22 August 2015

LGE putar belit tema sambutan Hari Kemerdekaan

Putar belit LGE yang disiarkan dalam lidah rasmi DAP versi Melayu.
Selepas Kementerian Pelajaran melarang para pelajar dan guru di Pulau Pinang menyertai sebarang sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri, Lim Guan Eng cuba membelitkan tema sambutan itu.

LGE mendakwa tema perayaan sambutan Hari Kebangsaan bagi negeri Pulau Pinang ialah Bersih, Cekap dan Amanah dan hanya kerana adanya perkataan "bersih" maka larangan itu dikeluarkan. Sedangkan pihak sekolah di negeri itu mendakwa menerima arahan menggunakan tema "Bersih" dan bukannya Bersih, Cekap dan Amanah seperti didakwa oleh LGE.

LGE ternyata cuba menipu rakyat konon tema sambutan bukannya Bersih tetapi Bersih, Cekap dan Amanah, slogan yang pernah dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Dalam soal ini LGE tidak perlu membelit kenyataan. Samada Bersih atau Bersih, Cekap dan Amanah, tema sambutan di peringkat negeri sepatutnya seiring dengan tema Hari Kebangsaan peringkat kebangsaan iaitu #SehatiSejiwa.

Kenapa LGE beriya-iya nak membuat tema sendiri sedangkan seluruh negeri di Malaysia termasuk di Selangor dan Kelantan menggunakan tema yang sama dengan Pusat iaitu #SehatiSejiwa. Tindakan Pulau Pinang jelas menunjukkan mereka "memisahkan diri" daripada kerajaan Pusat atau dengan bahasa mudah, mereka mahu negeri mereka tidak terikat dengan kerajaan Pusat, atau mahu merdeka.


Sebenarnya inilah yang diimpikan oleh DAP selama ini, menjadikan Pulau Pinang sebagai wilayah tersendiri yang keluar daripada Malaysia seperti mana yang dilakukan oleh Singapura pada awal kemerdekaan dahulu.

Aku tidak terkejut jika suatu hari nanti DAP akan mengadakan pungutan suara di kalangan rakyat negeri ini untuk sama ada terus kekal di dalam Malaysia atau mahu menjadi sebuah wilayah autonomi yang bebas daripada kerajaan Pusat.

Kalau tema sambutan Hari Kebangsaan pun mereka nak hak sendiri, apatah lagi lain-lain hal.Tidak mustahil DAP akan mengubah Undang-undang Tubuh Negeri yang akhirnya segala hak dan keistimewaan Melayu dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga semuanya terhapus. Tak lama, sekarang pun dah nampak.


Share this

0 Comment to "LGE putar belit tema sambutan Hari Kemerdekaan"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.