25 October 2015

Timbalan Presiden UMNO juga mendapat mandat daripada ahli

Bila ada desakan agar Najib melepaskan jawatan, puak-puak yang mempertahankan pemimpin akan lantang bersuara bahawa Najib menduduki jawatan itu atas mandat yang diberikan oleh rakyat. Najib jadi Presiden UMNO pun atas mandat diberikan oleh ahli parti. Jadi tidak wajar Najib didesak lepaskan jawatan.

Hemm.... betul betul betul...!!

Tapi mereka kena ingat juga bahawa Muhyiddin jadi Timbalan Presiden UMNO pun atas mandat daripada ahli parti yang memilih beliau. Ingat masa pemilihan jawatan Timbalan Presiden lalu? Muhyiddin bersaing dengan Mat Taib dan Ali Rustam sebelum pencalonan Ali Rustam dibatal sebab dikatakan terlibat politik wang.

Mat Taib yang bercita-cita besar nak jadi orang no. 2 dalam parti akhirnya tumpas. Tewas pada pemilihan itu, Mat Taib merajuk dan membawa diri menyertai Pas. Di pentas pembangkang, Mat Taib syok tala UMNO dan BN huhu. Sekarang ini katanya Mat Taib masuk pula Amanah.

Bila aku baca Sinar Harian hari ini di mana Muhyiddin mengaku tugasnya sebagai Timbalan Presiden Presiden UMNO seolah-olah semakin "dihadkan" sejak digugurkan daripada barisan Kabinet tempoh hari. Katanya, dia tidak lagi "dibenar" mempengerusi mesyuarat jawatankuasa yang diamanahkan kepadanya.
"Saya tidak lagi boleh mempengerusikan mesyuarat pengurusan parti atas alasan ia mesyuarat  biro politik khas.
"Sudah tentulah presiden yang pengerusikan, tetapi bila saya hadir, ia hanyalah mesyuarat pengurusan biasa yang dipengerusikan oleh presiden.
"Saya pun tidak tahu apa masalah saya, saya tidak lagi berkeupayaan atau (mereka) tidak mempercayai saya lagi."  - Sinar Online 25 Okt. 2015
Satu yang aku respek kat Muhyiddin, sebegitu rupa dia dikenakan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti hanya kerana mengkritik cara bos menyelesaikan isu 1MDB, Muhyiddin masih utuh bersama UMNO.

Tak macam sesetengah pemimpin atau bekas pemimpin UMNO lain, tak dapat apa yang dihajati mereka merajuk dan bawa diri menyeberang ke parti pembangkang. Kalau aku nak senaraikannya memang banyaklah tapi inilah Muhyiddin.

Aku tak boleh membayangkan "kehangatan dan kepanasan" Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung 8 - 12 Disember ini. Aku yakin kalau "orang Muhyiddin atau Shafie Apdal" tidak dicantas daripada berucap, maka akan berlaku serangan bertali arus daripada para pemimpin bahagian terhadap Presiden parti.

Perghhh....

Share this

0 Comment to "Timbalan Presiden UMNO juga mendapat mandat daripada ahli"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.