17 August 2015

Zahid berbohong atau tokoh politik menyorok?

Semalam Zahid Hamidi buat gempak mengatakan tokoh UMNO yang mahu menggulingkan kerajaan sudah insaf dan akan bertemu dengan Najib pukul 6 petang di kediaman Perdana Menteri untuk memohon maaf.

Zahid selaku TPM berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tampin. Ekoran kenyataannya itu berduyun-duyun petugas media menunggu di hadapan kediaman Najib. Astro Awani melaporkan wartawan menunggu selama 5 jam iaitu dari 5 petang sehingga 10 malam. Baca di sini...

Bagaimanapun tiada seorang pun kelibat tokoh politik yang dimaksudkan oleh Zahid datang ke kediaman Najib di Langgak Duta. Lalu macam mana Zahid dengan penuh yakin berkata tokoh itu akan bertemu dengan PM siap dengan tempat dan masa? Apakah ini satu lagi "gempak" Zahid seperti sebelum-sebelum ini?

Itulah aku kata si Zahid ini. Kalau nak bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar. Jangan main hentam sesedap mulut. Dulu yelah hang tu menteri tapi sekarang ini Timbalan Perdana Menteri.

Janganlah buat gempak kata segala maklumat diterima itu sahih dan bukan dikutip tepi jalan tapi kenyataannya tidak sedemikian.

Apabila tokoh politik yang dimaksudkan Zahid itu tidak muncul, maka yang bermain dalam kepala aku ialah:
1. Apakah Zahid berbohong? Atau sekadar bercakap untuk menunjukkan ketegasan dan kebijakannya?
2. Apakah tokoh politik yang dimaksudkan itu tidak wujud?
3. Adakah tokoh politik itu wujud tetapi sedang menyorok daripada ditahan oleh pihak polis?

Semalam juga Zahid menafikan tokoh politik itu ialah Muhyiddin.

Zahid... Zahid...

Share this

2 Responses to "Zahid berbohong atau tokoh politik menyorok?"

  1. tak mungkin tun m kerana beliau masih berada d luar Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun M bukan Ahli Parlimen pun. Macam mana nak buat undi tak percaya kat Parlimen?

      Delete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.