beliau, termasuk telefon bimbit, kad sim, pemacu pena, komputer riba, modem dan Samsung Tab.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan berdasarkan aduan awam yang diterima terhadap beberapa suspek yang telah memuat naik kandungan lucah di laman blog, menghantar kandungan lucah dan jelik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan emel...- Utusan Online, 22.08.2015
Sokong tindakan SKMM dan harap lebih tegas. Mak bapak pun tolong perhati telefon anak-anak dan kalau boleh jadi kasi telefon canggih kat anak-anak. Telefon sendiri pun kena pantau, jangan kasi merek menggunakan telefon dalam bilik senyap-senyap. Bahaya! (Sekadar beritahu)

Share this

0 Comment to "SKMM buru penyebar gambar bogel di media sosial..."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.