26 November 2015

Ku Nan marahkan nyamuk kelambu di bakar

Itulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang membuat keputusan terburu-buru menghalang pihak media membuat liputan PAU 2015 nanti. Alasan yang beliau beri konon media sering membuat laporan yang salah dan memutar belit fakta.

Aku faham maksud Ku Nan dan aku tahu pihak media mana yang beliau tuju tapi tak bolehlah kerana marahkan sesetengah media, dia mengharamkan semua media membuat liputan PAU itu nanti. Ku Nan mungkin tidak tahu kesannya jika "tiada laporan di media" mengenai perjalan PAU itu nanti. Tanpa liputan media, PAU tidak ubah seperti mesyuarat agung PIBG.

Tindakan Ku Nan menyalahkan media bukan perkara baru malah beliau acap kali menyalahkan media apabila membuat kenyataan melulu. Semalam apabila dia menyatakan PAU diadakan secara tertutup dan kemudian dinafikan oleh Zahid Hamidi dengan pantas dia salahkan media salah lapor.

Hari ini apabila dia mengumumkan PAU akan dibuat liputan seperti biasa oleh media dia menyatakan atas desakan ahli-ahli peringkat negeri yang mahukan liputan penuh media. Kalau tak ada desakan peringkat negeri bermakna Ku Nan tetap "jual mahal" dan tidak mahukan liputan media.

Aku rasa Ku Nan seorang yang bijak dan tidak mungkin dia tidak mengetahui kuasa sesebuah media, apa lagi media arus perdana macam Utusan atau TV3. Ku Nan mungkin lupa media bukan sahaja mampu menurunkan seorang Setiausaha Agung sebuah parti atau seorang menteri, malah seorang Perdana Menteri pun boleh berundur hanya kerana laporan media.

Satu lagi aku nak bagitau Ku Nan, walaupun media tidak dibenar buat liputan aku rasa ratusan perwakilan di dalam Dewan Merdeka PWTC akan menjadi wartawan sambilan yang membuat laporan secara langsung di media-media sosial tentang apa yang berlaku di dalam dewan.

Kalau hal ini berlaku ia sudah pasti lebih sukar kerana laporan wartawan-wartawan tak bertauliah ini bukan sahaja tidak bertapis malah boleh tersebar dengan pantas.

Share this

0 Comment to "Ku Nan marahkan nyamuk kelambu di bakar"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.