18 November 2015

Pengguna pilih Uber sebab fed-up dengan teksi KL

Sorry to say-lah kepada para pemandu teksi di Kolumpo ni. Aku bukan nak sokong aktiviti prebet sapu macam Uber atau Grabcar ni tapi aku faham perasaan para pengguna yang selama ini naik menyampah dengan para pemandu teksi ni.

Aku sendiri beberapa kali juga mengalami nasib serupa sepertimana ribuan pengguna lain. Siapa pun yang pernah naik teksi akan akui bahawa para pemandu teksi di KL ni jual mahal, demanding dan berlagak nak mampos.

Bayangkan berapa banyak teksi di KL ni, tapi bila kita nak naik dan tahan di tepi jalan di bawah terik matahari mereka buat bodoh walaupun teksi mereka kosong. Kalau berhenti pun memilih laluan.

"Oh saya on the way nak balik rumah. Maaf saya tak ke sana." atau "Jalan jem lah encik, kita tak ke sana."

Itulah antara alasan tiap kali kita tahan teksi. Dah tau nak balik rumah, buat apa berhenti terus jelah jalan balik. Dan dah tau jalan kat KL ni jem sepanjang masa, baik duduk rumah tengok TV daripada duk bawa teksi keliling taman. Bukan nak ambik penumpang pun. Buat buang minyak saja.

Tapi bila pengguna mencari alternatif seperti guna perkhidmatan Uber atau Grabcar, tau pulak korang marah dan tuduh macam-macam. Hah...!! Padan muko!

Betullah kalau pelancong asing kata perkhidmatan teksi kat KL ni paling buruk. Teksi buruk satu hal, perangai pemandu teksi pun buruk jugak. Itu belum lagi cerita teksi "tipu" meter dan tak nak pakai argometer.

Pemandu KL patut contohi teksi Singapore. Walaupun mereka guna Mercedez Benz S Series buat teksi tapi tak adalah berlagak atau nak pilih-pilih penumpang. Mana-mana penumpang tahan berhenti sajalah dan hantarlah ke tempat yang diminta. Bukan penumpang tak bayar pun.

Ini tidak. Pemandu teksi kita suka duduk kat port-port terpilih saja. Depan stesen bas, kereta api, depan hotel-hotel atau kelab malam. Sambil tunggu penumpang sembang kosong atau main dam. Taunya nak makan besar saja. Penumpang kecik-kecik tak layan.

Inilah mentaliti pemandu kita. Bukan mereka ikhlas pun nak beri perkhidmatan tetapi kebetulan lalu, mereka ambillah penumpang. Kalau tak bo layan.

Jadi elok sangat kalau SPAD beri lesen kepada pemandu perkhidmatan Uber dan Grabcar ni supaya para pemandu teksi sedar bahawa mereka susah cari makan kalau setakat melepak main dam sementara tunggu penumpang.

Pengguna pun senang hati. Tak adalah melambai-lambai tepi jalan tahan teksi dengan teksi yang tak peduli seolah-olah kita tak ada duit nak bayar tambang.


Tiap tahun mintak naik tambang, tapi servis macam gampang!!

Share this

3 Responses to "Pengguna pilih Uber sebab fed-up dengan teksi KL"

  1. kalau adalah perkhidmatan awam yang boleh membuatkan aku mengalir air mata, aku yakin teksi kat kl ni la jawapannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teksi bukan perkhidmatan awam bro... pengangkutan awam! Tapi aku setuju...

      Delete
  2. Tepat sekali.Namun ada juga pembawa teksi yg bagus.Rare species kat KL.Dgn adanya Uber n Cargrab pengguna ada pilihan.Kalau teksi nak bersaing ubah sikaplah.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.