21 October 2015

Muak dengan cerita Tun Mahathir masuk Pas

Tersebar lagi di media sosial konon Tun Mahathir sudah menyertai Pas. Mungkin sebab Tun sekarang lantang mengkritik Najib dan menyokong gerakan agar Najib melepaskan jawatan, maka ramai yang cuba kaitkan Mahathir dengan Pas.

Cerita pasal Mahathir masuk Pas ni bukan hari ini. Sejak tahun 2012 lagi aku dah dengar cerita Mahathir masuk Pas. Sampai ada orang Pas sendiri melompat-lompat kemarahan kerana konon tak layak jadi ahli Pas disebabkan Mahathir pernah "menolak" hudud. Masa tu Mahathir kuat mengkritik Pak Lah sampai beliau bertindak keluar daripada UMNO.

Hari ini cerita Mahathir masuk Pas kembali dimunculkan. Tengoklah petikan kat Facebook yang disebarluaskan di media sosial tersebut. Konon memetik sumber dari Harakah. Aku tak tahulah siapa yang kena fitnah ni. Harakah kah atau Tun M sendiri.

Kalau betul Harakah tulis kenyataan seperti ini, maka aku melihat lidah rasmi Pas itu cuma nak memberi kekuatan semula kepada parti itu yang kini berdepan perpecahan serius selepas tertubuhnya Parti Amanah Negara yang dikepalai Mat Sabu.

Yelah, sekurang-kurang kalau Mahathir masuk Pas, ramailah penyokong bekas PM itu pun menyeberang ke Pas. Sekurang-kurang dapat tambah ahli parti itu yang kini semakin menipis ekoran ramai yang nak kejar Amanah, sebuah parti yang menjanjikan harapan yang lebih cerah walaupun kalau tengok harapan Mat Sabu sendiri sentiasa gelap hehehe.

Tapi aku percaya Mahathir tidak akan bertindak sedemikian. Mahathir bukan macam Mat Taib yang sanggup masuk Pas selepas kecewa merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO. Mahathir orangnya mempunyai prinsip. Kerana prinsiplah dia sekarang lantang menghentam Najib. Dan kerana prinsiplah dia masih berada dalam UMNO (walaupun pernah dua kali keluar UMNO sebelum ini).

Aku tahu Mahathir tidak akan memilih Pas untuk meneruskan perjuangannya. Aku percaya kalau dia keluar UMNO sekali pun dia tidak akan menyeberangi ke mana-mana parti lain. Lebih baik dia bebas tanpa ada ikatan sebagai ahli mana-mana parti politik.

Jadi, aku rasa eloklah hentikan cerita-cerita pasal Mahathir masuk Pas ni. Dah muak dah. Duk ulang ceirta-cerita basi yang tak berkesudahan.

Share this

0 Comment to "Muak dengan cerita Tun Mahathir masuk Pas"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.