17 November 2015

Cerita Ku Li jadi PM kembali hangat... Letak syarat ketat kepada pembangkang

Wow! Cerita konon Ahli Parlimen Gua Musang yang sudah 10 penggal mempertahankan kerusi itu, Tengku Razaliegh Hamzah atau Ku Li bakal diangkat sebagai Perdana Menteri kembali panas diperkatakan.

Sumber-sumber yang aku peroleh menyebut Ku Li telah mendapat sokongan sebahagian Ahli Parlimen BN dan para pemimpin tertinggi parti pembangkang untuk mengambil alih kerusi itu daripada Najib Razak, yang pada masa ini semakin hilang kredibiliti ekoran skandal 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

Ku Li dikatakan telah menerima sokongan padu daripada Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Wan Azizah untuk mengambil alih teraju pentadbiran negara manakala sebahagian Ahli Parlimen BN terutama dari Sabah juga sedia menyokong Ku Li. Wan Azizah pula cuma mahukan suaminya dibebaskan.

Bagaimanapun khabarnya Ku Li telah meletakkan syarat yang ketat kepada pihak pembangkang khususnya Anwar Ibrahim dan PKR jika mahukan beliau menggantikan Najib sehingga PRU-14 akan datang.

Antara syaratnya ialah Ku Li boleh membebaskan Anwar dan menggugurkan semua tuduhan terhadap beliau tetapi dia perlu bersara daripada arena politik negara dan berhijrah ke luar negara dengan pemberian pencen penuh manakala PKR pula hendaklah dibubarkan.

Manakala Azmin dan ADUN-ADUN PKR pula diminta menyertai UMNO bagi membolehkan kerajaan Selangor diterajui semula oleh UMNO/BN.

Tapi sumber aku tak maklumkan pula apa syarat yang dikenakan terhadap Kit Siang dan DAP. Tapi dia memberitahu, pelantikan Ku Li sebagai PM akan membuka laluan penuh kepada Pas untuk bekerjasama dengan UMNO/BN.

Sama ada benar atau tidak cerita ini sama-samalah kita tunggu. Tapi seingat aku ini bukan kali pertama nama Ku Li disebut-sebut untuk dilantik sebagai PM. Pada 2013 dulu pun nama orang lama dalam UMNO ini juga pernah dikaitkan dengan jawatan no. 1 negara itu.

Hai. Tak berani aku sebut-sebut pengganti Najib ni. Silap-silap aku disiasat di bawah Akta Hasutan. Tapi tulisan aku ini tidak bermaksud menghasut, cuma nak beritahu tentang khabar-khabar yang dibisikkan ke telinga aku.

Entahlah... 


Share this

2 Responses to "Cerita Ku Li jadi PM kembali hangat... Letak syarat ketat kepada pembangkang"

  1. AKU SETUJU SANGAT2 KALAU HAL INI TERJADI.SEMOGA UMAT ISLAM SEMAKIN KUAT MENENTANG KAUM KAFIR YANG SEMAKIN KURANG AJAR..HIDUP KU LI

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.