18 August 2015

Trigana terhempas bawa wang RM1.92 juta

Rupa-rupanya pesawat Trigana Air yang terhempas di kawasan hutan di Irian Jaya, Indonesia bukan sahaja membawa penumpang dan kru tetapi juga membawa sejumlah wang yang cukup banyak iaitu Rp6.5 bilion atau RM1.92 juta. Perghhh....

Walaupun jumlah itu tidaklah sebanyak dana politik yang didermakan oleh pak Arab kepada pemimpin negara kita, tetapi dengan jumlah tersebut sudah tentu banyak yang boleh dilaksanakan untuk membantu penduduk pedalaman dan miskin di kepulauan Papua itu.

Pesawat itu membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan bayi serta lima krew terhempas ketika dalam penerbangan dari Jayapura, ibu kota Irian Jaya ke Oksibil, selatan wilayah itu.

Irian Jaya adalah wilayah Indonesia paling barat di pulau Papua di mana pulau itu dibahagian dua dengan Papua New Guinea.

Menurut jurucakap PT Pos Indonesia, empat penumpang pesawat tersebut membawa Rp6.5 bilion untuk diagihkan kepada para penduduk, iaitu sebahagian program membantu warga miskin di selatan wilayah itu.

Itu cerita pasal wang yang dibawa dalam Trigana Air yang telah musnah bersama serpihan pesawat dan cebisan daging penumpang. Malang...

Tapi cerita pasal wang derma pak Arab RM2.6 bilion masih belum habis lagi. Rakyat seluruh pelosok negara kini tertanya-tanya ke mana perginya wang sejumlah itu disalurkan? Membantu rakyat miskin? Entah...

Tapi isu wang derma ini semakin menghimpit Najib ke dinding. Walaupun pelbagai langkah telah dibuat untuk menunjukkan beliau tidak melanggar sebarang undang-undang tetapi rakyat kini semakin hilang keyakinan. Ini bukan cerita derma RM1 untuk tabung masjid, tapi 2.6 BILION RINGGIT.

Dahsyat....

Share this

0 Comment to "Trigana terhempas bawa wang RM1.92 juta"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.