15 October 2015

Budak kutip derma makin berani...


Budak perempuan kutip derma di R&R Seremban ini cuba menagih simpati daripada seorang lelaki.
Ni kejadian berlaku beberapa hari lepas. Aku berhenti singgah di R&R Seremban hala utara dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Sementara tunggu isteri selesai solat jamak, aku dihampiri seorang budak perempuan yang aku ingat dalam usia 14 atau 15 tahun (sebaya anak kedua aku dah).

Mula-mula dia offer aku beli jus apa entah dalam botol. Aku kata aku tak mahu. Dia kata kalau tak mau beli tak apa tapi boleh tak bagi derma ikhlas. Aku tanya dia dari mana, dia tunjuk surat bagitahu dia dari sebuah pondok di Yan, Kedah. (Mak aih... jauhnya dari Kedah ke Seremban). Aku kata aku macam biasa tengok surat ni dan selalu dengar nama pondok ni.

Dia kata memang terkenal. Lalu aku tengok pada botol jus yg dia bawa opun tertulis alamat lengkap pondok berkenaan.

Aku kata aku tak mahu derma untuk pondok ni (aku ragu-ragu kesahihannya sebab aku pernah baca cerita pondok yang memperguna budak-budak dan anak yatim untuk kutip derma). Bila aku kata tak mahu, dia mula buat muka dan suara ala-ala menggoda. Aku tak berapa jelas apa dia cakap sebab aku tak fokus sangat, tapi gaya dia cakap cukup menggoda.

Bila aku tanya balik apa dia cakap tadi, cepat-cepat kata dia tak kata apa-apa. Aku kata kalau aku nak derma aku akan derma kat dia kalau dia betul-betul orang susah atau anak yatim, bukan kepada pondok itu yang aku meragui kebenarannya.

Bila aku cakap macam tu, godaannya semakin menjadi-jadi. Siap suara merengek-rengek macam budak mintak dukung. Bila aku tengok budak ni lain macam, cepat-cepat aku 'blah' ke kereta. Niat nak kasi derma kat dia langsung hilang. Dari dalam kereta aku tengok budak perempuan ini cuba pula menghimpit seorang brother. Peliknya dia cuma mencari lelaki, tak pula offer kat  makcik-makcik yang lalu lalang kat situ.

Aku tak tahu sama ada strategi "menggoda" untuk mendapatkan derma ini merupakan silibus yang diajar di pondok berkenaan untuk meraih simpati orang ramai terutama lelaki-lelaki berusia atau itu inisiatif budak tu sendiri supaya dia pulang dengan hasil untuk tok guru dan pondok tersebut.

Yang pasti, aku cukup bimbang. Bimbang kalau budak ini menggoda orang yang salah dan dia menjadi mangsa kepada lelaki-lekaki yang sememangnya ramai diluar sana menunggu mangsa.

Hai... dunia. Macam-macam!

Share this

0 Comment to "Budak kutip derma makin berani... "

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.