17 September 2015

Orang Melayu kena halau pengurus hotel milik Melayu?

Klik di sini untuk tengok videonya...
Sebelum tu aku nak ucap tahniah kepada penganjur Himpunan Rakyat Bersatu kerana berjaya menghimpun ratusan ribu orang Melayu di ibu negara semalam. Sesuatu yang mengejutkan bila sebegitu ramai orang Melayu berhimpun dalam satu himpunan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Nampaknya cabaran aku sebelum ini bersahut dan tahniah juga kepada para pertubuhan Melayu yang sama-sama bergabung dan menghimpun ahli-ahli mereka di Padang Merbok. Perkasa, Pesaka, Belia 4B dan lain-lain yang aku tak boleh sebut satu persatu.

Tapi aku tak nak ulas panjang-panjang pasal himpunan tu sebab boleh baca Utusan Malaysia hari ni yang turut bertukar warna atau dalam blog-blog dan media sosial lain sejak semalam. Yang aku nak ulas ialah insiden seorang "orang kenamaan" Melayu yang dihalang daripada memasuki sebuah hotel milik Melayu hanya kerana mereka berbaju merah.

Khabarnya orang kenamaan ini bergelar Datuk dihalang memasuki hotel milik orang Melayu di Jalan Conlay oleh seorang pengurus besar hotel berkenaan, seorang lelaki Barat yang mengaku sudah tinggal di Malaysia 28 tahun dan bergelar Datuk.

Dalam video yang menjadi viral di media sosial, "orang kenamaan" Melayu yang nak makan di hotel berkenaan bersama beberapa orang pengikutnya yang kesemuanya pakai baju merah telah dihalang oleh pihak hotel sehingga berlaku tikaman lidah antara kedua-duanya.

Detailnya tak kuasalah aku nak taip di sini tetapi boleh tengok dalam video yang diviralkan di Facebook.

Bila tengok cara Mat Salleh itu menghalau orang Melayu daripada makan di hotel tersebut, yang dikatakan milik orang Melayu, aku rasa lain hina betul. Ternyata walau kita berduit sekali pun, tapi sebab kuasa di tangan orang lain, nak makan pun tak boleh. Hina sungguh!!

Yang peliknya, apalah otak fikiran orang-orang Melayu dalam syarikat pemilik hotel ini sehingga membenarkan seorang mat Salleh yang rasist terhadap Melayu ini sebagai pengurus besar hotel mereka? Tak ada orang Melayu/Islam lain kah? Kalau beginilah sikap pengurus besar hotel ini terhadap umat Melayu & Islam, maka aku terus turut meragui sejauh mana halalnya makanan di hotel ini.

Aku harap pihak pengurusan syarikat pemilik hotel tersebut dapat tampil menjelaskan insiden yang berlaku dan memecat pengurus hotel tersebut sebelum orang Melayu bertindak memboikot hotel tersebut sepertimana mereka memboikot Law Yat.

Betul antara kata-kata dalam Himpunan Rakyat Bersatu... Jangan ingat Melayu takut!!


*Aku difahamkan Royale Chulan Hotel milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Betul ke?

Share this

0 Comment to "Orang Melayu kena halau pengurus hotel milik Melayu?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.