21 October 2015

Amir Ukays ditahan polis sebab bawa pistol? (Updated!)

DIKEMAS KINI (22.10.2015):
Amir Ukays hari ini mengesahkan dia telah dilepaskan oleh pihak polis. Katanya, pistol yang dibawa itu adalah pistol tiruan dan pihak polis memahaminya. Bagaimanapun dia tidak memaklumkan samada dia akan didakwa atau tidak. Apa pun katanya dia kekal sebagai peserta dalam Gegar Vaganza 2.



POS ASAL:
Tudia aih artis sekarang. Siap bawak pistol ke mana-mana. Agaknya bisnes besar kut sampai kena bawak pistol. Maklum penyamun sekarang ni bukan boleh percaya. Mana-mana saja pun depa nak sapu.

Ceritanya, vokalis kumpulan Ukays, Amir dikatakan telah ditahan oleh pihak polis kerana memiliki pistol jenis Walther CP99 Compact ketika ditahan ketika dia  memberhentikan keretanya di tepi susur masuk ke Kampung Chubadak, Sentul.

Bila polis siasat didapati sepucuk pistol berada dalam kereta. Akibatnya Amir Ukays dibawa ke Balai Polis Sentul untuk tindakan lanjut.

Menurut MStar, pemilik nama sebenar  Mohd Azmir Muhammad, 44 tahun itu  mengaku pistol berkenaan miliknya.

Nama Amir Ukays yang dah lama tenggelam sejak popular dengan lagu-lagu seperti Di Sana Menanti Di Sini Menunggu itu merupakan salah seorang peserta program realiti Gegar Veganza yang sedang berlangsung di Astro Ria.

Kita bersangka baik sajalah. Mungkin Amir menyimpan pistol sebagai langkah keselamatan bukannya nak buat jenayah atau join kumpulan jihad IS.

Apa-apa pun kita tunggu hasil siasatan polis. Emmm... Pihak Astro macam mana pula ya? Nak gugurkan nama Amir sebagai peserta Gegar Veganza ke?

Pistol yang dikaitkan dengan penahanan Amir Ukays. - Sumber: MStar

Share this

0 Comment to "Amir Ukays ditahan polis sebab bawa pistol? (Updated!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.