21 August 2015

Skandal DEIG Azmin: DAP Selangor dah boleh tersenyum...

Betui ka depa ni semua kena kencing MB?
Para pemimpin DAP khususnya di Selangor agaknya sedang tersenyum bersama kawan-kawan GHB sebab Azmin Ali kini berhadapan dengan skandal Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang boleh menjejaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Yelah dengan wang pelaburan milik kerajaan negeri sebanyak RM30 bilion diuruskan oleh syarikat  RM2 sudah pasti ia menimbulkan 1001 pertanyaan bukan sahaja oleh rakyat Selangor, pihak istana malahan mengundang kemasukan pegawai penyiasat SPRM di pejabat Azmin.

DEIG yang diwujudkan konon ala-ala 1MDB oleh Najib yang menjadi syarikat pelaburan untuk menguruskan dana Perbadanan Menteri Besar (MBI) tetapi ternyata dimiliki oleh dua individu yang tidak dikenali -- disyaki sebagai proksi kepada Azmin -- dan disahkan oleh ROS.

Itu belum lagi isu "lesapnya" RM7.65 bilion untuk projek air Selangor kerana menurut MB terdahulu, Khalid Ibrahim projek tersebut hanya melibatkan kos RM2 bilion dan bagaimana Azmin boleh membentangkannya dalam Dewan Undangan Negeri sehingga RM9.65 bilion.




Kedua-dua isu yang membabitkan integriti ini boleh menjejaskan kedudukan Azmin sebagai Menteri Besar. Dan jika kemungkinan itu berlaku sudah pasti DAP terloncat-loncat kegembiraan. Ini kerana sudah pasti DAP akan melobi ADUN Pas yang menyertai GHB sebagai calon menduduki kerusi yang bakal dikosongkan Azmin.

Siapa dua penama milik syarikat DEIG ini? Doktor kah? Majistret? Ahli muzik?

Sekarang ini Selangor dikatakan penggerak kepada GHB konon bakal membawa harapan baru kepada rakyat dengan penubuhan sebuah parti baru yang anggotanya adalah terdiri daripada para pemimpin Pas dan kemudian bergabung membentuk pakaran pembangkang yang baharu - DAP, GHB dan PKR dan meninggalkan Pas bersendirian.

Jadi ADUN GHB (bekas Pas) menduduki kerusi MB maka lebih mudah bagi DAP untuk menjadikannya boneka kepada parti itu - sepertimana mereka menjadikan Nizar Jamaludin, bekas MB Perak sebagai boneka parti itu untuk mentadbir negeri.

Dan sudah pasti impian DAP bukan sekadar untuk mentadbir Selangor, tetapi mereka memasang impian besar untuk menduduki Putrajaya dengan bantuan parti-parti pecahan kaum Melayu  - PKR dan GHB pada PRU akan datang.

Sekarang ini di mata pengundi Cina (dengan bantuan hasutan DAP) mereka melihat UMNO sudah tidak relevan untuk mentadbir negara - pemimpin yang kaki rasuah; Pas  membawa ideologi Islam yang ekstrim macam Taliban; PKR - Anwar dah masuk dalam.MCA? Dah lama kaum Cina tak boleh terima sebab dianggap kaki ampu UMNO dan tak ada telur.

Jadi tinggal DAP menjadi harapan bukan sahaja bagi kaum Cina malaha orang Melayu jugak. Ditambah parti itu cuba menonjolkan bahawa merekalah satu-satunya parti yang telus, bebas, demokratik, multiracial, berintegriti...

Share this

0 Comment to "Skandal DEIG Azmin: DAP Selangor dah boleh tersenyum..."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.