02 September 2015

Ahmad Maslan lebih layak jadi Menteri Kewangan?

Aku suka Mahathir sebab dia ada idea macam mana tak kasi rakyat marah.
TUNKU ABDUL RAHMAN - Bapa Kemerdekaan

TUN ABDUL RAZAK - Bapa Najib

TUN HUSSEIN ONN  - Bapa Hishammuddin

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD  - Bapa Mukhriz

TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI  - Bapa Mentua KJ

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK - Bapa Jawatankuasa. Entah berapa puluh jawatankuasa nak tubuh pun tak tau. Apa saja masalah semua nak tubuh jawatankuasa. Nak selesai masalah ekonomi pun tubuh jawatankuasa khas. Habis tu "pegawai British" yang menjadi penasihat ekonomi negara tu buat apa? Bayar elaun berjuta-juta...

Inilah kelemahan Najib. Nak kata dia ni tenang tak ada pulak. Kena cuit sikit dengan Mahathir dia dah melenting. Habis di kerah TV3 untuk serang Mahathir. Isu kejatuhan matawang dan kelemahan ekonomi (jika dia upah penasihat ekonomi yang hebat) dah tentu boleh baca apa yang akan berlaku dalam tempoh beberapa bulan ke depan.

Ini apabila rakyat sudah panik dengan situasi ekonomi negara (tak kiralah atas apa alasan pun), bila ringgit menjunam ke paras RM4 per USD dan ketika rakyat dan terpekik terlolong pasal peningkatan harga barang, Najib masih tenang-tenang dan belum membuat sebarang keputusan atau tindakan.

Selepas didesak oleh banyak pihak dan keadaan semakin tenat barulah sibuk-sibuk tubuh jawatankuasa khas ekonomi. JKE bertujuan mencari jalan penyelesaian untuk menghadapi situasi ekonomi negara selepas ini. Dah parah baru nak tubuh JKE.

Aku ingat Najiblah satu-satunya Menteri Kewangan Malaysia paling lemah dan lembab. Seburuk-buruk perangai dan sebodoh-bodoh Anwar Ibrahim, tapi bila berlaku kegawatan ekonomi 1997 dulu, dia "cepat" bertindak walaupun tindakannya mendapatkan bantuan IMF (yang diketuai oleh rakan-rakannya sendiri) ditolak oleh Mahathir.

Bukan nak katalah. Masa zaman Mahathir pernah juga berlaku kegawatan ekonomi dunia, kejatuhan matawang negara, saham-saham merudum tapi beliau cepat bertindak dan mengambil langkah-langkah drastik sebelum keadaan kesusahan dirasai rakyat.

Contoh paling ketara masa ekonomi merudum 1997. Mahathir tangkas mengambil langkah menambat ringgit, meneruskan projek-projek mega supaya matawang ringgit terus mengalir dalam negara (tidak mengalir keluar). Akhirnya rakyat tak terlalu merasakan bebanannya. Peluang pekerjaan masih ada, gaji-gaji pekerja masih berbayar dan para peniaga masih boleh meneruskan perniagaan mereka.

Tetapi sekarang ini, walaupun Najib 1000 kali berjanji untuk menyelesaikan masalah rakyat, membantu rakyat tapi tidak ada satu langkah pun diumumkan untuk menghadapi masalah kegawatan ekonomi masa kini. Kesibukan beliau mempertahankan diri daripada serangan Mahathir berhubung isu 1MDB dan derma kilat RM2.6 bilion menambah bebanan kepada beliau.

Tidak hairanlah kalau 90 peratus yang turun berdemo Bersih 4.0 adalah orang Cina, sebab kebanyakan orang Cina (yang majoriti mereka berniaga) merasai kesan daripada kegawatan ekonomi negara yang sehingga kerajaan masih belum mengambil langkah-langkah perlu.

Najib perlu ingat, rakyat tidak peduli apa yang ditulis dalam laporan Bank Negara atau lain-lain agensi penilai tentang ekonomi negara, tetapi rakyat mahu melihat kenyataannya di pasaran. Najib boleh berbangga mengatakan prestasi ekonomi negara masih baik, tetapi rakyat melihat (dengan jelas) kejatuhan ringgit, peningkatan kos sara hidup, harga barang semakin mahal dengan GST dan lain-lain.

Kalau macam inilah otak fikiran Najib, aku ingat Ahmad Maslan lebih layak jadi Menteri Kewangan!

Share this

0 Comment to "Ahmad Maslan lebih layak jadi Menteri Kewangan?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.