17 September 2015

Orang Melayu kena halau pengurus hotel milik Melayu?

Klik di sini untuk tengok videonya...
Sebelum tu aku nak ucap tahniah kepada penganjur Himpunan Rakyat Bersatu kerana berjaya menghimpun ratusan ribu orang Melayu di ibu negara semalam. Sesuatu yang mengejutkan bila sebegitu ramai orang Melayu berhimpun dalam satu himpunan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Nampaknya cabaran aku sebelum ini bersahut dan tahniah juga kepada para pertubuhan Melayu yang sama-sama bergabung dan menghimpun ahli-ahli mereka di Padang Merbok. Perkasa, Pesaka, Belia 4B dan lain-lain yang aku tak boleh sebut satu persatu.

Tapi aku tak nak ulas panjang-panjang pasal himpunan tu sebab boleh baca Utusan Malaysia hari ni yang turut bertukar warna atau dalam blog-blog dan media sosial lain sejak semalam. Yang aku nak ulas ialah insiden seorang "orang kenamaan" Melayu yang dihalang daripada memasuki sebuah hotel milik Melayu hanya kerana mereka berbaju merah.

Khabarnya orang kenamaan ini bergelar Datuk dihalang memasuki hotel milik orang Melayu di Jalan Conlay oleh seorang pengurus besar hotel berkenaan, seorang lelaki Barat yang mengaku sudah tinggal di Malaysia 28 tahun dan bergelar Datuk.

Dalam video yang menjadi viral di media sosial, "orang kenamaan" Melayu yang nak makan di hotel berkenaan bersama beberapa orang pengikutnya yang kesemuanya pakai baju merah telah dihalang oleh pihak hotel sehingga berlaku tikaman lidah antara kedua-duanya.

Detailnya tak kuasalah aku nak taip di sini tetapi boleh tengok dalam video yang diviralkan di Facebook.

Bila tengok cara Mat Salleh itu menghalau orang Melayu daripada makan di hotel tersebut, yang dikatakan milik orang Melayu, aku rasa lain hina betul. Ternyata walau kita berduit sekali pun, tapi sebab kuasa di tangan orang lain, nak makan pun tak boleh. Hina sungguh!!

Yang peliknya, apalah otak fikiran orang-orang Melayu dalam syarikat pemilik hotel ini sehingga membenarkan seorang mat Salleh yang rasist terhadap Melayu ini sebagai pengurus besar hotel mereka? Tak ada orang Melayu/Islam lain kah? Kalau beginilah sikap pengurus besar hotel ini terhadap umat Melayu & Islam, maka aku terus turut meragui sejauh mana halalnya makanan di hotel ini.

Aku harap pihak pengurusan syarikat pemilik hotel tersebut dapat tampil menjelaskan insiden yang berlaku dan memecat pengurus hotel tersebut sebelum orang Melayu bertindak memboikot hotel tersebut sepertimana mereka memboikot Law Yat.

Betul antara kata-kata dalam Himpunan Rakyat Bersatu... Jangan ingat Melayu takut!!


*Aku difahamkan Royale Chulan Hotel milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Betul ke?

13 September 2015

Wow! Kayanya awek ni... ada simpanan RM1.4 juta

Ni bukan cerita dongeng atau konspirasi tapi cerita betul punya. Cerita tentang awek Langkawi ada simpanan berjuta ringgit ni boleh membenam cerita lagenda Mahsuri sendiri. Siapa awek ni? Lawyer? doktor? ahli muzik?

Oh tidakkkk... rupanya awek berusia 28 tahun dan mempunyai tiga anak yang masih kecil ini seorang "pusher" besar di pulau peranginan itu. Patutlah dalam usia sedemikian sudah memiliki wang berjuta, rupa-rupanya buat kegiatan haram.
LANGKAWI 13 Sept - Polis menahan seorang wanita yang dipercayai dalang utama jaringan pengedaran dadah di pulau ini serta merampas 5 kilogram heroin dan 171 gram syabu di Jeti Kuah, Khamis lepas.
Hasil siasatan, polis turut mengesan simpanan berjumlah RM1.4 juta dalam akaun bank wanita berusia 28 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Dr Che Ghazali Che Awang berkata, wanita itu diberkas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di sini, sebaik tiba dengan menggunakan feri kira-kira pukul 6.30 petang.
"Dadah itu ditemui dalam beg galas yang dibawa wanita tersebut dan ia dianggarkan bernilai RM202,000 dan mampu dijual kepada kira-kira 50,000 penagih.
"Suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988. Polis juga sedang mengesan lain-lain harta milik suspek untuk tindakan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988 ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA
Hemmm... Nampaknya orang perempuan zaman sekarang ini selalu pilih jalan singkat untuk jadi kaya raya. Yelah, sebelum ini kalau nak kaya hanya jadi artis, kahwin dengan kerabat diraja atau jutawan. Tapi kalau suara tak ada, rupa pun ala kadar nak tak nak kenalah cari jalan lain.

Kisah Mei Mei dalam Kosmo hari ini.
Teringat pula kisah seorang wanita di Cina bernama Mei Mei yang menjual tubuhnya untuk mendapat kekayaan. Sasaran pelanggan adalah orang kaya di negara itu yang sanggup membayar sehingga RM200,000 untuk menidurinya selama satu malam.

Perghhh... patutlah dalam sekelip mata Mei Mei boleh hidup mewah. Tapi kebodohannya mendedahkan kekayaan di media sosial mencetus persoalan. Nak sembunyi diri dia mengaku sebagai sularelawan Palang Merah. Huhu...


Nota: Kagum dengan wanita-wanita muda kita yang kaya raya hasil berniaga pakaian muslimah dan tudung di media sosial.

Perhimpunan Rakyat Bersatu.... Kan dah kata?


Aku dah kata kat penganjur, kalau nak buat perhimpunan orang Melayu janganlah macam tahi ayam yang hangat-hangat buek malu dik orang jeh. Kalau buat, buatlah betul betul biar semua orang celik mata.

Ni belum apa-apa dah kendur. Yelah, sebelum ini pukul canang kata nak kumpul entah berapa juta umat Melayu kat Bukit Bintang dan Petaling Street pada 16 September ini, alih-alih aku dengar penganjurnya dah kata sedia buat kat dalam dewan kalau polis tak bagi permit. Buat gelak bro!

Hang nak buat perhimpunan ni baguslah. Biar celik sikit Cina-cina DAP yang sekarang makin kurang ajar. Tapi kalau takut-takut macam sekarang ni baik tak usah bro. Baru kena sergah polis sikit dan kecut telur dan dan tu jugak hang nak tukaq perhimpunan di pusat perniagaan orang Cina ke Padang Merbok, terbaru kat dalam dewan tertutup pulak.

Apa ni? Kalau nak buat pi la berhimpun sana. Apa peduli dengan permit polis? Hang ingat perhimpunan Bersih tu ada permit ke? Takda... Tapi depa buat jugak. Turun ramai-ramai sampai polis pun tak boleh nak buat apa. Ini belum apa-apa dah kecut!

Aku ni jenis musykhil dengan penganjuran Perhimpunan Rakyat Bersatu ini adalah agenda individu-individu tertentu untuk menonjolkan diri atau jadikan perhimpunan untuk menunjukkan sokongan kepada Najib sebagai PM, bukan nak lawan Bersih sangat pun.

Yelah, kita kenal sangat kepala penganjur perhimpunan ini yang begitu hebat mempertahankan kepimpinan UMNO sekarang sementelah dia pun pemimpin UMNO bahagian di Selangor dan begitu hebat menghentam orang no. 2 dalam parti, yang digugurkan daripada Kabinet tempoh hari.

Aku bimbang perhimpunan Rakyat Bersatu ini bukan bertujuan untuk menyatukan umat Melayu/Islam tetapi lebih cenderung sebagai perhimpunan untuk menyokong pucuk pimpinan sekarang dan menghentam mereka yang cuba-cuba "mengacau" bos depa.

Hehe...

Lantas teringat aku isi khutbah Jumaat lepas di sebuah masjid di kawasan Parlimen Pandan yang intipati isi khutbah sangat baik iaitu menyeru umat Islam bersatu sebab musuh Islam tidak henti-henti cuba memecahbelahkan umat. Tapi di akhir khutbah pak imam menyeru jemaah agar bangkit "melawan pemimpin yang zalim, menyeleweng dan rasuah". LOL

09 September 2015

31 tahun FAM masih tidur - Satu pandangan

Apakah kekecohan di Stadium Shah Alam malam tadi telah dirancang? Kalau betul polis harus siasat!
1. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 35 tahun yang lepas.

2. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah pada 35 tahun yang lepas.

3. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.

4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.

5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 12 kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.

6. Pada tahun 2012 ketika Kelayakan Piala Asia B-22, terdapat bukti bahawa Myanmar telah menewaskan Malaysia dengan menurunkan pemain lebih umur, namun Setiausaha Agung FAM ketika itu hanya menjawab “saya tidak dimaklumkan”.

7. Kini di Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 17 kali, sekaligus menduduki terperosok di dasar kumpulan kelayakan di belakang Timor-Leste.

8. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.

9. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Dalam era Presiden sekarang ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-34 Asia.

10. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia namun di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu ke-169 dunia.

11. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.

12. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.

13. Liga bolasepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.

14. FAM memiliki sekali ganda lebih jumlah kakitangan berbanding FA Jepun untuk mentadbir bolasepak Malaysia termasuk liga gred ‘D’.

15. FAM merasakan perlu untuk menukar-nukar jumlah pasukan dalam liga gred ‘D’ daripada 14 pasukan kepada 12 kepada 14.

16. Perjanjian FAM dengan Singapura telah tamat, namun FAM merasa perlu untuk meneruskannya dengan penyertaan Young Lions TERUS KE LIGA SUPER.

17. FAM turut merasakan perlu untuk menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk 3 hari perlawanan dalam tempoh singkat 7 hari, untuk membenarkan perlawanan sarkis menentang kelab-kelab luar. Sebagai perbandingan, semua pertandingan bolasepak di negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Bahrain, Brunei, Iran, Jordan, Kuwait, Oman, Palestin, Qatar, UAE termasuk Bosnia dihentikan ataupun tamat sebelum bulan Ramadan, kecuali negara yang terpaksa menganjakkan jadual akibat peperangan seperti Iraq dan Syria.

18. Di bawah pentadbiran Presiden kini, FAM telah ‘melelong maruah’ negara kepada penganjur-penganjur perlawanan pertunjukan yang diragui keputusannya.

19. Pada tahun 2009, FAM sewenang-wenangnya merelakan maruah negara diaibkan oleh sindiket perjudian dalam skandal ‘Asiagate’, apabila membenarkan perlawanan ‘persahabatan’ dengan pasukan kelab Monomotapa United FC yang menyamar sebagai pasukan kebangsaan Zimbabwe.

20. Pada Februari 2013, bekas Setiausaha Agung FAM ketika itu dengan mudah menerima surat penjelasan pembatalan ‘perlawanan persahabatan’ Harimau Muda ‘A’ daripada pengarah teknikal Football Queensland, sedangkan perlawanan kononnya diadakan dengan kelab Brisbane Roar. Perlawanan ini juga tidak pernah diumumkan oleh pihak kelab Brisbane Roar.

21. Jelajah Harimau Muda ke Slovakia diberitakan telah dianjurkan dengan bantuan Miroslav Bozik, individu yang dikehendaki untuk soal siasat kes rasuah oleh Interpol pada 1995. Harimau Muda tidak tewas dalam Jelajah Slovakia, namun kemudian ditewaskan oleh Laos dan Myanmar sebelum dibelasah Thailand 5-0.

22. Hanya ejen perlawanan (bukan ejen pemain) yang berdaftar dengan FIFA boleh membawa sesebuah pasukan bermain di Malaysia. Namun Setiausaha Agung FAM enggan mendedahkan identiti ejen perlawanan ‘pertunjukan’ dengan Barcelona pada 2013.

23. Presiden FAM pernah memegang jawatan Presiden MHC dan Exco FIFA serentak.

24. Bendahari FAM memegang jawatan dalam BAM dan MOM serentak.

25. FAM telah GAGAL melaksanakan penswastaan liga pada 2015. Ini mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada FA negeri, kelab dan pemegang taruh.

26. Hak penyiaran liga dibida oleh 3 pihak: TM-Media Prima, ASTRO-Fox Sports dan Zenith. Namun FAM telah menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh MP & Silva.

27. Pada bulan lepas, FAM berbincang untuk menganjurkan Liga Bolasepak Rakyat dengan individu yang pernah ditahan dalam siasatan SPRM berkaitan kes 1MDB.

28. Baucar bayaran Kerajaan pada 2011 menunjukkan wang kerajaan sebanyak RM6,091,200 telah disalurkan kepada yayasan di bawah Presiden FAM untuk ‘Lawatan Pasukan Bola Sepak British Premier League Club’.

29. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM tidak pernah membentang penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.

30. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia mengalami kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu 10-0 kepada UAE.

31. Rekod menunjukkan jurulatih ketika kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH NEGARA, menerima antara gaji terbesar dalam sejarah iaitu RM712,700 setahun.


Sumber: Media sosial penyokong bola sepak Malaysia

07 September 2015

Perhimpunan Rakyat Bersatu: Jangan macam tahi ayam

Siapapun penganjur sepatutnya perhimpunan Baju Merah dapat sokongan semua NGO Melayu!
Wahhh... gegak-gempita satu negara apabila dikhabarkan orang-orang Melayu nak berhimpun ala-ala perhimpunan Bersih. Khabarnya perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Rakyat Bersatu itu nak dibuat di kawasan perniagaan Cina, Petaling Street dan Jalan Bukit Bintang.

Baguslah! Kurang-kurang kasi puak-puak Cina kecut perut tengok orang Melayu bangkit dan bersatu. Tapi aku harap janganlah hangat-hangat tahi ayam. Dah gembar-gembur nak berhimpun, kena sergah dik polis sikit dah kecut perut dan berundur.

Lagu tulah hari tu masih Bersih  4.0. Beriya-iya konon nak berhimpun sama nak lawan Bersih tapi last-last tarik diri. Macam nilah punya stail memang buat gelak dik orang.

Satu lagi, dah nak buat program tu  buatlah promosi besar-besaran. Tengok macam mana Bersih bergerak. Habis seluruh media sosial depa berkempen dan macam-macam poster, banner, ikon diwujudkan. Memanglah Bersih dapat dana banyak dari luar negara, tapi sekurang-kurangnya buatlah secara bersama, bukan buat atas nama individu.

Ini tidak. Perhimpunan Rakyat Bersatu atau himpunan Baju Merah ini aku nampak taukeh ikan bakar Sekinchan yang beriya-iya sedangkan pertubuhan Melayu lain macam tak bagi respon. Perkasa tak berbunyi apa-apa. Begitu NGO-NGO Melayu lain. Tak ada tanda-tanda beri sokongan.

Kalau macam nilah punya respon kalangan NGO Melayu, aku ingat Perhimpunan Rakyat Bersatu akan jadi Perhimpunan Rakyat "Berhantu" sebab tak ada orang yang hadir. Adalah seratus dua ratus itupun kalangan penyokong UMNO dan yang "berpaut" harapan dengan Jamal. Yang lain-lain hemmm....

Aku bukan pesimis tapi dah selalu sangat apabila Melayu berhimpun, puak-puak mereka sahaja yang datang. Perkasa dengan Perkasanya, JMM dengan JMM-nya, dan lain-lain NGO dengan masing-masing ahli mereka. Tak ada satupun usaha untuk mewujudkan satu himpunan kalangan NGO Melayu yang terbesar. Nak jugak tengok lautan merah di tengah ibu negara 16 September ini.

Biar siapapun penganjur sepatutnya NGO-NGO Melayu lain dah mula gerakkan orang-orang mereka untuk memberi sokongan kepada Himpunan Baju Merah ini. Inilah masnaya orang Melayu nak tunjukkan kebangkitan mereka, perpaduan mereka, sehati sejiwa mereka dan keberanian mereka. Boleh ke?

#MelayuBangkit

05 September 2015

Cerita Mukhriz nak kena pecat tutup mulut Mahathir

Apakah selepas ini giliran Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz? Tunggu....
Sehari dua ini tak kedengaran suara Mahathir menghentam Najib. Mungkin ada kaitan dengan cerita-cerita konon anaknya Mukhriz akan dipecat daripada jawatan MB Kedah dan keahlian UMNO. Ini semua gara-gara sikapnya kelihatan mempersoalkan Najib berhubung isu 1MDB dan derma kilat RM2.6 bilion dalam akaun peribadi.

Entah siapa yang bawa cerita konon enam pemimpin UMNO bakal ditendang daripada parti kerana lantang menghentam Najib dari setiap sudut berhubung skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion tersebut. Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz antara nama-nama yang disebut bakal senasib Ketua Wanita Langkawi, Ainina  Saadudin yang dipecat daripada UMNO kerana saman Presiden parti.

Setakat ini Hishammuddin dan Rahman Dahlan menafikan dakwaan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO 9 September ini akan membincang soal pemecatan pemimpin peringkat tertinggi parti. Tapi sekarang ini susah nak percaya cakap-cakap pemimpin UMNO.

Ini disebabkan terlalu banyak contoh cakap-cakap untuk menyedapkan hati yang keluar daripada mulut pucuk pimpinan baik no. 1 ataupun no. 2. Rakyat dah hilang kepercayaan terhadap Najib gara-gara wang derma RM2.6 bilion. Mula-mula nafi tapi akhirnya mengaku. Dah... rakyat kata apa yang Najib cakap tak boleh percaya. Auta, putar belit, pembohong. Itu suara-suara rakyatlah...

Zahid pula banyak sangat kenyataan penyedap cerita yang keluar daripada mulutnya. Pasal seorang tokoh politik UMNO yang katanya nak minta maaf kat Najib pasal komplot guling kerajaan, entah apa dah jadi. Senyap macam tu saja. Jadi bila mereka kata tak ada usul pemecatan Muhyiddin, Shafie, Mukhriz dan beberapa nama lagi, ramai yang meraguinya.

Berbalik pasal Mahathir, aku yakin dan percaya "perjuangan" bekas PM itu bukan sebab kepentingan anaknya. Aku yakin perjuangannya ikhlas untuk menyelamatkan parti dan negara. Aku kenal benar dengan beliau dan peluang acap kali bertemu dengan Mahathir sejak dia masih jadi PM sampai selepas dia pencen menambah keyakinan aku.

Sebab itu aku dah lama tak tengok  Buletin Utama kerana sedar TV3 (suku) itu sudah tidak relevan kerana digunakan oleh Putrajaya untuk menyerang Mahathir secara personal tanpa henti-henti. Bukan calang-calang serangan sebaliknya serangan membabi buta. Depa sanggup menggunakan orang pembangkang untuk memburuk-burukkan Mahathir.

Jadi bila orang kata Mahathir membisu sekarang ini sebab keluar cerita Mukhriz nak kena pecat aku tak percaya sebab aku tahu Mahathir bukan jenis cepat mengalah. Kalau tidak buat apa dia buang masa berkempen menurunkan Najib pada usia yang sudah melepasi senja.

Tunggulah. Esok lusa suara Mahathir kembali kedengaran...

Objek pelik dipercayai UFO muncul di Florida

Inilah objek pelik melintasi ruang udara Miami, Florida beberapa hari lalu.
Beberapa hari lalu para penduduk di Florida digemparkan dengan kemunculan objek pelik menyerupai kapal angkasa yang melintas di kawasan Lapangan Terbang Miami.

Kejadian berlaku pukul 6.22 pagi waktu tempatan dan fenomena itu sempat dirakam oleh beberapa penduduk yang berada di kawasan berkenaan.

Kemunculan objek putih seperti "sperma" itu berlangsung dalam tempoh beberapa minit sebelum ia hilang sedikit demi sedikit dari langit.



Bagaimanapun, sebahagian percaya objek tersebut merupakan asap yang dilepaskan oleh pesawat angkasa Atlas 5 yang diluncurkan dari  Pengkalan John F. Kennedy di Cape Canaveral, Florida.

UFO merupakan salah satu topik menarik yang sering diperkatakan oleh warga Amerika. Tidak hairan UFO dan makhluk asing sering "berkunjung" ke negara itu sehinggakan begitu banyak filem-filem Hollywood mengenai makhluk ini.

Yang peliknya cerita UFO ini jarang pyula disebut atau ditemui di negara-negara Asia dan Eropah. Kenapa ya? Mungkin sebab rakyat Amerika jenis taksub kepada UFO sepertimana puak-puak Melayu liberal taksub kepada politik "Malaysian Malaysia" tajaan DAP?

Entahlah...

04 September 2015

Apabila Harimau Malaya kena 10-0...


Pssstt... Jangan kata situasi pasukan bola sepak kebangsaan kita sekarang ini teruk disebabkan oleh Najib yang tak mahu lepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri ya. Maklum sekarang ini semua nak kaitkan dengan Najib.

Barang naik sebab Najib
Harga minyak naik sebab Najib
Mata wang jatuh sebab Najib
....

Hehe...

03 September 2015

Antara Alvin Tan dan Daniel Streich...

Moga kalimah Allah itu tersemat di hatinya pula selepas ini. 
Alvin Tan buat hal lagi. Kali ini dia cuba mencetuskan kemarahan orang Islam di Malaysia dengan menayangkan tatu kalimah Allah yang dicacah pada pangkal pehanya. Alvin yang sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi dengan umat Islam di Malaysia, di status FB-nya menyiarkan gambar tattoo kalimah Allah itu dengan menulis:
Tak byk org yg tau aku ni sebenarnya bertatu nama Tuhan yg Maha penyayang, Allah SWT, di belakang peha aku... Amin! ‪#‎ReligionOfPeace‬ ‫#‏اللهأكبر
Allahu Akhbar... Allah maha besar. Mungkin niat Alvin  untuk sekali lagi mempersenda kalimah Allah, mencetuskan kemarahan umat Islam, namun kata-katanya dalam FB itu jelas menunjukkan perakuan dia tentang kebesaran Allah, Tuhan yang Maha Penyayang dan diakhiri dengan kalimah ‫#‏اللهأكبر  

Bukankah kata-katanya itu biasanya diucapkan oleh seorang Muslim? Kalau benarlah ini ungkapan Alvin, aku mendoakan agar Allah membuka pintu hatinya untuk menerima hidayah Allah dan seterusnya menerima Islam sebagai agamanya.

Daniel Streich yang begitu anti-Islam akhirnya mengucap dua kalimah syahadah.
Cerita " kebejatan" Alvin yang tidak putus-putus memburukkan Islam dan mencari perbalahan dengan umat Islam terutama di Malaysia mengingatkan aku dengan seorang ahli politik Switzerland, Daniel Streich yang sebelum itu begitu anti dengan Islam tetapi akhirnya mengucap dua kalimah syahadah. (Baca di sini...)

Streich merupakan ahli politik yang paling lantang menentang pembinaan masjid di negaranya. Malah dia juga mengadakan kempen anti-Islam secara besar-besaran di Switszerland. Tapi hari ini orang yang sama telah menjadi muslim yang taat kepada perintah Allah.

Itulah kuasa Allah yang tidak terjangkau oleh otak pemikiran kita umat manusia. Bagaimana Allah memberikan hidayat kepada manusia paling jahat di dunia tetapi bapa saudara Rasulullah, Abdul Talib sendiri meninggal dunia dalam keadaan kafir, walaupun beliau banyak jasanya kepada perjuangan Rasulullah dan penyebaran Islam pada masa itu.

Betullah apa yang dikatakan seorang yang rapat dengan aku. Pengakhiran hidup adalah segalanya. Siapa tahu kalau Allah bukakan hidayat kepada Alvin dan kalimah "Alif Lam Lam Hah" pada pehanya tersemat di hatinya selepas ini?

Wallahuakhlam

02 September 2015

Peguam "serang" Sultan Johor dah kena cekop

Sepandai-pandai tupai melompat...
JOHOR BAHRU 2 Sept. - Bekas peguam kontroversi dari Johor yang dikehendaki polis negara ini sejak tiga tahun lalu ditahan di Singapura, hari ini.
Dia yang melarikan diri ke sebuah negara di Asia Barat bagi mengelakkan diri dari ditangkap dan dipercayai berkunjung ke negara tersebut untuk melawat saudaranya.
Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad mengesahkan penahanan peguam tersebut di Singapura dan polis negara ini akan membawa pulang individu berkenaan ke negara ini.
Peguam itu dipercayai ditahan polis negara jiran kira-kira pukul 10 pagi selepas polis antarabangsa (Interpol) mengeluarkan waran sebelum ini.
Peguam tersebut sebelum ini dikehendaki polis kerana penglibatannya dalam beberapa kejadian pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM660,000. - UTUSAN ONLINE
Kamal... Kamal... Patutnya kau ingat peribahasa orang lama ni -- sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.  Dan kau patut kena ingat kau masih ada sedara mara especially mak kau kat Johor nih.

Nah hari ini kau kena cekup, beberapa hari selepas kau cabar Sultan Johor (bekas majikan kau) untuk berdepan empat mata. Hah! Dah terlanjur kantoi eloklah kau pergi mengadap bekas bos kat Bukit Sirene.

Tak perlu ke Dubai bro! Kejap lagi kau mengadaplah baginda...
Jangan jadi Rambo bro!

Ahmad Maslan lebih layak jadi Menteri Kewangan?

Aku suka Mahathir sebab dia ada idea macam mana tak kasi rakyat marah.
TUNKU ABDUL RAHMAN - Bapa Kemerdekaan

TUN ABDUL RAZAK - Bapa Najib

TUN HUSSEIN ONN  - Bapa Hishammuddin

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD  - Bapa Mukhriz

TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI  - Bapa Mentua KJ

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK - Bapa Jawatankuasa. Entah berapa puluh jawatankuasa nak tubuh pun tak tau. Apa saja masalah semua nak tubuh jawatankuasa. Nak selesai masalah ekonomi pun tubuh jawatankuasa khas. Habis tu "pegawai British" yang menjadi penasihat ekonomi negara tu buat apa? Bayar elaun berjuta-juta...

Inilah kelemahan Najib. Nak kata dia ni tenang tak ada pulak. Kena cuit sikit dengan Mahathir dia dah melenting. Habis di kerah TV3 untuk serang Mahathir. Isu kejatuhan matawang dan kelemahan ekonomi (jika dia upah penasihat ekonomi yang hebat) dah tentu boleh baca apa yang akan berlaku dalam tempoh beberapa bulan ke depan.

Ini apabila rakyat sudah panik dengan situasi ekonomi negara (tak kiralah atas apa alasan pun), bila ringgit menjunam ke paras RM4 per USD dan ketika rakyat dan terpekik terlolong pasal peningkatan harga barang, Najib masih tenang-tenang dan belum membuat sebarang keputusan atau tindakan.

Selepas didesak oleh banyak pihak dan keadaan semakin tenat barulah sibuk-sibuk tubuh jawatankuasa khas ekonomi. JKE bertujuan mencari jalan penyelesaian untuk menghadapi situasi ekonomi negara selepas ini. Dah parah baru nak tubuh JKE.

Aku ingat Najiblah satu-satunya Menteri Kewangan Malaysia paling lemah dan lembab. Seburuk-buruk perangai dan sebodoh-bodoh Anwar Ibrahim, tapi bila berlaku kegawatan ekonomi 1997 dulu, dia "cepat" bertindak walaupun tindakannya mendapatkan bantuan IMF (yang diketuai oleh rakan-rakannya sendiri) ditolak oleh Mahathir.

Bukan nak katalah. Masa zaman Mahathir pernah juga berlaku kegawatan ekonomi dunia, kejatuhan matawang negara, saham-saham merudum tapi beliau cepat bertindak dan mengambil langkah-langkah drastik sebelum keadaan kesusahan dirasai rakyat.

Contoh paling ketara masa ekonomi merudum 1997. Mahathir tangkas mengambil langkah menambat ringgit, meneruskan projek-projek mega supaya matawang ringgit terus mengalir dalam negara (tidak mengalir keluar). Akhirnya rakyat tak terlalu merasakan bebanannya. Peluang pekerjaan masih ada, gaji-gaji pekerja masih berbayar dan para peniaga masih boleh meneruskan perniagaan mereka.

Tetapi sekarang ini, walaupun Najib 1000 kali berjanji untuk menyelesaikan masalah rakyat, membantu rakyat tapi tidak ada satu langkah pun diumumkan untuk menghadapi masalah kegawatan ekonomi masa kini. Kesibukan beliau mempertahankan diri daripada serangan Mahathir berhubung isu 1MDB dan derma kilat RM2.6 bilion menambah bebanan kepada beliau.

Tidak hairanlah kalau 90 peratus yang turun berdemo Bersih 4.0 adalah orang Cina, sebab kebanyakan orang Cina (yang majoriti mereka berniaga) merasai kesan daripada kegawatan ekonomi negara yang sehingga kerajaan masih belum mengambil langkah-langkah perlu.

Najib perlu ingat, rakyat tidak peduli apa yang ditulis dalam laporan Bank Negara atau lain-lain agensi penilai tentang ekonomi negara, tetapi rakyat mahu melihat kenyataannya di pasaran. Najib boleh berbangga mengatakan prestasi ekonomi negara masih baik, tetapi rakyat melihat (dengan jelas) kejatuhan ringgit, peningkatan kos sara hidup, harga barang semakin mahal dengan GST dan lain-lain.

Kalau macam inilah otak fikiran Najib, aku ingat Ahmad Maslan lebih layak jadi Menteri Kewangan!