03 November 2015

Muhyiddin, Shafie bakal dicantas sebelum PAU?

Angin dari Menara Dato' Onn bertiup kencang menyatakan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal bakal dicantas sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung 8 hingga 12 Disember ini.

Sumber-sumber aku dari menara itu mendakwa kalau Muhyiddin dan Shafie tidak dicantas dengan segera, besar kemungkinn PAU kali ini akan menjadi "sejarah hitam" buat parti, lebih-lebih lagi Najib selaku Presiden parti.

Mengikut tradisi UMNO pada setiap PAU, Timbalan Presiden akan merasmikan perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri sebelum pembukaan rasmi PAU. Nah, bayangkan kalau Muhyiddin dibenar berucap sudah pasti beliau akan menggunakan peluang itu untuk menghentam Najib dan mencetuskan semangat lain macam kepada para perwakilan sayap.

Shafie pula selaku Naib Presiden juga berpeluang untuk berucap. Biasanya pada sesi penggulungan.

Tapi lebih bahaya lagi, akan ada "orang Muhyiddin" dan "orang Shafie" yang akan berucap pada ucapan usul PAU nanti... Itupun kalau tidak dicantas awal-awal oleh ketua bahagian atau perhubungan negeri.

Jadi tidak mustahil akan wujud dua kem pada PAU nanti. Kem Najib dan Kem Mahathir-Muhyiddin-Shafie. Walaupun tiada pemilihan namun kewujudan kem-kem seperti ini sudah pasti akan memanaskan situasi di Dewan Merdeka PWTC nanti.

Jadi bila dimaklumkan 7 pemimpin UMNO berada dalam radar ibu pejabat untuk dicantas, nama-nama Muhyiddin dan Shafie tidak pernah terlepas.

Sekarang ini masing-masing menunggu Ku Nan mengumumkan nama-nama mereka yang akan dicantas sebelum PAU bulan depan. Beranikah Ku Nan memecat Muhyiddin dan Shafie?



*Ishh... jahat betul media sosial ni. Ada ke kata ketua-ketua bahagian dah dapat habuan daripada wang derma tu? Tak baik fitnah tau!!!

Share this

0 Comment to "Muhyiddin, Shafie bakal dicantas sebelum PAU?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.