17 December 2015

Haramkan vape boleh hilang undi anak muda?

BN hilang sejuta undi anak muda jika kerajaan haramkan vape! Perghhh... Itulah yang sahabat aku laungkan ketika kerajaan ada cadang-cadang nak haramkan rokok elektronik itu. Sahabat aku tu walaupun tak hisap vape kata sebabnya orang muda akan terus benci BN kalau vape diharamkan.

Itu katanyalah. Aku malas nak berdebat dengan dia nanti putus kawan pulak kan? Bagi aku simple saja. Kalau nak haramkan benda-benda yang tak elok ni haramkan sajalah. Tak perlulah nak kira kehilangan undi dalam pilihan raya bagai.

Kalau nak dikira dengan sokongan pengundi, payahlah kerajaan nak laksanakan sesuatu dasar. Nak laksana hudud, takut hilang sokongan bukan Islam. Nak haramkan arak, nanti undi penagih arak tak dapat. Nak haramkan rokok, nanti undi perokok hilang. Ini nak haramkan vape pun duk berkira-kira hilang undi orang muda.

Dalam hal ini, aku tabik kat kerajaan Pas Kelantan sekarang. Mereka dah keluarkan arahan pengharaman jualan vape di negeri itu. Malah peniaga-peniaga pun diberi tempoh sehingga akhir bulan ini untuk menghentikan jualan, kalau tidak barangan mereka dirampas.

Kerajaan Kelantan tak peduli pun mereka akan hilang pengundi anak muda sebab mereka bertindak betul. Tak macam kerajaan Pusat, nak haramkan vape pun berkira-kira soal kehilangan undi bagai.

Ada juga yang kaitkan dengan kerugian orang Melayu sebab 90 peratus peniaga vape adalah orang Melayu (dan 90 peratus juga penghisap vape orang Melayu). Betul tapi banyak lagi bisnes lain yang orang Melayu boleh berniaga, bukan setakat vape saja. Jual burger pun kalau kena gaya jauh lebih menguntungkan. Tengoklah macam Ramly tu. Mula-mual jual burger saja tapi sekarang kat mana kedudukan dia?

Vape ni benda hisap masuk dalam paru-paru dan dalam badan kita. Dan setahu aku bahan-bahan nak buat cecair vape termasuklah nikotin. Nikotin ni bahaya. Terlebih dos boleh jalan ooo... So kalau tak dikawal tentulah bahaya. Itu belum ambil kira cecair dicampur ganja atau dadah lain.

Jadi, aku harap sangatlah kerajaan Malaysia bertindak cepat mengharamkan vape seperti mana kerajaan Kelantan dan Singapura dah buat. Tak payahlah nak berkira-kira kemerosotan undi pengundi muda. Halalkan vape pun belum tentu undi BN naik.

Tak gitu?




P/S: Alhamdulillah, dah 10 tahun aku bebas rokok, Korang bila lagi?

Share this

0 Comment to "Haramkan vape boleh hilang undi anak muda?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.