17 August 2015

J/kuasa konsultasi dana politik cubaan cuci najis Najib?

Kalau tak ada kepentingan depa tak de laa nak menyumbang untuk ahli-ahli politik - Gambar hiasan saja
Najib mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa yang akan memberi khidmat nasihat berkaitan dana politik. Jawatankuasa itu ditubuhkan oleh kerajaan. Kerajaan yang diketuai oleh dia sendiri. Bila jawatankuasa itu diumumkan, pak-pak menteri terloncat-loncat menyatakan sokongannya.

Hemm... Nampaknya isu dana politik ini dah macam pepatah orang tua, kerana seekor kerbau semua habis terpalit.

Isu dana politik sebetulnya bukan masalah berkaitan parti politik baik UMNO atau parti pembangkang lain. Isu asalnya ialah bagaimana derma untuk dana politik berbilion ringgit itu masuk dalam akaun peribadi Najib dan tidak diketahui oleh timbalannya serta ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO lain?

Tapi Najib cuba menutup kesilapannya dengan menubuhkan jawatankuasa dengan harapan semua parti politik mendedahkan penyumbang dana mereka. Hehe... potong kuku hitam aku yakin DAP dan PKR tidak akan mengendahkan jawatankuasa ini dan mendedahkan penyumbang dana masing-masing.

Sebabnya, penubuhan jawatankuasa itu tidak lebih untuk "menyucikan" kesilapan yang dibuat oleh Najib. Dengan penubuhan ini diharap isu "derma" berbilion ringgit dalam akaunnya akan dilupakan dan keadaan kembali normal. Walhal ia sama sekali tidak kerana keberadaan wang tunai berbilion ringgit itu terus menjadi persoalan.

Walaupun PM kata dana politik itu adalah di bawah bidang kuasa Presiden dan Bendahari parti tetapi aku nak tanya Bendahari UMNO, Ahmad Husni Hanadzlah apakah dia mengetahui wujudnya derma RM2.6 billion daripada Timur Tengah itu selama ini? Kalau ya, kenapa ketika isu ini mula timbul (tertimbul sebab ada orang rakam perbualan Muhyiddin ketika dia berbual dengan rakan-rakan selepas dipecat daripada Kabinet, yang kemudian disiarkan oleh MalaysiaKini) beliau hanya berdiam diri?

Lalu aku melihat penubuhan jawatankuasa ini tidak memulihkan reputasi Najib yang semakin buruk sebaliknya memberi kesan negatif kepada UMNO sendiri. Sebabnya aku percaya selepas ini pihak penyumbang tidak lagi berani untuk memberi sumbangan dana kepada UMNO untuk menghadapi pilihan raya. Mereka tentu bimbang reputasinya akan merudum, atau kalau sebuah konglomerat, boleh jadi melarat.

Jadi aku yakin dan percaya penubuhan Jawatankuasa Konsultasi Nasional Mengenai Pembiayaan Politik adalah satu usaha yang bukan sahaja tidak memberi apa-apa kesan malah memberi kesan negatif kepada UMNO sendiri bagi memperoleh sumbangan selepas ini.


Share this

0 Comment to "J/kuasa konsultasi dana politik cubaan cuci najis Najib?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.