05 October 2015

DJ radio minta "pengeras" untuk putar lagu...


Semalam terserempak dengan seorang kawan yang dah lama tak jumpa. Bila tanya apa dia buat sekarang katanya dia ceburi industri muzik buat production house. Wow... Aku kata kencang tu. Tambah kalau artis bawah naungannya meletup.

Dia kata masa buat bisnes ni dulu nampak senang dan glamour tapi bila masuk ternyata indah khabar dari rupa. Katanya lagu-lagu artis rakamannya susah cari makan sebab lagunya jarang diputar stesen-stesen radio popular terutama radio swasta.

Aku tanyalah kenapa jadi lagu tu? Aku ingat semua radio nak putar lagu penyanyi kita. Katanya kenyataannya tak macam tu. Semua DJ-DJ dan penerbit  di radio terutama swasta yang top-top kena suap banyak-banyak baru depa putar lagu artis berkenaan.

Sebab itu syarikat rakaman kecik macam dia susah cari makan berbanding artis di bawah naungan syarikat besar. Depa ada bajet nak "huluq" DJ-DJ semua.

Dia suh aku perati dalam radio sekian-sekian. Katanya ada lagu setiap jam dimainkan oleh stesen radio berkenaan. Siang malam pagi petang. Lagu taklah sedap mana. Penyanyinya pun kalau nyanyi live hancur berderai tapi lagu diorang meletop-letop dalam radio sebab DJ tak henti-henti siar lagu tu.

Ada lagu yang memang sedap dan diyakini boleh meletop tapi tak disiarkan di corong radio sebab katanya tak ada pengeras daripada syarikat rakaman. Aku tanyalah stesen radio mana? Dia kata hampir semualah.

Hemm.... Teringat aku keluhan penyanyi veteran Nasir Wahad suatu ketika dulu katanya lagunya tidak diputar oleh stesen radio swasta walhal lagunya meletop di corong radio RTM. Agaknya sebab itulah kot?

Ada juga aku dengar artis sekian tak dapat masuk radio swasta tapi ada artis sekian sekian macam anak emas. Tak taulah betul ke tidak. Kena tanya DJ-DJ radio berkenaanlah betul ke tidak tuduhan pihak produksi rakaman ni.

Kalau betul, buat-buat bertaubat dan rentikanlah tabiat tu. Selain ia dikategorikan rasuah, buat perkara keji seperti itu untuk kasi makan anak bini tak berkat yeop. Tak guna pakai X6 sekali pun kalau duit kekayaan hasil dari sumber yang haram.

Ehem... betul tak ustaz-ustaz?

Share this

1 Response to "DJ radio minta "pengeras" untuk putar lagu..."

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.