26 November 2015

Ku Nan marahkan nyamuk kelambu di bakar

Itulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang membuat keputusan terburu-buru menghalang pihak media membuat liputan PAU 2015 nanti. Alasan yang beliau beri konon media sering membuat laporan yang salah dan memutar belit fakta.

Aku faham maksud Ku Nan dan aku tahu pihak media mana yang beliau tuju tapi tak bolehlah kerana marahkan sesetengah media, dia mengharamkan semua media membuat liputan PAU itu nanti. Ku Nan mungkin tidak tahu kesannya jika "tiada laporan di media" mengenai perjalan PAU itu nanti. Tanpa liputan media, PAU tidak ubah seperti mesyuarat agung PIBG.

Tindakan Ku Nan menyalahkan media bukan perkara baru malah beliau acap kali menyalahkan media apabila membuat kenyataan melulu. Semalam apabila dia menyatakan PAU diadakan secara tertutup dan kemudian dinafikan oleh Zahid Hamidi dengan pantas dia salahkan media salah lapor.

Hari ini apabila dia mengumumkan PAU akan dibuat liputan seperti biasa oleh media dia menyatakan atas desakan ahli-ahli peringkat negeri yang mahukan liputan penuh media. Kalau tak ada desakan peringkat negeri bermakna Ku Nan tetap "jual mahal" dan tidak mahukan liputan media.

Aku rasa Ku Nan seorang yang bijak dan tidak mungkin dia tidak mengetahui kuasa sesebuah media, apa lagi media arus perdana macam Utusan atau TV3. Ku Nan mungkin lupa media bukan sahaja mampu menurunkan seorang Setiausaha Agung sebuah parti atau seorang menteri, malah seorang Perdana Menteri pun boleh berundur hanya kerana laporan media.

Satu lagi aku nak bagitau Ku Nan, walaupun media tidak dibenar buat liputan aku rasa ratusan perwakilan di dalam Dewan Merdeka PWTC akan menjadi wartawan sambilan yang membuat laporan secara langsung di media-media sosial tentang apa yang berlaku di dalam dewan.

Kalau hal ini berlaku ia sudah pasti lebih sukar kerana laporan wartawan-wartawan tak bertauliah ini bukan sahaja tidak bertapis malah boleh tersebar dengan pantas.

18 November 2015

Pengguna pilih Uber sebab fed-up dengan teksi KL

Sorry to say-lah kepada para pemandu teksi di Kolumpo ni. Aku bukan nak sokong aktiviti prebet sapu macam Uber atau Grabcar ni tapi aku faham perasaan para pengguna yang selama ini naik menyampah dengan para pemandu teksi ni.

Aku sendiri beberapa kali juga mengalami nasib serupa sepertimana ribuan pengguna lain. Siapa pun yang pernah naik teksi akan akui bahawa para pemandu teksi di KL ni jual mahal, demanding dan berlagak nak mampos.

Bayangkan berapa banyak teksi di KL ni, tapi bila kita nak naik dan tahan di tepi jalan di bawah terik matahari mereka buat bodoh walaupun teksi mereka kosong. Kalau berhenti pun memilih laluan.

"Oh saya on the way nak balik rumah. Maaf saya tak ke sana." atau "Jalan jem lah encik, kita tak ke sana."

Itulah antara alasan tiap kali kita tahan teksi. Dah tau nak balik rumah, buat apa berhenti terus jelah jalan balik. Dan dah tau jalan kat KL ni jem sepanjang masa, baik duduk rumah tengok TV daripada duk bawa teksi keliling taman. Bukan nak ambik penumpang pun. Buat buang minyak saja.

Tapi bila pengguna mencari alternatif seperti guna perkhidmatan Uber atau Grabcar, tau pulak korang marah dan tuduh macam-macam. Hah...!! Padan muko!

Betullah kalau pelancong asing kata perkhidmatan teksi kat KL ni paling buruk. Teksi buruk satu hal, perangai pemandu teksi pun buruk jugak. Itu belum lagi cerita teksi "tipu" meter dan tak nak pakai argometer.

Pemandu KL patut contohi teksi Singapore. Walaupun mereka guna Mercedez Benz S Series buat teksi tapi tak adalah berlagak atau nak pilih-pilih penumpang. Mana-mana penumpang tahan berhenti sajalah dan hantarlah ke tempat yang diminta. Bukan penumpang tak bayar pun.

Ini tidak. Pemandu teksi kita suka duduk kat port-port terpilih saja. Depan stesen bas, kereta api, depan hotel-hotel atau kelab malam. Sambil tunggu penumpang sembang kosong atau main dam. Taunya nak makan besar saja. Penumpang kecik-kecik tak layan.

Inilah mentaliti pemandu kita. Bukan mereka ikhlas pun nak beri perkhidmatan tetapi kebetulan lalu, mereka ambillah penumpang. Kalau tak bo layan.

Jadi elok sangat kalau SPAD beri lesen kepada pemandu perkhidmatan Uber dan Grabcar ni supaya para pemandu teksi sedar bahawa mereka susah cari makan kalau setakat melepak main dam sementara tunggu penumpang.

Pengguna pun senang hati. Tak adalah melambai-lambai tepi jalan tahan teksi dengan teksi yang tak peduli seolah-olah kita tak ada duit nak bayar tambang.


Tiap tahun mintak naik tambang, tapi servis macam gampang!!

17 November 2015

Cerita Ku Li jadi PM kembali hangat... Letak syarat ketat kepada pembangkang

Wow! Cerita konon Ahli Parlimen Gua Musang yang sudah 10 penggal mempertahankan kerusi itu, Tengku Razaliegh Hamzah atau Ku Li bakal diangkat sebagai Perdana Menteri kembali panas diperkatakan.

Sumber-sumber yang aku peroleh menyebut Ku Li telah mendapat sokongan sebahagian Ahli Parlimen BN dan para pemimpin tertinggi parti pembangkang untuk mengambil alih kerusi itu daripada Najib Razak, yang pada masa ini semakin hilang kredibiliti ekoran skandal 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

Ku Li dikatakan telah menerima sokongan padu daripada Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Wan Azizah untuk mengambil alih teraju pentadbiran negara manakala sebahagian Ahli Parlimen BN terutama dari Sabah juga sedia menyokong Ku Li. Wan Azizah pula cuma mahukan suaminya dibebaskan.

Bagaimanapun khabarnya Ku Li telah meletakkan syarat yang ketat kepada pihak pembangkang khususnya Anwar Ibrahim dan PKR jika mahukan beliau menggantikan Najib sehingga PRU-14 akan datang.

Antara syaratnya ialah Ku Li boleh membebaskan Anwar dan menggugurkan semua tuduhan terhadap beliau tetapi dia perlu bersara daripada arena politik negara dan berhijrah ke luar negara dengan pemberian pencen penuh manakala PKR pula hendaklah dibubarkan.

Manakala Azmin dan ADUN-ADUN PKR pula diminta menyertai UMNO bagi membolehkan kerajaan Selangor diterajui semula oleh UMNO/BN.

Tapi sumber aku tak maklumkan pula apa syarat yang dikenakan terhadap Kit Siang dan DAP. Tapi dia memberitahu, pelantikan Ku Li sebagai PM akan membuka laluan penuh kepada Pas untuk bekerjasama dengan UMNO/BN.

Sama ada benar atau tidak cerita ini sama-samalah kita tunggu. Tapi seingat aku ini bukan kali pertama nama Ku Li disebut-sebut untuk dilantik sebagai PM. Pada 2013 dulu pun nama orang lama dalam UMNO ini juga pernah dikaitkan dengan jawatan no. 1 negara itu.

Hai. Tak berani aku sebut-sebut pengganti Najib ni. Silap-silap aku disiasat di bawah Akta Hasutan. Tapi tulisan aku ini tidak bermaksud menghasut, cuma nak beritahu tentang khabar-khabar yang dibisikkan ke telinga aku.

Entahlah... 


11 November 2015

Air: Rakyat Selangor kena kencing....

Kah.. kah... kah... Rakyat Selangor yang kena kencing berdemo di tengah panas!

Air hak rakyat, tapi tarif air hak MB tentukan! Kau apa tau macha!!!
Hashtag padan muko! Itu aku nak bagi setempek kat rakyat Selangor yang beriya-iya sokong pakatan haram zadah, lebih-lebih lagi pasal nak ambil alih konsesi air.

Sebelum ini puak-puak pakatan ni mendakwa Syabas dan konsesi air menjadi punca bekalan air asyik terputus dan kenaikan tarif air. Maka entah berapa kali lah demontrasi dibuat terhadap Syabas dan mendesak konsesi diserah kepada kerajaan negeri.

Rakyat Selangor diberi harapan selepas konsesi ini dirampas daripada syarikat-syarikat milik orang Melayu itu, maka rakyat bakal menikmati tarif air lebih murah dan bekalan sentiasa lancar, tak ada gangguan.

Tapi hari ini... Debushhh!!!

Azmin Ali yang sebelum ini mengepalai demo air di Selangor, dan hari ini dah jadi MB mengumumkan TARIF AIR SELANGOR akan NAIK selepas pengambilalihan konsesi air selesai.

WAKAKAKAKAHAHAHAHA....


Betullah orang cakap, ahli-ahli politik ini memang pembohong. Kalau sifunya memang pembohong besar, apa kurangnya anak didiknya.

Kesian sungguh rakyat Selangor. Hari-hari kena kencing. Hari-hari kena tipu. Betullah... Allah nak tunjuk yang mana intan yang mana kaca. Dalam depa duk hentam UMNO/BN konon zalim terhadap rakyat kerana mengenakan GST dan naikkan harga barang, sekarang ini gedebuk... ambikkau!! setempek kat muka.

Aku nak tengok agak-agak ada tak rakyat Selangor akan berdemonstrasi depan pejabat Azmin esok untuk bantah kenaikan tarif air ni? Tapi aku boleh kerat kuku hitam aku kata depa tak akan buat punya.

Sebab apa? Sebab apa saja puak-puak depa buat semua baik waima duit DEIG lepas pun tak apa. Tapi cubalah kerajaan UMNO/BN... hilang 5 sen pun depa berdemo seluruh dunia!

WTF! +Pejabat AzminAli

09 November 2015

Isteri curang cari skandal, anak ikan di media sosial

Kaki curang guna media sosial untuk cari pasangan skandal - Gambar hiasan saja

Aku tak terkejut membaca laporan khas dalam surat khabar Utusan Malaysia Sabtu lepas. Mengenai penyiasat persendirian yang menjejak mak-mak datin yang berlaku curang dengan anak-anak ikan. Baca selanjutnya di sini.

Jangan pula lepas ni ada menteri yang nak nafikan wujudnya kehidupan seperti ini dalam masyarakat kita yang majoriti berbangsa Melayu dan beragama Islam ini. Sebabnya aku sendiri mengetahui wujudnya perkara seperti itu.

Eh... jangan pula kata aku pun terlibat dalam kegiatan tidak bermoral ini. Tak ada. Tapi aku kenal beberapa wanita di media sosial di mana mereka berskandal dengan lelaki lain atau suami orang. Kalau lelaki yang curang tu tak payah ceritalah. Dah macam jadi satu perkara biasa dah.

Setahu aku ramai kalangan wanita bertaraf isteri orang atau mak-mak janda kesunyian menggunakan media sosial untuk mencari anak ikan atau skandal. Tak kiralah jenis media sosial apa. Ada juga yang buat grup sosial private yang disertai kalangan isteri-isteri dan mak-mak janda kesepian. Mereka juga membuka "keahlian" grup itu di kalangan lelaki.

Untuk bertemu, grup berkenaan akan membuat program gathering di lokasi-lokasi sulit misalnya di puncak Genting dan lain-lain lokasi peranginan yang dirasakan selamat. Dari situ mereka memilih teman-teman yang boleh di bawa ke ranjang.

Berdasarkan sumber-sumber yang aku peroleh, kebanyakan isteri-isteri curang yang bersosial di alam maya ini adalah penjawat awam. Sebabnya mereka "banyak masa"  mengadap komputer atau telefon pintar masing-masing untuk berbual, bergurau senda, usik mengusik sehinggalah berkongsi gambar-gambar bogel masing-masing.

Bagaimanapun, tidak kurang juga mereka yang terdiri daripada suri-suri rumah yang kesepian ditinggal suami yang seharian bekerja.

Salah seorang yang aku kenal ialah Haida (bukan nama sebenar). Usia awal 30-an. Seorang penjawat awam dan sering bekerja di luar pejabat. Sudah bersuami dan mempunyai seorang anak berusia 3 tahun.

Dia menjalin hubungan dengan Roslan (bukan nama sebenar), seorang lelaki bujang yang dikenalinya di satu media sosial Setiap hari mereka akan bertemu dan memadu asmara di hotel-hotel bajet sekitar ibu negara.

Haida mendakwa dia menjalinkan hubungan dengan Roslan sebab mahukan kepuasan seks. Walaupun suaminya tidak mempunyai masalah batin tetapi bagi Haida, stamina tinggi dan "tahan lama" Roslan menyebabkan dia mencapai kepuasan yang dia inginkan. Manakala hubungan asmaranya dengan suaminya walaupun berjalan seperti biasa, tetapi hanya sekadar memenungi tanggungjawabnya sebagai isteri.

Aku juga diperkenalkan oleh Haida dengan beberapa rakannya yang lain yang semuanya isteri orang atau mak janda dan semuanya adalah kakitangan awam. Mereka juga giat "mencari" lelaki di media sosial untuk memperoleh kepuasan batin mereka.

Sejak kebelakangan ini para isteri dan mak-mak janda kesepian ini semakin berani berkongsi gambar-gambar separuh bogel, bogel dan kadang kala gambar-gambar aksi ranjang mereka di media-media sosial.

Contoh isteri kesepian menggunakan media sosial untuk mencari anak ikan.
Apatah lagi dengan kecanggihan telefon pintar yang lengkap dengan kamera beresolusi tinggi dan aplikasi-aplikasi sosial seperti Wechat, WhatsApp dan lain-lain di mana para pengguna boleh berkongsi gambar dan video, menyebabkan "kegiatan haram" seperti ini semakin berleluasa.

Bak kata seorang kawan, masalah sosial sekarang bukan lagi membabitkan remaja tetapi mak-mak remaja pun dah makin rosak moral. Hai... nampaknya teknologi perlu dipersalahkan. Kalau tak ada media sosial seperti sekarang agaknya lebih susah nak cari skandal atau anak ikan.

Kenalah isi borang kenalan di majalah... hehe

Nasib Muhyiddin, Shafie, Mukhriz masih jadi tanda tanya


Nasib tiga pemimpin tertinggi UMNO iaitu timbalan presiden Muhyiddin Yassin, naib presiden Shafie Apdal dan ketua perhubungan Kedah, Mukhriz Mahathir masih menjadi tanda tanya menjelang PAU 2015 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Ketika masa berbaki kurang daripada sebulan menjelang perhimpunan parti itu, ketiga-tiga pemimpin berkenaan yang dikatakan antara ahli UMNO yang lantang menghentam Presiden parti, Najib Razak.

Muhyiddin dan Shafie telah menerima nasib dipecat daripada barisan Kabinet Najib selepas kedua-dua pemimpin itu membuat kritikan terbuka terhadap bos mereka manakala nasib Mukhriz yang terkena tempias lantaran "serangan" bertali arus bapanya, Tun Mahathir juga di hujung tanduk.

Seperti yang aku tulis sebelum ini, keahlian Muhyiddin dan Shafie dalam UMNO juga "sedang diteliti" dan berkemungkinan digugurkan sebagai ahli parti oleh Jawatankuasa Disiplin parti, terutama menjelang PAU 2015.

Manakala Mukhriz juga sudah menerima khabar angin tentang penggugurannya sebagai MB Kedah. Ini terbukti apabila Mukhriz dalam Utusan Malaysia hari ini dilaporkan sudah bersedia melepaskan jawatannya itu kepada mereka yang lebih layak. Persoalannya, siapa yang layak mentadbir Kedah dan memastikan BN mempertahankan kemenangan pada PRU-14 nanti?

Ini bagi menyelamatkan situasi yang tidak diingini dalam PAU 2015 nanti sementelah Muhyiddin dan Shafie mempunyai hak untuk berucap pada perhimpunan di hadapan lebih 3,000 perwakilan daripada seluruh negara serta ribuan pemerhati dan ratusan media tempatan dan asing.

Ibu pejabat UMNO membayangkan suasana PAU 2015 akan panas dan Najib juga bakal "panas telinga" jika kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu diberi peluang untuk berucap kerana mereka menjangkakan peluang itu diguna oleh kedua-duanya untuk mempersoal kredibiliti Najib sebagai Presiden UMNO dan PM ekoran skandal 1MDB dan wang derma RM2.6 biliion.

Walaupun beberapa minggu lalu Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan membayangkan tujuh pemimpin parti itu sedang diteliti keahliannya kerana dikatakan menentang pucuk pimpinan parti dan Perdana Menteri, tetapi sehingga kini nama-nama tersebut masih belum didedahkan.

Dan pada ketika ini Najib dikatakan sedang "membeli jiwa" ketua-ketua perhubungan UMNO negeri dan ketua-ketua bahagian agar bersama dengan beliau walau apa juga perkara yang dilakukannya. Ini jelas dapat dilihat pada konvensyen UMNO Terengganu baru-baru ini yang mana Najib dikatakan mendapat sokongan padu semua bahagian di negeri itu.

Pun begitu kita masih ingat pada PRU 1999 lalu di mana Najib yang pada masa itu menerima laporan bahawa beliau bakal mendapat sokongan padu pengundi Pekan, hampir-hampir tewas di tangan calon Pas.

Pada PRU selepas pemecatan Anwar itu, Najib hanya menang dengan majoriti 241 undi dengan pengiraan undi entah berapa kali. Khabarnya kemenangan Najib pada masa itu dibantu oleh para pengundi dari peti undang kawasan Orang Asli.

Jadi, apabila Najib dikatakan masih mendapat sokongan pada pemimpin bahagian dan ahli UMNO, aku sedikit terfikir apakah Najib bakal tertipu lagi oleh laporan para pegawai dan penasihatnya sepertimana sejarah tahun 1999 lalu.

Entahlah...

03 November 2015

Muhyiddin, Shafie bakal dicantas sebelum PAU?

Angin dari Menara Dato' Onn bertiup kencang menyatakan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal bakal dicantas sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung 8 hingga 12 Disember ini.

Sumber-sumber aku dari menara itu mendakwa kalau Muhyiddin dan Shafie tidak dicantas dengan segera, besar kemungkinn PAU kali ini akan menjadi "sejarah hitam" buat parti, lebih-lebih lagi Najib selaku Presiden parti.

Mengikut tradisi UMNO pada setiap PAU, Timbalan Presiden akan merasmikan perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri sebelum pembukaan rasmi PAU. Nah, bayangkan kalau Muhyiddin dibenar berucap sudah pasti beliau akan menggunakan peluang itu untuk menghentam Najib dan mencetuskan semangat lain macam kepada para perwakilan sayap.

Shafie pula selaku Naib Presiden juga berpeluang untuk berucap. Biasanya pada sesi penggulungan.

Tapi lebih bahaya lagi, akan ada "orang Muhyiddin" dan "orang Shafie" yang akan berucap pada ucapan usul PAU nanti... Itupun kalau tidak dicantas awal-awal oleh ketua bahagian atau perhubungan negeri.

Jadi tidak mustahil akan wujud dua kem pada PAU nanti. Kem Najib dan Kem Mahathir-Muhyiddin-Shafie. Walaupun tiada pemilihan namun kewujudan kem-kem seperti ini sudah pasti akan memanaskan situasi di Dewan Merdeka PWTC nanti.

Jadi bila dimaklumkan 7 pemimpin UMNO berada dalam radar ibu pejabat untuk dicantas, nama-nama Muhyiddin dan Shafie tidak pernah terlepas.

Sekarang ini masing-masing menunggu Ku Nan mengumumkan nama-nama mereka yang akan dicantas sebelum PAU bulan depan. Beranikah Ku Nan memecat Muhyiddin dan Shafie?



*Ishh... jahat betul media sosial ni. Ada ke kata ketua-ketua bahagian dah dapat habuan daripada wang derma tu? Tak baik fitnah tau!!!