24 August 2015

Stacy peluk Islam... Guna nama Ummi Syaikhah Stacy bin Anam

DIKEMAS KINI:
Stacy mengesahkan beliau kini seorang Muslim selepas memeluk Islam dalam satu majlis ringkas di Johor Bahru semalam. Dia kesal kerana ada individu yang merakam dan menyebarkan video ketika dia sedang mengucap dua kalimah syahadah. Katanya individu berkenaan mengganggu privasinya.

Gambar dipercayai Stacy (kiri) sedang mengucapkan dua kalimah shahadah di hadapan seorang pegawai agama Islam di sebuah pejabat agama di Johor Bahru pagi ini.

POS ASAL:
Penyanyi lincah dari Sabah, Stacy dipercayai telah memeluk Islam dalam satu majlis ringkas di sebuah pejabat agama di Johor Bahru hari ini. Menurut sumber-sumber yang aku peroleh nama Islam Stacy ialah Ummu Syaikhah Stacy Abdullah. Wow... Indahnya nama itu.

Langkah Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam memeluk Islam menandakan beliau sudah bersedia untuk menjadi isteri kepada kekasihnya, Akim Ahmad, penyanyi yang sedang meletup dengan lagu Mewangi.

Sebelum ini, Stacy pernah dikaitkan dengan kisah memeluk agama Islam tetapi telah dinafikannya dan menganggap berita yang tersebar itu sebagai sesuatu yang sangat sensitif untuk dibicarakan secara terbuka.

Hemm... Kalau betul Alhamdulillah. Kalau tak betul Insya-Allah akan tiba hidayah Allah untuknya. Jangan persoal sama ada di memeluk Islam kerana cinta atau apa sebab Allah membuka hidayah dengan pelbagai cara.

Apa-apa pun elok tunggu pengesahan tuan punya badan atau setidak-tidaknya sang kekasih atau ahli keluarga mereka. 

Stacy kini bersedia menjadi isteri Akim apabila dia sudah bergelar seorang muslim.

Share this

0 Comment to "Stacy peluk Islam... Guna nama Ummi Syaikhah Stacy bin Anam"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.