16 October 2015

Najib dihormati, Mahathir disanjungi ... Itu prinsip aku!


Maaf! Aku bukan blogger belaan Datuk Akmal. Aku juga bukan blogger belaan Sufi. Malah aku bukan blogger belaan mana-mana pihak. Aku menulis blog kerana aku mahu menulis dan bukan sebab atas titah perintah mana-mana pihak.

Selama ini aku berblog sebab mahu menyuarakan isi hati dan pandangan peribadi tetang sesuatu isu terutama senario politik tanah air. Maaf... Aku tak boleh nak menuduh Najib dengan pelbagai tuduhan baik perasuah, kaki makan duit derma atau segala macam tuduhan sebab aku sehingga kini tidak tahu sama ada apa yang dituduhkan itu selama ini benar atau sebaliknya.

Kalau dia bersalah aku doakan agar Allah memberi hukuman setimpal ke atas kesalahan dan dosa-dosanya baik dalam isu 1MDB, derma RM2.6 bilion atau soal "kekayaan luar biasa" yang ditonjolkan oleh isterinya, Rosmah Mansor.

Sehingga kini aku masih tetap menghormati Najib selaku Perdana Menteri walaupun aku tidak bersetuju dengan tindakannya memecat Muhyiddin Yassin sebagai TPM. Kalau tanya aku sampai bila nak hormati Najib, aku boleh cakap selagi dia belum dibuktikan bersalah!

Dan aku juga tidak sanggup untuk memaki hamun atau mencarut terhadap Tun Mahathir sebab aku masih tetap menyanjungi beliau sebagai bekas PM dan sebagai seorang tua walaupun aku sendiri tidak bersetuju dengan langkah beliau "menyerang" Najib tanpa belas kasihan.

Cuma aku sedih dengan situasi sekarang apabila pemimpin UMNO kini sibuk mempertahankan Najib daripada serangan Mahathir daripada memikirkan langkah untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang ketika DAP semakin bergerak pantas dalam usaha merampas Putrajaya.

Perpecahan dalam Pas dan pergolakan dalam pakatan pembangkang seolah-olah langsung tidak dimanfaatkan oleh UMNO dan penyokong mereka sebaliknya mereka sibuk mempertahankan Najib dan memburuk-burukkan Mahathir, Muhyiddin dan Shafie Apdal.

Apabila keadaan itu berlaku, ia amat merugikan UMNO kerana perselisihan Najib-Mahathir + Muhyiddin ini menyebabkan pihak-pihak berkaitan cuba untuk mendedahkan segala macam kelemahan, keburukan dan kebobrokan. Keadaan ini menyeronokkan DAP kerana mereka tidak perlu lagi menjadi batu api kerana dalam UMNO sendiri sudah berperang sesama sendiri.

Inilah DAP mahukan. Inilah PKR mahukan dan inilah pakatan pembangkang mahukan. Apabila UMNO bercakaran sesama sendiri, Pas berbalah dengan Amanah (parti Melayu Islam terbaru belaan DAP) maka mudahlah DAP memenuhi cita-cita mereka untuk merampas Sarawak pada pilihan raya negeri.

Apabila sudah berjaya merampas Sarawak, DAP akan mudah untuk merampas Putrajaya daripada UMNO/BN. Jika keadaan ini berlaku, aku yakin dan percaya menangis air mata berdarah sekali pun Malaysia tidak akan lagi ditadbir oleh orang Melayu. Percayalah!

Justeru, di hari Jumaat penghulu segala hari ini marilah kita semua umat Melayu dan Islam berhenti berbalah sesama sendiri hanya kerana seorang pemimpin. Sebaliknya bersatu hatilah. Musuh semakin hampir!!! #kipidap

Share this

4 Responses to "Najib dihormati, Mahathir disanjungi ... Itu prinsip aku!"

  1. Bravo mesin taip buruk,tapi mahukah mereka2 di luar sana menerimanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku cuma menyampai apa yg baik. Kalau depa tak nak terima apa aku boleh buat?

      Delete
  2. Syabas dan Tahniah sdra N, saya amat kagum dengan penulisan sdra, dibulan yang baik dan baru saja menyambut Maal Hijrah, sama-sama lah kita menghargainya, tak perlulah memfitnah atau mengata yang bukan-bukan kerena ianya akan menjadi peluru kepada musuh, kalau ingin menjadi pembodek tegar, tak payahlah kita mengutuk/mengatakan hingga kita lupa akan hukumnya disisi agama kita, saya ingin mengajak kepada sdra kita seagama tinggalkan tabiat untuk mencaci sesama kita atau pun pemimpin kita atau bekas pemimpin kita..beristifarlah kawan dan rakan seagama dengan ku.. agar jauhkan dari dosa, doakan supaya negara dan pemimpin kita dilindungi Allah..Insya Allah..Maaf jika terkasar bahasa...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.