21 October 2015

Lagi kes pelancong berbogel di Sabah


Hari tu kecoh pasal sekumpulan pendaki warga asing berbogel di puncak Gunung Kinabalu. Selang beberapa hari Sabah khususnya di kawasan gunung itu dilanda gempa bumi, mengorbankan puluhan nyawa.

Hari ini kecoh pula sekumpulan pelancong asing berbogel sakan di Pulau Sipadan. Pelancong lelaki dan wanita itu tanpa segan silu berposing dalam keadaan tanpa pakaian ketika dirakam oleh jurugambar, yang mungkin juga kumpulan pelancong ini.

Gambar-gambar yang tersebar di media sosial ini sudah pasti mengundang kemarahan terutama di kalangan penduduk tempatan.

Kita semua tahu di Malaysia ini tidak ada "nude beach" waima di Sabah sekali pun dan bukan polisi kerajaan kita untuk menyedia sebuah pantai "bogel" bagi menarik pelancong asing datang. Ini bukan Hawaii atau Florida. Ini Malaysia yang kaya dengan adat ketimuran dan anutan agama yang tinggi.

Kalau benar gambar-gambar ini dirakam di Pulau Sipadan, aku harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas. Yelah kalau dibiarkan perkara seperti ini aku bimbang ia akan menarik lebih ramai pelancong untuk berbogel di pulau-pulau di Sabah.

Dan mengundang juga pengganas dari selatan Filipina untuk datang. Kalau depa datang nak saksikan filem blue percuma tak apalah. Takut diangkut semua pelancong ini bawak lari ke negara mereka, siapa yang susah? Kerajaan Malaysia juga yang susah....


Share this

0 Comment to "Lagi kes pelancong berbogel di Sabah"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.