21 October 2015

PM Kanada yang baru ada darah Melayu? Wow!!!

Justin Trudeau, PM Kanada kedua termuda dalam sejarah negara itu.
Wow! Perdana Menteri Kanada yang baru, Justin Trudeau nampaknya bakal mencetuskan fenomena tersendiri kalau tidak di peringkat dunia pun, sekurang-kurang di negaranya. Masakan tidak bila sebut saja beliau semua yang bagi komen, tak kira lelaki ke perempuan ke akan kata "hensem".

Memang ketua parti Liberal yang baru merampas semula kemenangan daripada Parti Konservatif itu dah macam bintang filem Hollywood pun ada. Baru berusia 43 tahun dah jadi PM.

Justin merupakan anak sulung kepada bekas PM Kanada ke-15, Pierre Trudeau. Dia mula menjadi Ahli Parlimen pada tahun 2008 ketika berusia 36 tahun dan dipilih semula pada 2011 dan tahun ini. Beliau dipilih sebagai ketua Parti Liberal pada 2013.

Ikut rekod, Justin merupakan PM Kanada kedua paling muda dalam sejarah negara itu. PM paling muda ialah Joe Clark tetapi dia merupakan anak bekas PM pertama yang memegang jawatan itu.

Tapi ada rekod mengatakan Justin adalah keturunan William Farquhar, salah seorang residen British di Melaka dan Singapura dan khabarnya nenek moyang beliau mempunyai darah Malaysia. Wow... Betul ke Wikipedia ni ke aku yang salah tafsir.. haha?
He is mostly of French-Canadian, Scottish, and English descent. Some of his mother's British ancestors lived in Singapore, Indonesia, and Malaysia during colonial times, including William Farquhar, a noted colonial leader of Singapore; one of Trudeau's six times maternal great-grandmothers was an ethnic Malaysian (Melayu??) which would make him the first Canadian Prime Minister to have verified documented non-European ancestry.

Menarik sebetulnya cerita pasal PM baru Kanada ini.

Lalu ada mereka yang gatal mulut bertanyakan aku bila agaknya PM Malaysia boleh dipilih daripada kalangan mereka yang berusia muda dan hensem macam Justin? Bila soalan itu ditanya tentu fikiran melayang kepada Ahli Parlimen Rembau kan kan kan?? Hehehe..

KJ pernah bercita-cita nak jadi PM sebelum usia 40 tahun. Tapi sekarang ini usianya sudah menjangkau 40 tahun. Apakah KJ berjaya menjadi PM di bawah usia 50 tahun? Susah nak cakap sebab UMNO ni bukannya macam Parti Liberal di Kanada nun. Mereka beri peluang orang muda naik jadi ketua tapi kat Malaysia ni orang muda nak naik payahlah sikit sebab orang yang tua-tua kat atas tu kan akan beri laluan dengan mudah.

Aku cerita ni bukan setakat di peringkat pusat, di peringkat cawangan pun anak-anak muda kita susah nak dapat peluang nak jadi ketua. Apa lagi di peringkat bahagian. Silap-silap nak jadi ahli UMNO cawangan pun tak lepas.

Tapi itu dululah... sekarang ini ada sedikit peluanglah itupun kalau ketua-ketua cawangan ini tak ada anak-anak yang boleh diwarisi. Kalau tidak alamat tak ada chance orang lain. Kalau bapak jadi ketua cawangan, anak jadi ketua Pemuda, lepas tu anaklah yang akan mewarisi jawatan ketua cawangan berkenaan. Orang lain tak usah berangan lah... Huhu

Psssttt... kalau ketua cawangan pun payah nak lepas jawatan, apa lagi di peringkat tertinggi. Ya idak???

Share this

0 Comment to "PM Kanada yang baru ada darah Melayu? Wow!!!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.