03 September 2015

Antara Alvin Tan dan Daniel Streich...

Moga kalimah Allah itu tersemat di hatinya pula selepas ini. 
Alvin Tan buat hal lagi. Kali ini dia cuba mencetuskan kemarahan orang Islam di Malaysia dengan menayangkan tatu kalimah Allah yang dicacah pada pangkal pehanya. Alvin yang sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi dengan umat Islam di Malaysia, di status FB-nya menyiarkan gambar tattoo kalimah Allah itu dengan menulis:
Tak byk org yg tau aku ni sebenarnya bertatu nama Tuhan yg Maha penyayang, Allah SWT, di belakang peha aku... Amin! ‪#‎ReligionOfPeace‬ ‫#‏اللهأكبر
Allahu Akhbar... Allah maha besar. Mungkin niat Alvin  untuk sekali lagi mempersenda kalimah Allah, mencetuskan kemarahan umat Islam, namun kata-katanya dalam FB itu jelas menunjukkan perakuan dia tentang kebesaran Allah, Tuhan yang Maha Penyayang dan diakhiri dengan kalimah ‫#‏اللهأكبر  

Bukankah kata-katanya itu biasanya diucapkan oleh seorang Muslim? Kalau benarlah ini ungkapan Alvin, aku mendoakan agar Allah membuka pintu hatinya untuk menerima hidayah Allah dan seterusnya menerima Islam sebagai agamanya.

Daniel Streich yang begitu anti-Islam akhirnya mengucap dua kalimah syahadah.
Cerita " kebejatan" Alvin yang tidak putus-putus memburukkan Islam dan mencari perbalahan dengan umat Islam terutama di Malaysia mengingatkan aku dengan seorang ahli politik Switzerland, Daniel Streich yang sebelum itu begitu anti dengan Islam tetapi akhirnya mengucap dua kalimah syahadah. (Baca di sini...)

Streich merupakan ahli politik yang paling lantang menentang pembinaan masjid di negaranya. Malah dia juga mengadakan kempen anti-Islam secara besar-besaran di Switszerland. Tapi hari ini orang yang sama telah menjadi muslim yang taat kepada perintah Allah.

Itulah kuasa Allah yang tidak terjangkau oleh otak pemikiran kita umat manusia. Bagaimana Allah memberikan hidayat kepada manusia paling jahat di dunia tetapi bapa saudara Rasulullah, Abdul Talib sendiri meninggal dunia dalam keadaan kafir, walaupun beliau banyak jasanya kepada perjuangan Rasulullah dan penyebaran Islam pada masa itu.

Betullah apa yang dikatakan seorang yang rapat dengan aku. Pengakhiran hidup adalah segalanya. Siapa tahu kalau Allah bukakan hidayat kepada Alvin dan kalimah "Alif Lam Lam Hah" pada pehanya tersemat di hatinya selepas ini?

Wallahuakhlam

Share this

0 Comment to "Antara Alvin Tan dan Daniel Streich..."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.