19 October 2015

Kawan baik Najib Pengerusi PAC hehe...

HASSAN ARIFFIN - Pengerusi PAC yang baru
Nampaknya kontoversi mengenai siasatan terhadap 1MDB bakal berterusan lah. Apa taknya, PAC yang sebelum ini diberi kuasa oleh kerajaan untuk siasatan penyalahgunaan wang negara oleh syarikat pelaburan itu, kini diketuai pula oleh kawan baik Najib, Datuk Hassan Ariffin.

Hassan menggantikan Nurjazlan yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika siasatan terhadap PAC sedang berlangsung. Bukan Nurjazlan saja dilantik dalam Kabinet Najib tetapi juga 3 ahli PAC lain - Reezal Merican, Mas Ermiyanti & Madius Tangau. Akibatnya siasatan PAC terhadap 1MDB terhenti seketika.

Walaupun PAC turut dianggotai Ahli Parlimen pembangkang, tapi biasalah mereka bukan nak guna saluran betul untuk menyelesaikan isu berkenaan, sebaliknya mereka "jual maklumat" yang diperoleh PAC kepada media asing, yang kemudian menggunakan maklumat itu untuk menyerang pula Najib.

Sekarang ini PAC dah ada Pengerusinya. Hassan Ariffin, Ahli Parlimen Rompin yang menang dalam pilihan raya kecil tempoh hari, PRK bagi menggantikan Allahyarham Jamaludin Jarjis yang meninggal dunia dalam nahas helikopter.

Aku dimaklum Hassan dan Najib sudah lama berkawan baik. Hassan pernah jadi Timbalan MB Pahang. Sekarang ini Hassan mengetuai PAC pula, yang tugas utama sekarang menyiasat kes 1MDB yang dikaitkan pula dengan Najib. Ahhh.... Pening.

Apapun tahniah Datuk Hassan atas pelantikan sebagai Pengerusi PAC. Semoga siasatan 1MDB lebih telus dan mulus. Pastikan dalam siasatan berkenaan tidak kena batang hidung Najib, kalau tidak mahu "dilucutkan" jawatan. HAHAHA... Ops!

#Sentap

Share this

0 Comment to "Kawan baik Najib Pengerusi PAC hehe..."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.