19 August 2015

Rindukan suasana sebegini... Masih adakah?


Aku memang rindukan suasana mesra sebegini antara kedua-dua pemimpin ini. Seorang mantan Perdana Menteri yang berpengaruh manakala seorang lagi Perdana Menteri masa kini yang berkuasa.

Apabila kedua-dua ini "bersengketa" maka yang menjadi mangsa adalah rakyat jelata. Bayangkan seorang menggunakan pengaruhnya untuk menurunkan yang satu lagi. Beliau cuma perlu berdehem maka berduyun-duyun akan mendukung beliau. Begitulah hebatnya pengaruh mantan ini sehinggakan yang dahulu lawan kini cuba-cuba untuk berkawan.

Yang satu lagi menggunakan kuasanya untuk menutup mulut si mantan. Apa sahaja media yang ada digunakan untuk "menyerang" si mantan. TV, surat khabar, blog, media sosial digunakan semaksimum mungkin untuk melumpuh aura si mantan.

Apakah suasana dalam gambar di atas boleh diulang semula sementara masing-masing masih bernafas? Demi ketuanan Melayu aku berharap kedua-duanya cepat menghentikan sengketa manakala para pendukung mereka berhenti mengapi-apikan perasaan rakyat.

Hentikanlah... berdamailah!

Kapsyen gambar: Suasana mesra antara Najib dan Tun Mahathir yang dirakam dalam satu majlis sambutan Aidilfitri pada tahun 2013.

Share this

0 Comment to "Rindukan suasana sebegini... Masih adakah?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.