25 October 2015

Dulu tadika Kemas depa rampas, la ni pejabat depa kena rampas


Nak gelak pun ada sedih pun ada aku tengok nasib Pas sekarang ni. Yelah sejak tertubuhnya parti serpihan Amanah ni Pas seolah-olah hilang segala-galanya. Dah lah hilang kerusi ADUN dan Parlimen gara-gara wakil-wakilnya yang dulu dalam Pas dah melompat masuk Amanah. Bai'ah tak bai'ah... depa tetap ucap bye bye!

Presiden Pas, Hadi Awang pun dah macam putus asa. Dah tak boleh buat apa-apa apabila satu persatu pemimpin-pemimpin Pas menyertai Mat Sabu dan geng-geng tewas dalam Muktamar Pas tempoh hari. Dah la tu, sekarang ini puak-puak Amanah rampas pula pejabat-pejabat parti, bilik gerakan, pejabat cawangan dan lain-lain.

Pendek kata, Amanah ni memang pukul habis Pas sampai seredak pun depa sapu. Sesuailah dengan pemimpin Amanah Mat Sapu eh Mat Sabu tu. Dulu depa sapu bini orang la ni segala harta Pas depa satu.


Tapi bila kenang perangai puak-puak Pas masa sepenggal mentadbir Terengganu pada PRU 2004 dulu aku, aku rasa elok sangatlah Amanah rampas segala hak milik Pas tu. Yelah dulu menang saja bangunan tadika Kemas pun depa rampas. Sekarang ini padan muka.

Kuasa Allah tiada siapa tahu. Sejak berkawan dengan kafir harbi DAP ni, Pas semakin lalai dan hari ini Allah menghukum parti yang menjaja nama Islam dengan bayaran tunai. Segala apa perlakuan mereka terhadap orang lain khususnya UMNO selama ini, kini terkena batang hidung sendiri.

Yelah dulu kata UMNO kafir sebab berkawan dengan MCA dan MIC, tapi akhirnya Pas sendiri bertahlul siyafi dengan kafir harbi DAP. Dulu kata UMNO kafir sebab tolak hukum hudud, pada PRU lepas perjuangan Pas sendiri gugurkan perjuangan menegakkan negara Islam sebab disergah DAP.

Dulu sombong nak mampus sebab kononnya mereka kuat dengan sokongan DAP dan PKR sekarang ini Pas dah nak mampus sebab DAP dan PKR dah tendang mereka daripada pakatan.

Itulah, lain kali jangan sombong dan bongkak. Jangan ingat Pas saja Islam dan bakal menghuni syurga sedangkan Allah amat benci kepada orang yang sombong dan bongkak. Hari ini Allah tunjukkan kepada Pas agar para pemimpin dan penyokongnya sedar bahawa tiada kuasa yang lebih agung daripada Allah SWT.

Aku anggap perpecahan Pas hari ini adalah peringatan Allah agar umat Islam bersatu hati dan tidak menuduh mukminin lain itu sebagai musuhnya dan jangan sesekali berkawan dengan musuh (kafir harbi) kelak binasa diri.

Pas kalau tak sedar diri lagi tak taulah...!! Dah tiba masa Pas dan UMNO bersatu hati!

#PasUMNObersatu

Timbalan Presiden UMNO juga mendapat mandat daripada ahli

Bila ada desakan agar Najib melepaskan jawatan, puak-puak yang mempertahankan pemimpin akan lantang bersuara bahawa Najib menduduki jawatan itu atas mandat yang diberikan oleh rakyat. Najib jadi Presiden UMNO pun atas mandat diberikan oleh ahli parti. Jadi tidak wajar Najib didesak lepaskan jawatan.

Hemm.... betul betul betul...!!

Tapi mereka kena ingat juga bahawa Muhyiddin jadi Timbalan Presiden UMNO pun atas mandat daripada ahli parti yang memilih beliau. Ingat masa pemilihan jawatan Timbalan Presiden lalu? Muhyiddin bersaing dengan Mat Taib dan Ali Rustam sebelum pencalonan Ali Rustam dibatal sebab dikatakan terlibat politik wang.

Mat Taib yang bercita-cita besar nak jadi orang no. 2 dalam parti akhirnya tumpas. Tewas pada pemilihan itu, Mat Taib merajuk dan membawa diri menyertai Pas. Di pentas pembangkang, Mat Taib syok tala UMNO dan BN huhu. Sekarang ini katanya Mat Taib masuk pula Amanah.

Bila aku baca Sinar Harian hari ini di mana Muhyiddin mengaku tugasnya sebagai Timbalan Presiden Presiden UMNO seolah-olah semakin "dihadkan" sejak digugurkan daripada barisan Kabinet tempoh hari. Katanya, dia tidak lagi "dibenar" mempengerusi mesyuarat jawatankuasa yang diamanahkan kepadanya.
"Saya tidak lagi boleh mempengerusikan mesyuarat pengurusan parti atas alasan ia mesyuarat  biro politik khas.
"Sudah tentulah presiden yang pengerusikan, tetapi bila saya hadir, ia hanyalah mesyuarat pengurusan biasa yang dipengerusikan oleh presiden.
"Saya pun tidak tahu apa masalah saya, saya tidak lagi berkeupayaan atau (mereka) tidak mempercayai saya lagi."  - Sinar Online 25 Okt. 2015
Satu yang aku respek kat Muhyiddin, sebegitu rupa dia dikenakan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti hanya kerana mengkritik cara bos menyelesaikan isu 1MDB, Muhyiddin masih utuh bersama UMNO.

Tak macam sesetengah pemimpin atau bekas pemimpin UMNO lain, tak dapat apa yang dihajati mereka merajuk dan bawa diri menyeberang ke parti pembangkang. Kalau aku nak senaraikannya memang banyaklah tapi inilah Muhyiddin.

Aku tak boleh membayangkan "kehangatan dan kepanasan" Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung 8 - 12 Disember ini. Aku yakin kalau "orang Muhyiddin atau Shafie Apdal" tidak dicantas daripada berucap, maka akan berlaku serangan bertali arus daripada para pemimpin bahagian terhadap Presiden parti.

Perghhh....

23 October 2015

Sijil halal ditarik balik. Jom boikot roti Sweetie!

Salah satu roti Sweetie. Lepas ni dah hilang selera nak makan...
Rupa-rupanya kilang roti Sweetie ditarik balik sijil halal oleh JAKIM sebab melanggar tahap kebersihan a.k.a kotor. Eeee bayangkan kalau kilang roti pun tak bersih, macam mana ya kalau kita tetap makan juga?

JAKIM memaklumkan dah dua bulan pihaknya menarik balik sijil halal terhadap roti jenama Sweetie keluaran Today Bakeries (Klang) Sdn Bhd sebab kilang pembuatannya di Klang tak memenuhi tahap kebersihan bagi melayakkan syarikat itu mendapat sijil halal.

Walaupun JAKIM kata hanya roti Sweetie keluaran kilang di Klang yang ditarik balik sijil halal, tapi sebagai pengguna aku dan naik kembang mulut kalau nak suap roti Sweetie ni, tak kiralah kilang mana depa duk buat (pengguna bukan ada masa nak belek dan dapatkan kesahihah kilang mana yang buat, kan?)
"Kita (JAKIM) telah menarik balik sijil ini sejak 13 Ogos lalu selepas satu serbuan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan di kilang berkenaan dan hanya kilang itu sahaja yang dikenakan tindakan," - Utusan Online, 23 Okt. 2015
Yang pelik kenapalah perkara ini tidak digembar-gemburkan sepertimana kes coklat Cadbury yang konon-konon ada DNA babi sampai kompeni Melayu itu hampir lingkup. Pelik kan? Bila melibatkan syarikat bukan Melayu, tak ada pula diwar-warkan sedemikian rupa.

Bagi aku simple saja. Kalau jenis pengotor kilang mana pun dibuat kebersihannya tetap diragui. Dan kalau was was, kita sebab umat Islam kena tinggalkannya. Tak boleh dah was was melahap lagi, haram tau!

Jadi mulai hari ini aku akan boikot roti Sweetie ini (walaupun aku sendiri lupa bila kali terakhir aku beli roti ini) sebagai pengajaran kepada pengilangnya dan juga syarikat-syarikat pengeluar makanan lain. Aku dah boikot, korang bila lagi??

#boikotrotisweetie

21 October 2015

PM Kanada yang baru ada darah Melayu? Wow!!!

Justin Trudeau, PM Kanada kedua termuda dalam sejarah negara itu.
Wow! Perdana Menteri Kanada yang baru, Justin Trudeau nampaknya bakal mencetuskan fenomena tersendiri kalau tidak di peringkat dunia pun, sekurang-kurang di negaranya. Masakan tidak bila sebut saja beliau semua yang bagi komen, tak kira lelaki ke perempuan ke akan kata "hensem".

Memang ketua parti Liberal yang baru merampas semula kemenangan daripada Parti Konservatif itu dah macam bintang filem Hollywood pun ada. Baru berusia 43 tahun dah jadi PM.

Justin merupakan anak sulung kepada bekas PM Kanada ke-15, Pierre Trudeau. Dia mula menjadi Ahli Parlimen pada tahun 2008 ketika berusia 36 tahun dan dipilih semula pada 2011 dan tahun ini. Beliau dipilih sebagai ketua Parti Liberal pada 2013.

Ikut rekod, Justin merupakan PM Kanada kedua paling muda dalam sejarah negara itu. PM paling muda ialah Joe Clark tetapi dia merupakan anak bekas PM pertama yang memegang jawatan itu.

Tapi ada rekod mengatakan Justin adalah keturunan William Farquhar, salah seorang residen British di Melaka dan Singapura dan khabarnya nenek moyang beliau mempunyai darah Malaysia. Wow... Betul ke Wikipedia ni ke aku yang salah tafsir.. haha?
He is mostly of French-Canadian, Scottish, and English descent. Some of his mother's British ancestors lived in Singapore, Indonesia, and Malaysia during colonial times, including William Farquhar, a noted colonial leader of Singapore; one of Trudeau's six times maternal great-grandmothers was an ethnic Malaysian (Melayu??) which would make him the first Canadian Prime Minister to have verified documented non-European ancestry.

Menarik sebetulnya cerita pasal PM baru Kanada ini.

Lalu ada mereka yang gatal mulut bertanyakan aku bila agaknya PM Malaysia boleh dipilih daripada kalangan mereka yang berusia muda dan hensem macam Justin? Bila soalan itu ditanya tentu fikiran melayang kepada Ahli Parlimen Rembau kan kan kan?? Hehehe..

KJ pernah bercita-cita nak jadi PM sebelum usia 40 tahun. Tapi sekarang ini usianya sudah menjangkau 40 tahun. Apakah KJ berjaya menjadi PM di bawah usia 50 tahun? Susah nak cakap sebab UMNO ni bukannya macam Parti Liberal di Kanada nun. Mereka beri peluang orang muda naik jadi ketua tapi kat Malaysia ni orang muda nak naik payahlah sikit sebab orang yang tua-tua kat atas tu kan akan beri laluan dengan mudah.

Aku cerita ni bukan setakat di peringkat pusat, di peringkat cawangan pun anak-anak muda kita susah nak dapat peluang nak jadi ketua. Apa lagi di peringkat bahagian. Silap-silap nak jadi ahli UMNO cawangan pun tak lepas.

Tapi itu dululah... sekarang ini ada sedikit peluanglah itupun kalau ketua-ketua cawangan ini tak ada anak-anak yang boleh diwarisi. Kalau tidak alamat tak ada chance orang lain. Kalau bapak jadi ketua cawangan, anak jadi ketua Pemuda, lepas tu anaklah yang akan mewarisi jawatan ketua cawangan berkenaan. Orang lain tak usah berangan lah... Huhu

Psssttt... kalau ketua cawangan pun payah nak lepas jawatan, apa lagi di peringkat tertinggi. Ya idak???

Lagi kes pelancong berbogel di Sabah


Hari tu kecoh pasal sekumpulan pendaki warga asing berbogel di puncak Gunung Kinabalu. Selang beberapa hari Sabah khususnya di kawasan gunung itu dilanda gempa bumi, mengorbankan puluhan nyawa.

Hari ini kecoh pula sekumpulan pelancong asing berbogel sakan di Pulau Sipadan. Pelancong lelaki dan wanita itu tanpa segan silu berposing dalam keadaan tanpa pakaian ketika dirakam oleh jurugambar, yang mungkin juga kumpulan pelancong ini.

Gambar-gambar yang tersebar di media sosial ini sudah pasti mengundang kemarahan terutama di kalangan penduduk tempatan.

Kita semua tahu di Malaysia ini tidak ada "nude beach" waima di Sabah sekali pun dan bukan polisi kerajaan kita untuk menyedia sebuah pantai "bogel" bagi menarik pelancong asing datang. Ini bukan Hawaii atau Florida. Ini Malaysia yang kaya dengan adat ketimuran dan anutan agama yang tinggi.

Kalau benar gambar-gambar ini dirakam di Pulau Sipadan, aku harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas. Yelah kalau dibiarkan perkara seperti ini aku bimbang ia akan menarik lebih ramai pelancong untuk berbogel di pulau-pulau di Sabah.

Dan mengundang juga pengganas dari selatan Filipina untuk datang. Kalau depa datang nak saksikan filem blue percuma tak apalah. Takut diangkut semua pelancong ini bawak lari ke negara mereka, siapa yang susah? Kerajaan Malaysia juga yang susah....


Muak dengan cerita Tun Mahathir masuk Pas

Tersebar lagi di media sosial konon Tun Mahathir sudah menyertai Pas. Mungkin sebab Tun sekarang lantang mengkritik Najib dan menyokong gerakan agar Najib melepaskan jawatan, maka ramai yang cuba kaitkan Mahathir dengan Pas.

Cerita pasal Mahathir masuk Pas ni bukan hari ini. Sejak tahun 2012 lagi aku dah dengar cerita Mahathir masuk Pas. Sampai ada orang Pas sendiri melompat-lompat kemarahan kerana konon tak layak jadi ahli Pas disebabkan Mahathir pernah "menolak" hudud. Masa tu Mahathir kuat mengkritik Pak Lah sampai beliau bertindak keluar daripada UMNO.

Hari ini cerita Mahathir masuk Pas kembali dimunculkan. Tengoklah petikan kat Facebook yang disebarluaskan di media sosial tersebut. Konon memetik sumber dari Harakah. Aku tak tahulah siapa yang kena fitnah ni. Harakah kah atau Tun M sendiri.

Kalau betul Harakah tulis kenyataan seperti ini, maka aku melihat lidah rasmi Pas itu cuma nak memberi kekuatan semula kepada parti itu yang kini berdepan perpecahan serius selepas tertubuhnya Parti Amanah Negara yang dikepalai Mat Sabu.

Yelah, sekurang-kurang kalau Mahathir masuk Pas, ramailah penyokong bekas PM itu pun menyeberang ke Pas. Sekurang-kurang dapat tambah ahli parti itu yang kini semakin menipis ekoran ramai yang nak kejar Amanah, sebuah parti yang menjanjikan harapan yang lebih cerah walaupun kalau tengok harapan Mat Sabu sendiri sentiasa gelap hehehe.

Tapi aku percaya Mahathir tidak akan bertindak sedemikian. Mahathir bukan macam Mat Taib yang sanggup masuk Pas selepas kecewa merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO. Mahathir orangnya mempunyai prinsip. Kerana prinsiplah dia sekarang lantang menghentam Najib. Dan kerana prinsiplah dia masih berada dalam UMNO (walaupun pernah dua kali keluar UMNO sebelum ini).

Aku tahu Mahathir tidak akan memilih Pas untuk meneruskan perjuangannya. Aku percaya kalau dia keluar UMNO sekali pun dia tidak akan menyeberangi ke mana-mana parti lain. Lebih baik dia bebas tanpa ada ikatan sebagai ahli mana-mana parti politik.

Jadi, aku rasa eloklah hentikan cerita-cerita pasal Mahathir masuk Pas ni. Dah muak dah. Duk ulang ceirta-cerita basi yang tak berkesudahan.

Amir Ukays ditahan polis sebab bawa pistol? (Updated!)

DIKEMAS KINI (22.10.2015):
Amir Ukays hari ini mengesahkan dia telah dilepaskan oleh pihak polis. Katanya, pistol yang dibawa itu adalah pistol tiruan dan pihak polis memahaminya. Bagaimanapun dia tidak memaklumkan samada dia akan didakwa atau tidak. Apa pun katanya dia kekal sebagai peserta dalam Gegar Vaganza 2.



POS ASAL:
Tudia aih artis sekarang. Siap bawak pistol ke mana-mana. Agaknya bisnes besar kut sampai kena bawak pistol. Maklum penyamun sekarang ni bukan boleh percaya. Mana-mana saja pun depa nak sapu.

Ceritanya, vokalis kumpulan Ukays, Amir dikatakan telah ditahan oleh pihak polis kerana memiliki pistol jenis Walther CP99 Compact ketika ditahan ketika dia  memberhentikan keretanya di tepi susur masuk ke Kampung Chubadak, Sentul.

Bila polis siasat didapati sepucuk pistol berada dalam kereta. Akibatnya Amir Ukays dibawa ke Balai Polis Sentul untuk tindakan lanjut.

Menurut MStar, pemilik nama sebenar  Mohd Azmir Muhammad, 44 tahun itu  mengaku pistol berkenaan miliknya.

Nama Amir Ukays yang dah lama tenggelam sejak popular dengan lagu-lagu seperti Di Sana Menanti Di Sini Menunggu itu merupakan salah seorang peserta program realiti Gegar Veganza yang sedang berlangsung di Astro Ria.

Kita bersangka baik sajalah. Mungkin Amir menyimpan pistol sebagai langkah keselamatan bukannya nak buat jenayah atau join kumpulan jihad IS.

Apa-apa pun kita tunggu hasil siasatan polis. Emmm... Pihak Astro macam mana pula ya? Nak gugurkan nama Amir sebagai peserta Gegar Veganza ke?

Pistol yang dikaitkan dengan penahanan Amir Ukays. - Sumber: MStar

20 October 2015

Wabak penyakit bawaan pekerja asing makin meningkat

Hari ini kecoh pasal demam kepialu yang dikhabarkan meningkat mendadak di Lembah Klang. Tengku Adnan arah DBKL kuat kuasakan larangan pekerja asing bekerja di dapur di premis-premis makanan. Memang wajar pun arahan seperti itu dikeluarkan sebab sekarang ini warga asing baik Indon, Bangla, Nepal, Rohingya atau India jadi tukang masak.

Kita semua tahu kalau semua warga asing dari negara ketiga ini bab-bab kebersihan totally sifar. Yelah, kalau kita tengok kat negara asal mereka, masing-masing meludah merata-rata, kencing merata-rata, basuh tangan lepas ke tandas... memang bukan amalan mereka.

Budaya seperti itu kemudian dibawa ke Malaysia. Walaupun asalnya mereka datang sebagai pekerja ladang atau pembantu rumah tetapi kerana longgarnya penguatkuasaan mereka kini dah boleh jadi tukang masak bahkan lebih berani dengan membuka warung-warung makan makanan tradisi mereka.

Dan sebab orang Malaysia ini baik-baik belaka maka bila ada kedai makan menyediakan makanan Indon, Bangla, Myanmar atau Nepal sekali pun, maka berduyung-duyung mereka menyerbu. Dah tak peduli dah macam mana rupa di dapur atau tempat masak. Begitu juga dengan kedai-kedai mamak sekarang ini menggajikan pekerja asing dari India. Mula-mula jadi pelayan tapi lama-lama siap tebar roti canai atau bikin teh tarik.

Tak hairan ada satu kes (kisah benar) seorang pelanggan ternampak si penebar roti canai (mamak laa....) lepas keluar jamban baik jeh sambung tebar roti. Alih-alih roti canai dipesan berbau tahi... eeee!! Uweekkkk....

Sebenarnya bukan sahaja kepialu, malahan banyak penyakit yang dahulunya kita sudah bebas daripada wabak-wabak atau penyakit tersebut seperti anjing gila, TB dan kusta tetapi kini kembali muncul, yang sudah tentu datangnya daripada pekerja asing yang masuk ke negara ini.

Itu ada hati Kementerian Dalam Negeri nak membenarkan 250,000 pekerja asing Bangladesh masuk dan bekerja di sini aku tak tahu Malaysia akan jadi apa selepas ini. Konon mereka nak datang sini kena buat pemeriksaan kesihatan tapi semua itu boleh tipulah. Tak hairan ada orang gaji Indon ada TB boleh masuk dan bekerja di Malaysia. Tak ke bahaya tu???

Apa pun aku harap kerajaan Malaysia berhati-hatilah menerima kehadiran pekerja asing terutama dari negara-negara dunia ketiga ini. Budaya pengotor mereka akan di bawa ke sini dan kelak Malaysia yang  sudah menjadi negara maju, bersih dan bebas daripada penyakit berjangkit, tetapi disebabkan terlalu ramai pekerja asing maka negara kita kembali seperti tahun-tahun 1970-an dahulu.


19 October 2015

Kawan baik Najib Pengerusi PAC hehe...

HASSAN ARIFFIN - Pengerusi PAC yang baru
Nampaknya kontoversi mengenai siasatan terhadap 1MDB bakal berterusan lah. Apa taknya, PAC yang sebelum ini diberi kuasa oleh kerajaan untuk siasatan penyalahgunaan wang negara oleh syarikat pelaburan itu, kini diketuai pula oleh kawan baik Najib, Datuk Hassan Ariffin.

Hassan menggantikan Nurjazlan yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika siasatan terhadap PAC sedang berlangsung. Bukan Nurjazlan saja dilantik dalam Kabinet Najib tetapi juga 3 ahli PAC lain - Reezal Merican, Mas Ermiyanti & Madius Tangau. Akibatnya siasatan PAC terhadap 1MDB terhenti seketika.

Walaupun PAC turut dianggotai Ahli Parlimen pembangkang, tapi biasalah mereka bukan nak guna saluran betul untuk menyelesaikan isu berkenaan, sebaliknya mereka "jual maklumat" yang diperoleh PAC kepada media asing, yang kemudian menggunakan maklumat itu untuk menyerang pula Najib.

Sekarang ini PAC dah ada Pengerusinya. Hassan Ariffin, Ahli Parlimen Rompin yang menang dalam pilihan raya kecil tempoh hari, PRK bagi menggantikan Allahyarham Jamaludin Jarjis yang meninggal dunia dalam nahas helikopter.

Aku dimaklum Hassan dan Najib sudah lama berkawan baik. Hassan pernah jadi Timbalan MB Pahang. Sekarang ini Hassan mengetuai PAC pula, yang tugas utama sekarang menyiasat kes 1MDB yang dikaitkan pula dengan Najib. Ahhh.... Pening.

Apapun tahniah Datuk Hassan atas pelantikan sebagai Pengerusi PAC. Semoga siasatan 1MDB lebih telus dan mulus. Pastikan dalam siasatan berkenaan tidak kena batang hidung Najib, kalau tidak mahu "dilucutkan" jawatan. HAHAHA... Ops!

#Sentap

16 October 2015

Najib dihormati, Mahathir disanjungi ... Itu prinsip aku!


Maaf! Aku bukan blogger belaan Datuk Akmal. Aku juga bukan blogger belaan Sufi. Malah aku bukan blogger belaan mana-mana pihak. Aku menulis blog kerana aku mahu menulis dan bukan sebab atas titah perintah mana-mana pihak.

Selama ini aku berblog sebab mahu menyuarakan isi hati dan pandangan peribadi tetang sesuatu isu terutama senario politik tanah air. Maaf... Aku tak boleh nak menuduh Najib dengan pelbagai tuduhan baik perasuah, kaki makan duit derma atau segala macam tuduhan sebab aku sehingga kini tidak tahu sama ada apa yang dituduhkan itu selama ini benar atau sebaliknya.

Kalau dia bersalah aku doakan agar Allah memberi hukuman setimpal ke atas kesalahan dan dosa-dosanya baik dalam isu 1MDB, derma RM2.6 bilion atau soal "kekayaan luar biasa" yang ditonjolkan oleh isterinya, Rosmah Mansor.

Sehingga kini aku masih tetap menghormati Najib selaku Perdana Menteri walaupun aku tidak bersetuju dengan tindakannya memecat Muhyiddin Yassin sebagai TPM. Kalau tanya aku sampai bila nak hormati Najib, aku boleh cakap selagi dia belum dibuktikan bersalah!

Dan aku juga tidak sanggup untuk memaki hamun atau mencarut terhadap Tun Mahathir sebab aku masih tetap menyanjungi beliau sebagai bekas PM dan sebagai seorang tua walaupun aku sendiri tidak bersetuju dengan langkah beliau "menyerang" Najib tanpa belas kasihan.

Cuma aku sedih dengan situasi sekarang apabila pemimpin UMNO kini sibuk mempertahankan Najib daripada serangan Mahathir daripada memikirkan langkah untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang ketika DAP semakin bergerak pantas dalam usaha merampas Putrajaya.

Perpecahan dalam Pas dan pergolakan dalam pakatan pembangkang seolah-olah langsung tidak dimanfaatkan oleh UMNO dan penyokong mereka sebaliknya mereka sibuk mempertahankan Najib dan memburuk-burukkan Mahathir, Muhyiddin dan Shafie Apdal.

Apabila keadaan itu berlaku, ia amat merugikan UMNO kerana perselisihan Najib-Mahathir + Muhyiddin ini menyebabkan pihak-pihak berkaitan cuba untuk mendedahkan segala macam kelemahan, keburukan dan kebobrokan. Keadaan ini menyeronokkan DAP kerana mereka tidak perlu lagi menjadi batu api kerana dalam UMNO sendiri sudah berperang sesama sendiri.

Inilah DAP mahukan. Inilah PKR mahukan dan inilah pakatan pembangkang mahukan. Apabila UMNO bercakaran sesama sendiri, Pas berbalah dengan Amanah (parti Melayu Islam terbaru belaan DAP) maka mudahlah DAP memenuhi cita-cita mereka untuk merampas Sarawak pada pilihan raya negeri.

Apabila sudah berjaya merampas Sarawak, DAP akan mudah untuk merampas Putrajaya daripada UMNO/BN. Jika keadaan ini berlaku, aku yakin dan percaya menangis air mata berdarah sekali pun Malaysia tidak akan lagi ditadbir oleh orang Melayu. Percayalah!

Justeru, di hari Jumaat penghulu segala hari ini marilah kita semua umat Melayu dan Islam berhenti berbalah sesama sendiri hanya kerana seorang pemimpin. Sebaliknya bersatu hatilah. Musuh semakin hampir!!! #kipidap

15 October 2015

Budak kutip derma makin berani...


Budak perempuan kutip derma di R&R Seremban ini cuba menagih simpati daripada seorang lelaki.
Ni kejadian berlaku beberapa hari lepas. Aku berhenti singgah di R&R Seremban hala utara dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Sementara tunggu isteri selesai solat jamak, aku dihampiri seorang budak perempuan yang aku ingat dalam usia 14 atau 15 tahun (sebaya anak kedua aku dah).

Mula-mula dia offer aku beli jus apa entah dalam botol. Aku kata aku tak mahu. Dia kata kalau tak mau beli tak apa tapi boleh tak bagi derma ikhlas. Aku tanya dia dari mana, dia tunjuk surat bagitahu dia dari sebuah pondok di Yan, Kedah. (Mak aih... jauhnya dari Kedah ke Seremban). Aku kata aku macam biasa tengok surat ni dan selalu dengar nama pondok ni.

Dia kata memang terkenal. Lalu aku tengok pada botol jus yg dia bawa opun tertulis alamat lengkap pondok berkenaan.

Aku kata aku tak mahu derma untuk pondok ni (aku ragu-ragu kesahihannya sebab aku pernah baca cerita pondok yang memperguna budak-budak dan anak yatim untuk kutip derma). Bila aku kata tak mahu, dia mula buat muka dan suara ala-ala menggoda. Aku tak berapa jelas apa dia cakap sebab aku tak fokus sangat, tapi gaya dia cakap cukup menggoda.

Bila aku tanya balik apa dia cakap tadi, cepat-cepat kata dia tak kata apa-apa. Aku kata kalau aku nak derma aku akan derma kat dia kalau dia betul-betul orang susah atau anak yatim, bukan kepada pondok itu yang aku meragui kebenarannya.

Bila aku cakap macam tu, godaannya semakin menjadi-jadi. Siap suara merengek-rengek macam budak mintak dukung. Bila aku tengok budak ni lain macam, cepat-cepat aku 'blah' ke kereta. Niat nak kasi derma kat dia langsung hilang. Dari dalam kereta aku tengok budak perempuan ini cuba pula menghimpit seorang brother. Peliknya dia cuma mencari lelaki, tak pula offer kat  makcik-makcik yang lalu lalang kat situ.

Aku tak tahu sama ada strategi "menggoda" untuk mendapatkan derma ini merupakan silibus yang diajar di pondok berkenaan untuk meraih simpati orang ramai terutama lelaki-lelaki berusia atau itu inisiatif budak tu sendiri supaya dia pulang dengan hasil untuk tok guru dan pondok tersebut.

Yang pasti, aku cukup bimbang. Bimbang kalau budak ini menggoda orang yang salah dan dia menjadi mangsa kepada lelaki-lekaki yang sememangnya ramai diluar sana menunggu mangsa.

Hai... dunia. Macam-macam!

05 October 2015

DJ radio minta "pengeras" untuk putar lagu...


Semalam terserempak dengan seorang kawan yang dah lama tak jumpa. Bila tanya apa dia buat sekarang katanya dia ceburi industri muzik buat production house. Wow... Aku kata kencang tu. Tambah kalau artis bawah naungannya meletup.

Dia kata masa buat bisnes ni dulu nampak senang dan glamour tapi bila masuk ternyata indah khabar dari rupa. Katanya lagu-lagu artis rakamannya susah cari makan sebab lagunya jarang diputar stesen-stesen radio popular terutama radio swasta.

Aku tanyalah kenapa jadi lagu tu? Aku ingat semua radio nak putar lagu penyanyi kita. Katanya kenyataannya tak macam tu. Semua DJ-DJ dan penerbit  di radio terutama swasta yang top-top kena suap banyak-banyak baru depa putar lagu artis berkenaan.

Sebab itu syarikat rakaman kecik macam dia susah cari makan berbanding artis di bawah naungan syarikat besar. Depa ada bajet nak "huluq" DJ-DJ semua.

Dia suh aku perati dalam radio sekian-sekian. Katanya ada lagu setiap jam dimainkan oleh stesen radio berkenaan. Siang malam pagi petang. Lagu taklah sedap mana. Penyanyinya pun kalau nyanyi live hancur berderai tapi lagu diorang meletop-letop dalam radio sebab DJ tak henti-henti siar lagu tu.

Ada lagu yang memang sedap dan diyakini boleh meletop tapi tak disiarkan di corong radio sebab katanya tak ada pengeras daripada syarikat rakaman. Aku tanyalah stesen radio mana? Dia kata hampir semualah.

Hemm.... Teringat aku keluhan penyanyi veteran Nasir Wahad suatu ketika dulu katanya lagunya tidak diputar oleh stesen radio swasta walhal lagunya meletop di corong radio RTM. Agaknya sebab itulah kot?

Ada juga aku dengar artis sekian tak dapat masuk radio swasta tapi ada artis sekian sekian macam anak emas. Tak taulah betul ke tidak. Kena tanya DJ-DJ radio berkenaanlah betul ke tidak tuduhan pihak produksi rakaman ni.

Kalau betul, buat-buat bertaubat dan rentikanlah tabiat tu. Selain ia dikategorikan rasuah, buat perkara keji seperti itu untuk kasi makan anak bini tak berkat yeop. Tak guna pakai X6 sekali pun kalau duit kekayaan hasil dari sumber yang haram.

Ehem... betul tak ustaz-ustaz?