26 August 2015

Muhyiddin puji KJ, hentam Jamal

KJ sanggup dipecat demi pertahan Muhyiddin. Biar betoi?
Timbalan Presiden UMNO yang tiada jawatan dalam kerajaan, Muhyiddin Yassin memberi pujian melambung kepada KJ dan barisan Pemuda UMNO kerana berani menyuarakan kebimbangan mereka terhadap skandal 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion dalam akuan PM.

Dalam satu kenyataan hari ini, Muhyiddin menempelak seorang Ketua Bahagian di Selangor (Datuk Jamal Yunos - Bahagian Sungai Besar) yang lantang mengkritik dan mendesak beliau melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO walhal individu tersebut sebelum ini acap kali memohon pertolongan beliau.

Muhyiddin berkata, Malaysia bakal menjadi sebuah negara yang gagal jika kerajaan tidak dapat menangani kemelut yang melanda secara berani dan berdepan. Isu ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai ringgit yang merudum, kemelut politik yang luar biasa dan kenaikan harga barang dan kos sara hidup antara petanda Malaysia menjadi sebuah negara gagal.

Berikut kenyataan media oleh TS Muhyiddin Yassin:
KENYATAAN MEDIA
YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
26 OGOS 2015

Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO, dan barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia atas kenyataan berani mengenai hal ehwal negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej negara seperti 1MDB dan derma politik RM 2.6 bilion kepada Perdana Menteri. Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani Ketua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam.

Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan Saudara Khairy kepada kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden UMNO yang dipilih oleh para perwakilan dalam pemilihan parti. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai, ahli-ahli Umno akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan UMNO, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda UMNO dalam meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul. Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda negara kita secara berani dan berdepan atau “take the bulls by the horns”, saya bimbang Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara yang gagal (failed state). Iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai ringgit yang semakin merudum, kemelut politik yang luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing yang tidak terkawal dan sentimen pelabur yang dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menjauhi kita daripada sebarang malapetaka, na’uzubillahi min zalik.

Atas kesedaran inilah saya tidak putus-putus mengingatkan rakan-rakan saya di dalam kerajaan supaya mengambil langkah-langkah pembetulan dengan segera. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya menyampaikan kebimbangan saya melalui platform parti, iaitu di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi dan ketika merasmikan mesyuarat-mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang saya dijemput hadir sebagai perasmi. Saya lakukan ini kerana saya sayangkan UMNO. Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti mesti terus kukuh dan utuh untuk meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

Namun, malangnya terdapat segelintir individu di dalam UMNO sendiri yang lantang mengkritik saya. Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah mengecam kita. Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan. Mereka menuduh saya menjadi pengkhianat, menuntut supaya saya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan mendesak saya supaya meletak jawatan. Seorang Ketua Bahagian di negeri Selangor antara yang paling kuat mendesak saya meletak jawatan sedangkan ahli di bahagiannya sendiri menuntut dia meletak jawatan.

Semua ini dibuat semata-mata kerana saya bercakap benar demi untuk menyelamatkan parti.
Kepada mereka ini ingin saya ingatkan. Sejarah sumbangan saya kepada UMNO cukup panjang. Saya telah berjuang di dalam UMNO lebih 40 tahun. Malah, ketika UMNO diharamkan dahulu, saya mengambil tanggungjawab untuk membina semula UMNO di Johor sehingga UMNO kembali kuat dan negeri Johor menjadi penyumbang terbesar kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya umum. Saya juga tetap setia bersama parti ketika UMNO menghadapi pelbagai krisis. Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan.

Namun, semua ini tidak akan mematahkan semangat saya, apa lagi melemahkan daya juang saya untuk terus membela maruah agama, bangsa dan negara. Saya yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita berpegang teguh kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai panduan dalam kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan bertakwa kepada Tuhan.
Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

GEMPAR!!! Wartawan, jurukamera stesen TV ditembak mati ketika berlintas langsung


GEMPAR! Seorang wartawan dan jurukameranya yang sedang mengadakan temu bual secara langsung di TV ditembak mati di Virginia, AS hari ini.

Wartawan tersebut, Alison Parker, 24, dan jurukamera Adam Ward, 27, terbunuh selepas ditembak dari jarak dekat ketika bertugas menemu untuk siaran WBDJ, Moneta, Virginia petang ini. (waktu Malaysia).

Kejadian itu berlaku kira-kira 6.45 pagi (6.45 petang waktu Malaysia) ketika Parker sedang menemu bual Vicki Gardner mengenai masalah setempat. Gardner turut ditembak di bahagian belakang dan mengalami kecederaan parah.

Berikut rakaman kejadian tersebut...

24 August 2015

Stacy peluk Islam... Guna nama Ummi Syaikhah Stacy bin Anam

DIKEMAS KINI:
Stacy mengesahkan beliau kini seorang Muslim selepas memeluk Islam dalam satu majlis ringkas di Johor Bahru semalam. Dia kesal kerana ada individu yang merakam dan menyebarkan video ketika dia sedang mengucap dua kalimah syahadah. Katanya individu berkenaan mengganggu privasinya.

Gambar dipercayai Stacy (kiri) sedang mengucapkan dua kalimah shahadah di hadapan seorang pegawai agama Islam di sebuah pejabat agama di Johor Bahru pagi ini.

POS ASAL:
Penyanyi lincah dari Sabah, Stacy dipercayai telah memeluk Islam dalam satu majlis ringkas di sebuah pejabat agama di Johor Bahru hari ini. Menurut sumber-sumber yang aku peroleh nama Islam Stacy ialah Ummu Syaikhah Stacy Abdullah. Wow... Indahnya nama itu.

Langkah Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam memeluk Islam menandakan beliau sudah bersedia untuk menjadi isteri kepada kekasihnya, Akim Ahmad, penyanyi yang sedang meletup dengan lagu Mewangi.

Sebelum ini, Stacy pernah dikaitkan dengan kisah memeluk agama Islam tetapi telah dinafikannya dan menganggap berita yang tersebar itu sebagai sesuatu yang sangat sensitif untuk dibicarakan secara terbuka.

Hemm... Kalau betul Alhamdulillah. Kalau tak betul Insya-Allah akan tiba hidayah Allah untuknya. Jangan persoal sama ada di memeluk Islam kerana cinta atau apa sebab Allah membuka hidayah dengan pelbagai cara.

Apa-apa pun elok tunggu pengesahan tuan punya badan atau setidak-tidaknya sang kekasih atau ahli keluarga mereka. 

Stacy kini bersedia menjadi isteri Akim apabila dia sudah bergelar seorang muslim.

22 August 2015

SPRM buru Jho Low, Nik Faisal dan Datuk Suboh


PUTRAJAYA 22 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta tiga orang individu agar tampil menghubungi SPRM dengan segera bagi membantu siasatan berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, ketiga-tiga mereka adalah Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil; Pengarah SRC International Sdn Bhd, Dato' Suboh Md Yassin, dan ahli perniagaan Low Taek Jho juga dikenali sebagai "Jho Low".

Dalam satu kenyataan di sini hari, SPRM memberikan alamat mereka:

1. Nik Faisal  Ariff Kamil (No kad pengenalan: 710304-10-6303 dan pasport bernombor A3178024). Alamat terakhir: No 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor dan No 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor.

2. Datuk Suboh Md Yassin (No kad pengenalan: 510111-10-5521 dan pasport bernombor D021678 dan R016029). Alamat terakhir: 3-15-2, No 3, The Residence, Jalan Wan Kadir 5, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

3. Low Taek Jho (No kad pengenalan: 811104-07-5701). Alamat terakhir: 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Azam berkata mereka dikehendaki hadir di Bahagian Operasi Khas SPRM di Aras 7, Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya.

Tiga individu itu juga dikehendaki menghubungi Pegawai Penyiasat Kes iaitu Penolong Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 010-3187757 atau 03-88900752, atau Penolong Pesuruhjaya Norkhafizin Isa di talian 019-6000345 atau 03-88900754.

"SPRM juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat di mana ketiga-tiga mereka berada agar menghubungi Penolong Pesuruhjaya Rosli Husain atau Penolong Pesuruhjaya Norkhafizin Isa atau pun mana-mana Pejabat SPRM yang terdekat," katanya.

Bulan lalu, media melaporkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meminta Jho Low tampil secara sukarela untuk memberi keterangan kepada PAC berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - BERNAMA

Komen MTB: 
Jom kita ramai-ramai pakat bantu SPRM buru mereka especially apek sorang tu yang selama ini hidup bermewah di kelilingi artis Hollywood daripada hasil kekayaan yang meragukan.

Sorrylah. Aku dah lama meragui mamat ini sejak gambar dia bercuti bersama Paris Hilton beberapa tahun dulu. Masa tu ramai yang tertanya-tanya siapa apek ini sampai artis Hollywood macam Hilton mau berdamping. Bukan kecik-kecik anak tu! Baca di sini!

Bukan kecik-kecik anak sampai Paris Hilton pun menghimpit...

SKMM buru penyebar gambar bogel di media sosial...

Budak-budak sekarang... dah buat maksiat, share pula satu dunia
Kalau nak merasa bermalam dalam lokap atau didenda dengan ribuan ringgit bolehlah cuba-cuba sebarkan gambar-gambar lucah di media sosial. Sekarang ini SKMM dengan bantuan polis sedang galak memburu seks maniac di media sosial.

Yelah, dengan perkembangan media sosial sekarang anak-anak muda (yang tua pun apa kurang) galak berkongsi gambar-gambar lucah baik di FB, WhatsApp, WeChat atau muat naik di blog atau Thumb tanpa mengetahui perbuatan mereka itu diperhati oleh SKMM.

Nah... Ini dia. Beberapa orang sudah dicekup di Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang. Selepas ini sudah pasti ramai lagi yang akan diburu oleh SKMM di seluruh negara.

Aku tengok makin galak budak-budak perempuan kita (mak-mak budak pun sama jugak) di muat naik gambar selfie bogel. Konon nak tunjuk kat buah hati masing-masing. Tak tahu kalau buah hati tu kongsi pula gambar berkenaan dengan kawan-kawan lain. Maka tersebarlah gambar-gambar atau video lucah itu di alam maya.

Ada juga yang share gambar-gambar mereka sebab nak "bangga" selepas buat maksiat atau melakukan persetubuhan haram, gambar-gambar atau video yang kalau mak bapak mereka tengok boleh mati sakit jantung.

Nasihat aku, manfaatkanlah media sosial untuk kebaikan dan bukan keburukan.
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis telah menangkap beberapa individu di Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang baru-baru ini kerana menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi dan media sosial.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd. Yasin dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, beberapa kelengkapan atau peranti komunikasi milik suspek-suspek disita dan rakaman percakapan mereka turut diambil bagi membantu siasatan.
Antara peranti-peranti komunikasi yang dirampas kata beliau, termasuk telefon bimbit, kad sim, pemacu pena, komputer riba, modem dan Samsung Tab.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan berdasarkan aduan awam yang diterima terhadap beberapa suspek yang telah memuat naik kandungan lucah di laman blog, menghantar kandungan lucah dan jelik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan emel...- Utusan Online, 22.08.2015
Sokong tindakan SKMM dan harap lebih tegas. Mak bapak pun tolong perhati telefon anak-anak dan kalau boleh jadi kasi telefon canggih kat anak-anak. Telefon sendiri pun kena pantau, jangan kasi merek menggunakan telefon dalam bilik senyap-senyap. Bahaya! (Sekadar beritahu)

LGE putar belit tema sambutan Hari Kemerdekaan

Putar belit LGE yang disiarkan dalam lidah rasmi DAP versi Melayu.
Selepas Kementerian Pelajaran melarang para pelajar dan guru di Pulau Pinang menyertai sebarang sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri, Lim Guan Eng cuba membelitkan tema sambutan itu.

LGE mendakwa tema perayaan sambutan Hari Kebangsaan bagi negeri Pulau Pinang ialah Bersih, Cekap dan Amanah dan hanya kerana adanya perkataan "bersih" maka larangan itu dikeluarkan. Sedangkan pihak sekolah di negeri itu mendakwa menerima arahan menggunakan tema "Bersih" dan bukannya Bersih, Cekap dan Amanah seperti didakwa oleh LGE.

LGE ternyata cuba menipu rakyat konon tema sambutan bukannya Bersih tetapi Bersih, Cekap dan Amanah, slogan yang pernah dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Dalam soal ini LGE tidak perlu membelit kenyataan. Samada Bersih atau Bersih, Cekap dan Amanah, tema sambutan di peringkat negeri sepatutnya seiring dengan tema Hari Kebangsaan peringkat kebangsaan iaitu #SehatiSejiwa.

Kenapa LGE beriya-iya nak membuat tema sendiri sedangkan seluruh negeri di Malaysia termasuk di Selangor dan Kelantan menggunakan tema yang sama dengan Pusat iaitu #SehatiSejiwa. Tindakan Pulau Pinang jelas menunjukkan mereka "memisahkan diri" daripada kerajaan Pusat atau dengan bahasa mudah, mereka mahu negeri mereka tidak terikat dengan kerajaan Pusat, atau mahu merdeka.


Sebenarnya inilah yang diimpikan oleh DAP selama ini, menjadikan Pulau Pinang sebagai wilayah tersendiri yang keluar daripada Malaysia seperti mana yang dilakukan oleh Singapura pada awal kemerdekaan dahulu.

Aku tidak terkejut jika suatu hari nanti DAP akan mengadakan pungutan suara di kalangan rakyat negeri ini untuk sama ada terus kekal di dalam Malaysia atau mahu menjadi sebuah wilayah autonomi yang bebas daripada kerajaan Pusat.

Kalau tema sambutan Hari Kebangsaan pun mereka nak hak sendiri, apatah lagi lain-lain hal.Tidak mustahil DAP akan mengubah Undang-undang Tubuh Negeri yang akhirnya segala hak dan keistimewaan Melayu dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga semuanya terhapus. Tak lama, sekarang pun dah nampak.


21 August 2015

Skandal DEIG Azmin: DAP Selangor dah boleh tersenyum...

Betui ka depa ni semua kena kencing MB?
Para pemimpin DAP khususnya di Selangor agaknya sedang tersenyum bersama kawan-kawan GHB sebab Azmin Ali kini berhadapan dengan skandal Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang boleh menjejaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Yelah dengan wang pelaburan milik kerajaan negeri sebanyak RM30 bilion diuruskan oleh syarikat  RM2 sudah pasti ia menimbulkan 1001 pertanyaan bukan sahaja oleh rakyat Selangor, pihak istana malahan mengundang kemasukan pegawai penyiasat SPRM di pejabat Azmin.

DEIG yang diwujudkan konon ala-ala 1MDB oleh Najib yang menjadi syarikat pelaburan untuk menguruskan dana Perbadanan Menteri Besar (MBI) tetapi ternyata dimiliki oleh dua individu yang tidak dikenali -- disyaki sebagai proksi kepada Azmin -- dan disahkan oleh ROS.

Itu belum lagi isu "lesapnya" RM7.65 bilion untuk projek air Selangor kerana menurut MB terdahulu, Khalid Ibrahim projek tersebut hanya melibatkan kos RM2 bilion dan bagaimana Azmin boleh membentangkannya dalam Dewan Undangan Negeri sehingga RM9.65 bilion.




Kedua-dua isu yang membabitkan integriti ini boleh menjejaskan kedudukan Azmin sebagai Menteri Besar. Dan jika kemungkinan itu berlaku sudah pasti DAP terloncat-loncat kegembiraan. Ini kerana sudah pasti DAP akan melobi ADUN Pas yang menyertai GHB sebagai calon menduduki kerusi yang bakal dikosongkan Azmin.

Siapa dua penama milik syarikat DEIG ini? Doktor kah? Majistret? Ahli muzik?

Sekarang ini Selangor dikatakan penggerak kepada GHB konon bakal membawa harapan baru kepada rakyat dengan penubuhan sebuah parti baru yang anggotanya adalah terdiri daripada para pemimpin Pas dan kemudian bergabung membentuk pakaran pembangkang yang baharu - DAP, GHB dan PKR dan meninggalkan Pas bersendirian.

Jadi ADUN GHB (bekas Pas) menduduki kerusi MB maka lebih mudah bagi DAP untuk menjadikannya boneka kepada parti itu - sepertimana mereka menjadikan Nizar Jamaludin, bekas MB Perak sebagai boneka parti itu untuk mentadbir negeri.

Dan sudah pasti impian DAP bukan sekadar untuk mentadbir Selangor, tetapi mereka memasang impian besar untuk menduduki Putrajaya dengan bantuan parti-parti pecahan kaum Melayu  - PKR dan GHB pada PRU akan datang.

Sekarang ini di mata pengundi Cina (dengan bantuan hasutan DAP) mereka melihat UMNO sudah tidak relevan untuk mentadbir negara - pemimpin yang kaki rasuah; Pas  membawa ideologi Islam yang ekstrim macam Taliban; PKR - Anwar dah masuk dalam.MCA? Dah lama kaum Cina tak boleh terima sebab dianggap kaki ampu UMNO dan tak ada telur.

Jadi tinggal DAP menjadi harapan bukan sahaja bagi kaum Cina malaha orang Melayu jugak. Ditambah parti itu cuba menonjolkan bahawa merekalah satu-satunya parti yang telus, bebas, demokratik, multiracial, berintegriti...

19 August 2015

Bekas pemimpin UMNO simpan berguni duit... Biar betek?

Kaya tahap dewa.. tidur pun atas duit...
Betul ke tak betul aku tak pasti. Seorang kawan aku memaklumkan yang dia pernah nampak longgokan wang tunai dalam sebuah bilik rahsia di rumah bekas pemimpin UMNO. Katanya dia terlihat wang itu ketika diminta tokoh veteran UMNO berkenaan untuk ambil sesuatu.

Kawan aku itu mendakwa dia sangat akrab dengan bekas pemimpin ini dan rumah tokoh berkenaan dah macam rumah keduanya. Makan tidur dan kadang-kadang berkampung di rumah pemimpin ini. Maklum perjalanan politik tokoh ini tidaklah lancar dan sering dilambung badai termasuk terpaksa keluar daripada UMNO untuk menyertai parti politik lain. Jadi dia banyak menghabiskan masa di rumah pemimpin tersebut untuk membincangkan strategi politik.

Aku juga pernah mendengar cerita orang kuat parti ini menyimpan duit tunai dalam rumah. Dikatakan mereka tidak gemar menyimpan wang mereka di bank sebab kelak dapat dikesan oleh pihak tertentu. Silap-silap kena mengadap pegawai penyiasat SPRM kalau tak oleh income tax.

Ini contoh orang kaya tapi bodoh... heee

Seorang rakan lagi bercerita, dia pernah mengikut seorang calon dari UMNO untuk berkempen dalam satu pilihan raya umum. Dia duduk di bahagian belakang kereta itu tergamam apabila melihat calon wanita ini diberikan selonggok wang tunai dari seseorang ketika bertemu di satu simpang jalan.

"Aku ingatkan apa yang diberinya. Tengok tudia selonggok duit cash. Aku tak tahu berapa banyak tapi banyaklah. Tapi harammm... sekeping pun tak kasi aku yang duk kat belakang ni," cerita rakan aku itu suatu ketika dahulu,yang sampai sekarang masih aku ingat kata-katanya.

Teringat pula cerita kawan aku yang juga mantan wakil rakyat yang bercerita bagaimana ramai yang datang untuk memberi derma kepadanya ketika bertanding dalam pilihan raya dulu. Katanya, dia yang bertanding ADUN pun boleh dapat sekurang-kurang setengah juta ringgit sumbangan pihak-pihak tertentu.

Jadi katanya, kalau PM dapat derma RM2.6 juta memang dia tidak hairan. Tapi silapnya Najib menyimpan wang tersebut dalam akaun peribadinya. Tak seperti bekas pemimpin UMNO di atas tu yang menyimpan tunai dalam guni di bilik khas dalam rumah.

Kesimpulan aku boleh kata ahli politik dan wang yang banyak ini seolah-olah tak boleh dipisahkan. Mereka yang menjadi pemerintah berusaha untuk menambah kekayaan manakala yang belum dapat memerintah berusaha untuk merampasnya, sebab nak juga mengecap kekayaan.

Yalah. Takkan nak tengok ketua-ketua Pemuda UMNO sahaja yang pakai kereta-kereta mewah, puak-puak dalam DAP, PKR dan GHB pun nak juga merasa kemewahan hidup selepas menjadi pemerintah. Ya tak? DAP, PKR, GHB waiman Pas jangan tunjuk sucilah... Aku tau air laut tu masin ke payau.

Cheeessseee...!!!


Rindukan suasana sebegini... Masih adakah?


Aku memang rindukan suasana mesra sebegini antara kedua-dua pemimpin ini. Seorang mantan Perdana Menteri yang berpengaruh manakala seorang lagi Perdana Menteri masa kini yang berkuasa.

Apabila kedua-dua ini "bersengketa" maka yang menjadi mangsa adalah rakyat jelata. Bayangkan seorang menggunakan pengaruhnya untuk menurunkan yang satu lagi. Beliau cuma perlu berdehem maka berduyun-duyun akan mendukung beliau. Begitulah hebatnya pengaruh mantan ini sehinggakan yang dahulu lawan kini cuba-cuba untuk berkawan.

Yang satu lagi menggunakan kuasanya untuk menutup mulut si mantan. Apa sahaja media yang ada digunakan untuk "menyerang" si mantan. TV, surat khabar, blog, media sosial digunakan semaksimum mungkin untuk melumpuh aura si mantan.

Apakah suasana dalam gambar di atas boleh diulang semula sementara masing-masing masih bernafas? Demi ketuanan Melayu aku berharap kedua-duanya cepat menghentikan sengketa manakala para pendukung mereka berhenti mengapi-apikan perasaan rakyat.

Hentikanlah... berdamailah!

Kapsyen gambar: Suasana mesra antara Najib dan Tun Mahathir yang dirakam dalam satu majlis sambutan Aidilfitri pada tahun 2013.

PM duk syok sendiri.... DAP duk syok Putrajaya

Kenyataan "Perdana Menteri hanya syok sendiri" bukan aku yang cakap. Tapi aku petik pandangan rakan blogger Helen Ang. Dalam pernyataan itu, dia menulis:
It is just a matter of where the numeral ‘1’ is placed. Najib places it in front – 1Malaysia. The DAP puts it at the back – Malaysian 1st.

From the results of GE12 and GE13, it’s evident the DAP back-end ‘one’ doctrine has won the day. The aggressive evangelical party is simply better at indoctrination, that’s all. Najib’s people – who were themselves lukewarm to his front-end ‘one’ sales pitch – had been too tidak apa to carry out the requisite brainwashing.

But then again, BN has never been and can never be as vicious and sneaky as the DAP.

So just accept that BN lost the Battle of Public Perception already. The Chinese tsunami on 5 May 2013 sent a loud and clear message that the social contract drafted by the Tunku-Cheng Lock Alliance was being torn up and thrown into the rubbish bin.
Aku cukup bersetuju dengan pandangan Helen. Baca pandangan penuh Helen mengenai isu ini di sini...

Ya, sepatut UMNO/BN perlu bimbang dan takut adalah gerakan yang dilakukan oleh pihak pembangkang yang dikepalai oleh DAP. Mereka telah berjaya menarik 160,000 pengundi baru dan sudah tentu majoritinya akan memberi undi kepada pembangkang, khususnya DAP.

MCA sudah hilang pengaruh dalam kalangan orang CIna. DAP semakin mendapat kepercayaan. MIC bergaduh berebut jawatan tidak kunjung selesai. Lain-lain parti komponen BN tidak mempunyai pengaruh besar.

Hanya UMNO yang menjadi tunjang kepada BN untuk mempertahankan Putrajaya daripada jatuh ke tangan parti yang didominasi oleh kaum Cina. DAP boleh kata mereka parti pelbagai kaum tapi kaum-kaum lain yang menyertai DAP hanya dijadikan tempelan sahaja. Bukti-bukti sudah jelas dan nyata.

Sepatutnya UMNO/BN membuat persiapan untuk menghadapi PRU-14. Betul kata Ahmad Maslan, esok belum PRU-14. Tapi pembangkang sudah menyusun langkah sejak hari pertama selepas PRU-13. Dan sehingga hari ini gerakan mereka tidak pernah berhenti. Antara langkah diambil, memindahkan pengundi daripada kawasan yang sudah mereka kuasai ke kawasan yang disasarkan.

Pembinaan rumah-rumah dan kondo-kondo mewah di kawasan-kawasan yang disasar (sebahagian strategi mereka dengan bantuan pemaju perumahan) meningkatkan lagi aktiviti pemindahan pengundi khususnya kaum Cina. Pihak berkuasa tempatan yang dikepalai oleh orang Melayu pula (tanpa berfikir soal geopolitik) meluluskan semua projek perumahan yang dicadang.

Pembinaan rumah-rumah dan apartimen mewah di kawasan majoriti Melayu memudahkan usaha memindahkan pengundi bukan Melayu ke kawasan berkenaan. - Gambar hiasan

Hasilnya kawasan yang dahulunya majoriti pengundi Melayu sudah bertukar menjadi minoriti akibat perpindahan beramai-ramai pengundi bukan Melayu yang majoriti memberi undi kepada pembangkang. Banyak contoh dapat dilihat. Kekalahan Ali Rustam merupakan contoh paling jelas.

Jadi dalam situasi politik sekarang, UMNO tidak ada pilihan lain untuk mempertahankan Putrajaya melainkan menjadikan Pas sebagai rakan sekutu. Sokongan orang Melayu/Islam terhadap Pas masih kukuh. UMNO dan Pas perlu duduk berbincang untuk memikirkan strategi bagi memastikan Putrajaya tidak jatuh ke tangan parti yang didominasi kaum lain.

Suka atau tidak itu yang perlu dilakukan. Sekali negara jatuh ke tangan kaum lain, aku yakin dan percaya selamanya ia akan kekal sedemikian. Dan Melayu akan senasib dengan Melayu Champa, rakyat Palestin atau bangsa Rohingya yang merempat di tanah air sendiri.

18 August 2015

Trigana terhempas bawa wang RM1.92 juta

Rupa-rupanya pesawat Trigana Air yang terhempas di kawasan hutan di Irian Jaya, Indonesia bukan sahaja membawa penumpang dan kru tetapi juga membawa sejumlah wang yang cukup banyak iaitu Rp6.5 bilion atau RM1.92 juta. Perghhh....

Walaupun jumlah itu tidaklah sebanyak dana politik yang didermakan oleh pak Arab kepada pemimpin negara kita, tetapi dengan jumlah tersebut sudah tentu banyak yang boleh dilaksanakan untuk membantu penduduk pedalaman dan miskin di kepulauan Papua itu.

Pesawat itu membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan bayi serta lima krew terhempas ketika dalam penerbangan dari Jayapura, ibu kota Irian Jaya ke Oksibil, selatan wilayah itu.

Irian Jaya adalah wilayah Indonesia paling barat di pulau Papua di mana pulau itu dibahagian dua dengan Papua New Guinea.

Menurut jurucakap PT Pos Indonesia, empat penumpang pesawat tersebut membawa Rp6.5 bilion untuk diagihkan kepada para penduduk, iaitu sebahagian program membantu warga miskin di selatan wilayah itu.

Itu cerita pasal wang yang dibawa dalam Trigana Air yang telah musnah bersama serpihan pesawat dan cebisan daging penumpang. Malang...

Tapi cerita pasal wang derma pak Arab RM2.6 bilion masih belum habis lagi. Rakyat seluruh pelosok negara kini tertanya-tanya ke mana perginya wang sejumlah itu disalurkan? Membantu rakyat miskin? Entah...

Tapi isu wang derma ini semakin menghimpit Najib ke dinding. Walaupun pelbagai langkah telah dibuat untuk menunjukkan beliau tidak melanggar sebarang undang-undang tetapi rakyat kini semakin hilang keyakinan. Ini bukan cerita derma RM1 untuk tabung masjid, tapi 2.6 BILION RINGGIT.

Dahsyat....

Peniaga Low Yat gantung ayat Quran tarik pelanggan Melayu? (Update!)

DIKEMAS KINI:
Seorang sahabat yang baru ke Low Yat sebentar tadi memaklumkan gantungan ayat Quran seperti dikatakan itu tidak kelihatan di semua premis. Ada kemungkinan sudah diturunkan. Terima kasih sahabat atas info.

Gambar ini tiada kena mengena dengan tajuk atau isi kandungan. Sekadar hiasan saja!

POS ASAL:
Pendedahan oleh Ustaz Ridhuan Tee dalam blognya mengejutkan. Dikatakan para peniaga Cina di Low Yat sanggup menggantung ayat-ayat suci Al Quran di premis masing-masing semata-mata untuk menarik semula pelanggan Melayu.

Ustaz ini berkata, dia mengetahui perkara itu selepas diadu oleh pihak penguatkuasa yang mahukan beliau berbuat sesuatu kerana penguasa berkenaan merasakan para peniaga Cina di Low Yat telah mempersendakan kesucian Al Quran dan Islam keseluruhannya.
Saya mendapat panggilan daripada penguasa Pihak Berkuasa Tempatan, meminta perara ini diketengahkan kerana mereka tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan. Penguasa tersebut marah kerana mereka mempermainkan kalimah suci untuk mendapat keuntungan.

Malah, kedudukan syarikat (kedai) mereka juga telah disemak dengan SSM. Tuan punya memang bukan Melayu, termasuk pekerjanya. Jadi, atas alasan apa kalimah suci ini digunakan? - Ridhuan Tee

Kalau benarlah apa yang dikatakan oleh Ustaz Ridhuan ini nampaknya kempen boikot Low Yat sangat berkesan. Benarlah bahawa kuasa pengguna itu sangat besar cuma selama ini kita tidak menggunakannya. Setiap kali kita berdepan dengan para peniaga yang tamak, kita asyik menyalahkan kerajaan.

Soal menggantung ayat-ayat Quran oleh peniaga ini pun satu hal. Rupanya para peniaga amat bergantung kepada orang Melayu dan Islam selaku kaum majoriti di negara ini. Tanpa sokongan pelanggan Melayu/Islam, seorang peniaga boleh bungkus. Itulah berlaku di Low Yat.

Aku yakin kalaulah kempen "beli barangan buatan/peniaga Islam" aku ingat kaum Cina tidak boleh menguasai perniagaan dan kekayaan negara seperti ini. Maklum selama ini mereka menjadi kaya raya kerana dasar kerajaan yang adil dan saksama kepada mereka ditokok sikap orang Melayu yang tidak kisah soal siapa peniaga atau produk mana, asalkan halal.

Berbeza dengan peniaga kaum Cina yang bersikap double-standard dengan para pelanggan. Perkara ini bukan baru dan aku rasa semua orang dah tau iaitu peniaga Cina akan menawarkan harga jauh lebih murah kepada pelanggan sesama bangsanya tetapi memberikan harga yang lebih tinggi kepada pelanggan bukan kaum mereka.

Sebab itulah para peniaga Melayu susah nak bersaing dengan mereka sebab harga yang dikenakan pemborong dan pembekal (yang dimonopoli oleh kaum Cina) menawarkan harga lebih tinggi berbanding peniaga Cina. Sebab itulah kadang kala kedai ubat Cina boleh jual susu bayi jauh lebih murah daripada pasar raya. Walhal mereka bukannya ada rangkaian perniagaan yang banyak pun.

Jadi apabila Ismail Sabri mencadangkan nak buka Low Yat 2 di Plaza Mara aku memang sokong sangat-sangat. Sepatutnya dah buah 10 tahun dulu. Tapi tak apalah, biar lambat daripada tak buat langsung. Namun aku harap Mara janganlah bagi nama "Low Yat" sebab tidak sesuai langsung dengan kedudukannya. Berilah nama lain yang bercirikan Melayu dan Islam.

Bak kata Ustaz Ridhuan nama "Sakitnya Tuh Disini" pun tak apa!

17 August 2015

Zahid berbohong atau tokoh politik menyorok?

Semalam Zahid Hamidi buat gempak mengatakan tokoh UMNO yang mahu menggulingkan kerajaan sudah insaf dan akan bertemu dengan Najib pukul 6 petang di kediaman Perdana Menteri untuk memohon maaf.

Zahid selaku TPM berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tampin. Ekoran kenyataannya itu berduyun-duyun petugas media menunggu di hadapan kediaman Najib. Astro Awani melaporkan wartawan menunggu selama 5 jam iaitu dari 5 petang sehingga 10 malam. Baca di sini...

Bagaimanapun tiada seorang pun kelibat tokoh politik yang dimaksudkan oleh Zahid datang ke kediaman Najib di Langgak Duta. Lalu macam mana Zahid dengan penuh yakin berkata tokoh itu akan bertemu dengan PM siap dengan tempat dan masa? Apakah ini satu lagi "gempak" Zahid seperti sebelum-sebelum ini?

Itulah aku kata si Zahid ini. Kalau nak bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar. Jangan main hentam sesedap mulut. Dulu yelah hang tu menteri tapi sekarang ini Timbalan Perdana Menteri.

Janganlah buat gempak kata segala maklumat diterima itu sahih dan bukan dikutip tepi jalan tapi kenyataannya tidak sedemikian.

Apabila tokoh politik yang dimaksudkan Zahid itu tidak muncul, maka yang bermain dalam kepala aku ialah:
1. Apakah Zahid berbohong? Atau sekadar bercakap untuk menunjukkan ketegasan dan kebijakannya?
2. Apakah tokoh politik yang dimaksudkan itu tidak wujud?
3. Adakah tokoh politik itu wujud tetapi sedang menyorok daripada ditahan oleh pihak polis?

Semalam juga Zahid menafikan tokoh politik itu ialah Muhyiddin.

Zahid... Zahid...

Guling kerajaan atau guling Najib?

Berguling-guling aku baca amaran yang diberikan oleh Zahid yang baru naik pangkat jadi TPM konon wujudnya usaha untuk menggulingkan kerajaan yang ada sekarang. Dia yang juga menteri jaga KDN kata berdasar risikan ada kalangan pemimpin UMNO terlibat.

Aku tidak percaya ada pemimpin UMNO yang mahu menggulingkan kerajaan UMNO/BN ini. Kalau nak gulingkan Najib mungkin ya. Sebabnya sekarang ini mereka semakin muak dengan permainan Najib untuk melindungi diri dan isteri daripada pelbagai skandal mulai 1MDB sehingga wang derma RM2.6 billion.

Muhyiddin yang menegur secara baik dalam mesyuarat MT atau dalam pertemuan-pertemuan peribadi dengannya tidak diendahkan oleh Najib. Malah aku pernah diberitahu bahawa sepupunya, Hisham juga sudah berbuih mulut menasihati Najib supaya menjaga perilaku bininya, pun tidak dipedulikan.

Bila terbitnya skandal 1MDB dan dana politik dalam akaun peribadi, habis semua yang pernah menegurnya dicantas. Nasib baik Hisham tu sedara, kalau tidak mungkin alami nasib serupa Muhyiddin dan Shafie Apdal.

Maka tinggallah pak-pak menteri yang mengampunya siang dan malam bagi memastikan tidak mengalami nasib serupa atau kalau lebih beruntung dapat naik pangkat jadi menteri penuh atau yang belum ada jawatan dalam Kabinet boleh dilantik jadi timbalan menteri.

Isu nak gulingkan kerajaan seperti didakwa Zahid aku rasa satu tuduhan yang melampau. Tidak mungkin wujud usaha gulingkan kerajaan daripada pihak UMNO sendiri. Zahid yang aku kenal cukup hebat bercakap dan memperbesar-besarkan isu yang kecil. Jadi tidak hairan apabila hal ini juga diperbesarkan.

Misalnya isu pencerobohan Lahad Datu, Zahid yang masa itu Menteri Pertahanan dengan lantang mendakwa mengetahui dalang disebalik pencerobohan itu tetapi sehingga hari ini dalang yang dimaksudkan itu bukan sahaja tidak ditangkap dan didakwa, malah ceritanya lenyap begitu sahaja.

Begitu juga apabila kes sebuah kapal tangki yang dirampas lanun, dengan cepat dia mendakwa ada orang dalam terlibat. Sedangkan menurut Agensi Penguatkuasa Maritim, tidak wujud orang dalam. Kapal itu dirampas lanun dari Indonesia.

Zahid harus ingat, sebagai menteri dan kini Timbalan Perdana Menteri setiap patah yang diucapkan boleh memberi kesan kepada rakyat dan negara. Dia tidak boleh asal cakap untuk menunjukkan ketegasan atau kebijakannya. Ia perlu disertakan dengan bukti dan fakta yang sahih. Yang penting dia perlu berhati-hati apabila bercakap.

Bak kata pepatah kerana pulut santan binasa...

J/kuasa konsultasi dana politik cubaan cuci najis Najib?

Kalau tak ada kepentingan depa tak de laa nak menyumbang untuk ahli-ahli politik - Gambar hiasan saja
Najib mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa yang akan memberi khidmat nasihat berkaitan dana politik. Jawatankuasa itu ditubuhkan oleh kerajaan. Kerajaan yang diketuai oleh dia sendiri. Bila jawatankuasa itu diumumkan, pak-pak menteri terloncat-loncat menyatakan sokongannya.

Hemm... Nampaknya isu dana politik ini dah macam pepatah orang tua, kerana seekor kerbau semua habis terpalit.

Isu dana politik sebetulnya bukan masalah berkaitan parti politik baik UMNO atau parti pembangkang lain. Isu asalnya ialah bagaimana derma untuk dana politik berbilion ringgit itu masuk dalam akaun peribadi Najib dan tidak diketahui oleh timbalannya serta ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO lain?

Tapi Najib cuba menutup kesilapannya dengan menubuhkan jawatankuasa dengan harapan semua parti politik mendedahkan penyumbang dana mereka. Hehe... potong kuku hitam aku yakin DAP dan PKR tidak akan mengendahkan jawatankuasa ini dan mendedahkan penyumbang dana masing-masing.

Sebabnya, penubuhan jawatankuasa itu tidak lebih untuk "menyucikan" kesilapan yang dibuat oleh Najib. Dengan penubuhan ini diharap isu "derma" berbilion ringgit dalam akaunnya akan dilupakan dan keadaan kembali normal. Walhal ia sama sekali tidak kerana keberadaan wang tunai berbilion ringgit itu terus menjadi persoalan.

Walaupun PM kata dana politik itu adalah di bawah bidang kuasa Presiden dan Bendahari parti tetapi aku nak tanya Bendahari UMNO, Ahmad Husni Hanadzlah apakah dia mengetahui wujudnya derma RM2.6 billion daripada Timur Tengah itu selama ini? Kalau ya, kenapa ketika isu ini mula timbul (tertimbul sebab ada orang rakam perbualan Muhyiddin ketika dia berbual dengan rakan-rakan selepas dipecat daripada Kabinet, yang kemudian disiarkan oleh MalaysiaKini) beliau hanya berdiam diri?

Lalu aku melihat penubuhan jawatankuasa ini tidak memulihkan reputasi Najib yang semakin buruk sebaliknya memberi kesan negatif kepada UMNO sendiri. Sebabnya aku percaya selepas ini pihak penyumbang tidak lagi berani untuk memberi sumbangan dana kepada UMNO untuk menghadapi pilihan raya. Mereka tentu bimbang reputasinya akan merudum, atau kalau sebuah konglomerat, boleh jadi melarat.

Jadi aku yakin dan percaya penubuhan Jawatankuasa Konsultasi Nasional Mengenai Pembiayaan Politik adalah satu usaha yang bukan sahaja tidak memberi apa-apa kesan malah memberi kesan negatif kepada UMNO sendiri bagi memperoleh sumbangan selepas ini.


16 August 2015

Sejarah dunia kewartawanan moden tercipta!

ZAINI HASSAN, JOHAN JAAFAR DAN KU SEMAN KU HUSSIN
BUDAYA mengikat tangan wartawan daripada menulis sesuatu yang benar mengikut pengiraan mereka semakin berleluasa sekarang terutama dalam kalangan wartawan di media arus perdana seperti Utusan/Mingguan Malaysia.

Aku dapat tahu sebelum ini Penolong Ketua Pengarang Utusan, Dato Zaini Hassan disumbat mulut dan diikat jari jemarinya daripada menulis di kolumnya Cuit. Beberapa minggu juga suara Zaini yang lantang mengentam kiri kanan tak kira pembangkang atau kerajaan tak bersiaran di Utusan Malaysia.

Kecewa selepas tulisan-tulisan Cuitnya ditongsampahkan oleh bos lebih besar (khabarnya sebab arahan daripada pihak yang lebih berkuasa) maka Zaini telah membuka sebuah blognya. Blog inilah tempat beliau melepaskan buah fikirannya selepas ruangan Cuit di Utusan Malaysia "ditiadakan". Lebih bebas tanpa suntingan.

Bagaimanapun khabarnya ruangan Cuit Zaini Hassan di Utusan Malaysia telah "dikembalikan".

Baca tulisan-tulisan Zaini Hassan dalam blog Cuitnya di sini...

Kemudian heboh pula pasal Tan Sri Johan Jaafar yang juga mantan Ketua Pengarang Utusan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Kumpulan Media Prima. Katanya kontrak dah nak habis dan beliau enggan sambung.

Tapi suara-suara sumbang dalam blog tanah air mengaitkan jawatan Johan di Media Prima dengan kenyataan beliau yang mempersoal penukaran dua pegawai kanan SPRM yang menyiasat kes 1MDB.

Johan mengaku dia lantang bersuara tentang soal itu sesuai dengan kedudukannya sebagai Pengerusi Panel Perunding Pencegahan Rasuah (PPPR). Laporannya di sini... Jadi apabila keluar kenyataan bahawa beliau tidak lagi "berminat" meneruskan kontraknya di Media Prima, maka ramai yang mengaitkan dengan kritikan beliau itu. Hemmm....

Terbaru seorang lagi wartawan kanan di Utusan, Ku Seman Ku Husin mengalami nasib serupa dengan Zaini. Tulisan pojok Anekdot Ahad setiap minggu di Mingguan Malaysia "hari ini" tiada di dalam akhbar no.1 di Malaysia itu. Ku Seman juga adalah Pengarang Mingguan Malaysia.

Kehilangan Anekdot Ahad Ku Seman dikaitkan dengan tulisan beliau minggu lalu yang menghentam direct Najib Razak berkaitan wang derma RM2.4 bilion dalam akaun peribadi PM itu. Akibatnya dia teruk dihentam balaci-balaci Najib terutama Puad Zakarshi dan Salleh Said Keruak.

Ekoran itu Ku Seman dalam blognya (Kayangan Daily Post) telah mencabar Puad dan Salleh untuk berdebat. Bagaimanapun cabaran wartawan yang juga banyak menulis tentang dunia hiburan itu tidak disambut oleh Puad dan Salleh. Baca di sini...

Namun nasib malang bagi wartawan bernama Ku Seman (atau mereka yang lain) yang yakin segala pandangannya disokong oleh pihak atasan atau majikan (mungkin ada kata-kata manis yang pernah dilemparkan oleh atasan kepada mereka) seperti kata Ku Seman kepada MalaysiaKini pada 13 Ogos:
I am given freedom by the management and I believe the freedom was given by Umno to criticise because Utusan is different from Harakah. Harakah is an official mouthpiece (of PAS) whereas Utusan is a newspaper and it has to act like a newspaper rather than a mouthpiece,”
Tetapi hari ini nama penulis Ku Seman Ku Husin tiba-tiba hilang di setiap laman Mingguan Malaysia. Apakah ini yang beliau bilang sebagai kebebasan yang diberikan? Hehe... nampaknya Ku Seman bermimpi di siang hari dan asyik dibuai kata-kata manis pihak atasan yang jelas takut menerima nasib seperti Muhyiddin dan Shafie Apdal.

Maka boleh aku katakan sekarang ini adalah zaman gelap bagi dunia kewartawanan di Malaysia apabila seorang demi seorang tulisan wartawan-wartawan hebat "dilenyapkan" daripada akhbar masing-masing yang aku rasa tidak pernah berlaku dalam zaman kewartawan moden seperti hari ini.

Kalau beginilah sikap pemerintah menangani pelbagai isu yang membebankan di pundak mereka, iaitu dengan menutup mulut dan mengikat tangan media dan wartawan, aku semakin yakin dan percaya PRU14 bakal menyaksikan perubahan parti yang memerintah Putrajaya.

Dan amat malanglah bagi umat Melayu dan Islam di bumi tanah Melayu ini jika yang menggantikan UMNO/BN di Putrajaya adalah parti yang dimonopoli oleh kaum bukan Melayu.

Nota: Nak tunggu apa kata Zam