29 December 2015

Cerita 2kerja Ahmad Maslan


Kesian timbalan menteri bernama Ahmad Maslan. Entah di mana silapnya aku pun tak tahu. Sebabnya asal saja dia buka mulut maka akan berkarung-karunglah maki hamun yang dia dapat. Kesian benar aku dengan nasib "orang Najib" seorang ini.

Terbaru perihal cadangan Mat Maslan supaya rakyat buat dua kerja (#2kerja) bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Ramailah yang maki hamun Mat Maslan dengan idea ini dan menganggap dia seorang "menteri" yang bodoh.

Bagi aku idea buat dua kerja ni bukanlah satu isu besar pun. Sekarang pun ramai dah buat dua pekerjaan bagi menambah pendapatan dan ada yang lebih berjaya dengan pekerjaan keduanya. Tapi biasalah orang kita terutama umat bernama Melayu. Tahunya marah, bangkang, maki. Walhal kalau kita tengok bangsa lain terutama orang Cina mereka tak mengeluh kalau kena buat dua atau tiga kerja sekali pun.

Sebabnya bangsa mereka sedar kalau tak berusaha gigih dan bekerja keras, mereka tidak akan mampu hidup dalam peradaban mereka. Hidup kaum mereka adalah kaya, kaya, kaya. Kalau miskin merempat "hidup susah, mati pun susah". Sebab itu bangsa mereka jauh lebih berjaya daripada umat Melayu di bumi Tanah Melayu.

Orang Melayu tahunya minta daripada kerajaan. Bagi tak bersyukur, tak bagi kerajaan tersungkur. Inilah masalahnya sejak dulu sampai zaman media sosial hari ini. Bila disuruh berusaha lebih (untuk kekayaan sendiri dan keluarga mereka sendiri juga) bukan main marah. Tapi bila tengok ada bangsa sendiri berjaya mulalah timbul hasad dengki sampai sanggup pergi jumpa bomoh nak menjahanamkan bangsa Melayu yang berjaya.

Inilah umat Melayu di bumi Tanah Melayu. Dan nasibnya idea 2kerja ini disebut oleh menteri bernama Ahmad Maslan. Aku yakin dan percaya kalau perkara ini disebut atau dilaung-laungkan oleh Lim Guan Eng atau Nurul Izzah atau waima Nik Abduh sekali pun tiada siapa yang melenting, marah-marah atau nak maki hamun mereka. Silap-silap mereka disanjung tinggi, setinggi gunung Kinabalu.

Bagi aku 2kerja bukanlah satu isu dan bukan perkara baru. Dan mana-mana rakyat di negara maju sana, melakukan dua pekerjaan sudah menjadi budaya. Kawan aku di Indonesia memaklumkan bahawa dia mengambil dua ijazah daripada dua universiti dalam satu masa. Kawan-kawan aku di UK pula pun buat dua kerja. Siang kuliah, lepas kelas jadi waiter di restoran-restoran muslim. Ada rakan pejabat aku pula sambil-sambil buat kerja, boleh lagi buat bisnes kat pasar tani.

Kalau nak berjaya dan nak kaya kenalah berusaha. Allah dah janjikan, kalau kita berusaha lebih kita akan mendapat lebih. Ditambah dengan keberkatan rezeki yang kita cari, insya-Allah umat Melayu dan Islam tidak akan merempat dibumi sendiri, walaupun kos sara hidup meningkat setinggi KLCC.

Berhenti mengeluh, lipat gandakan usaha. Insya Allah berjaya!

Share this

1 Response to "Cerita 2kerja Ahmad Maslan"

  1. DAH MEMANG JENIS BANGANG ASAL BUNTI JA JADI LAWAK BODOH

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.