17 December 2015

Apa hebatnya Safee Sali?

SAFEE Sali masih dicalonkan penyerang terbaik tempatan.
Marah benar para peminat bola kita apabila nama Safee Sali disenaraikan oleh FAM sebagai salah seorang calon bagi anugerah penyerang terbaik Anugerak Bolasepak Kebangsaan 2015. Ramai yang mempersoalkan penyenaraian Safee bersama dua lagi calon iaitu pemain Selangor, Hazwan Bakri dan rakan sepasukan Safee di JDT iaitu Amri Yahyah.

Sebabnya kalau ikut prestasi pemain yang semakin berusia ini bukanlah hebat mana. Daripada tiga pemain yang dicalonkan itu, rekod mereka jauh berbanding Safee. Hazwan menjaringkan 6 gol manakala Amri 5 gol. Safee? 1 gol!!!

Persoalannya, apakah dengan jumlah jaringan satu gol sudah memadai untuk dicalonkan sebagai penyerang terbaik kebangsaan? Sedangkan ramai lagi penyerang dari pasukan lain yang meledak lebih banyak gol berbanding Safee.

Kalau ikut senarai penjaring terbanyak Liga Super 2015, Afiq Azmi menjaringkan 8 gol sepanjang musim, iaitu penjaring terbanyak dalam kalangan pemain tempatan. Tetapi nama Afiq tidak dicalonkan.

Betullah ramai yang kata Safee ini anak emas FAM. Prestasi merudum dan jadi pemain simpanan kelab pun masih boleh wakili skuad kebangsaan. Jaring satu gol pun boleh dicalon penyerang terbaik.

Entahlah... FAM sekarang semakin entah apa-apa. Patutlah Ultras Malaya mengamuk dan menteri jaga sukan hentam FAM kaw-kaw!!

Berubahlah FAM!!
 

Share this

0 Comment to "Apa hebatnya Safee Sali?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.