30 December 2015

Banteras vape lebih mudah daripada bauksit (Updated!)

KEMAS KINI (1 Jan 2016):
Kabinet telah mengeluarkan arahan supaya kegiatan melombong bauksit dihentikan sementara berikutan kesannya terhadap pencemaran udara dan alam sekitar. Keputusan dibuat dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas.

Hemm.... Tak susah pun nak bertindak tapi kenapa ambil masa lama sangat untuk membuat keputusan sedemikian? Apa pun terima kasih kerajaan Pusat!

POS ASAL:


Aku pun tak tahulah siapa paling berkuasa di negeri Pahang ini sampaikan masalah bauksit yang telah menjejaskan penduduk dan alam sekitar terutama di Kuantan sehingga kini tidak dapat diselesaikan.

Bila tanya Menteri Besar, Tok Nan akan salahkan kontraktor atau lori pengangkut. Dia juga salahkan SPRM. Kenapa susah sangat nak hentikan kegiatan melombong bauksit ini yang difahamkan dah menjarah banyak kawasan kelapa sawit milik peneroka.

Apakah ada tangan-tangan ghaib yang begitu berkuasa sehinggakan seorang MB pun tidak boleh menghentikan kegiatan ini. Untung besar sangatkah hasil bauksit ini sehinggakan kerajaan negeri tidak mahu menghentikannya dan sanggup mengorbankan kesihatan rakyat dan ekosistem alam sekitar hanya semata-mata mengejar wang.

Apa yang pelik isu bauksit langsung tidak mendapat perhatian menteri berkaitan bahkan seorang Perdana Menteri. Jeritan suara rakyat Kuantan langsung tidak dipedulikan. Para pelombong seolah-olah kebal dengan undang-undang negara dan negeri. Jabatan Alam Sekitar memejamkan mata, memekakkan telinga. Pejabat Tanah dan Galian negeri pula tidak berani bertindak dan mendakwa bukan di bawah bidang kuasa mereka.

Yang peliknya, isu Cameron Highland cepat pula mendapat respon daripada kerajaan Pusat dan pihak istana sehinggakan satu jawatankuasa khas ditubuhkan diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri. Manakala Sultan Pahang pula beberapa kali melawat Cameron Highland dan mengeluarkan titah agar kegiatan tanah di kawasan tanah tinggi itu dihentikan.

Tapi isu bauksit bukan nun jauh di mata, sebaliknya hanya di Kuantan, ibu negeri Pahang. Susah sangatkah MB untuk menggunakan kuasanya agar menghentikan kegiatan melombong bauksit? Kenapa lesen melombong masih dikeluarkan?

Dalam hal ini aku respek kepada kerajaan Terengganu yang enggan mengeluarkan lesen bauksit. Aku percaya kalau lesen ini dikeluarkan oleh Ahmad Razif keadaan menjadi lebih buruk.

Beberapa hari lepas penduduk terkejut apabila sungai dan laut di Balok menjadi merah selepas hujan lebat. Kerajaan negeri kata akan menyiasat "fenomena" itu. Entah fenomena apa aku pun tak faham. Walhal satu dunia tahu bahawa ia berpunca daripada pencemarahan bauksit.

Oh Malaysia. Kenapa nak haramkan vape lebih mudah daripada bauksit? Kenapa menteri kesihatan tak umum haram bauksit sepertimana mereka umum pengharaman vape sedangkan kedua-duanya menjejaskan kesihatan.

Isu-isu ini menambahkan lagi kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Ini bukan lagi persepsi atau disebabkan sekadar membaca tajuk berita. Ini terbukti jelas didepan mata.

#SaveKuantan

29 December 2015

Cerita 2kerja Ahmad Maslan


Kesian timbalan menteri bernama Ahmad Maslan. Entah di mana silapnya aku pun tak tahu. Sebabnya asal saja dia buka mulut maka akan berkarung-karunglah maki hamun yang dia dapat. Kesian benar aku dengan nasib "orang Najib" seorang ini.

Terbaru perihal cadangan Mat Maslan supaya rakyat buat dua kerja (#2kerja) bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Ramailah yang maki hamun Mat Maslan dengan idea ini dan menganggap dia seorang "menteri" yang bodoh.

Bagi aku idea buat dua kerja ni bukanlah satu isu besar pun. Sekarang pun ramai dah buat dua pekerjaan bagi menambah pendapatan dan ada yang lebih berjaya dengan pekerjaan keduanya. Tapi biasalah orang kita terutama umat bernama Melayu. Tahunya marah, bangkang, maki. Walhal kalau kita tengok bangsa lain terutama orang Cina mereka tak mengeluh kalau kena buat dua atau tiga kerja sekali pun.

Sebabnya bangsa mereka sedar kalau tak berusaha gigih dan bekerja keras, mereka tidak akan mampu hidup dalam peradaban mereka. Hidup kaum mereka adalah kaya, kaya, kaya. Kalau miskin merempat "hidup susah, mati pun susah". Sebab itu bangsa mereka jauh lebih berjaya daripada umat Melayu di bumi Tanah Melayu.

Orang Melayu tahunya minta daripada kerajaan. Bagi tak bersyukur, tak bagi kerajaan tersungkur. Inilah masalahnya sejak dulu sampai zaman media sosial hari ini. Bila disuruh berusaha lebih (untuk kekayaan sendiri dan keluarga mereka sendiri juga) bukan main marah. Tapi bila tengok ada bangsa sendiri berjaya mulalah timbul hasad dengki sampai sanggup pergi jumpa bomoh nak menjahanamkan bangsa Melayu yang berjaya.

Inilah umat Melayu di bumi Tanah Melayu. Dan nasibnya idea 2kerja ini disebut oleh menteri bernama Ahmad Maslan. Aku yakin dan percaya kalau perkara ini disebut atau dilaung-laungkan oleh Lim Guan Eng atau Nurul Izzah atau waima Nik Abduh sekali pun tiada siapa yang melenting, marah-marah atau nak maki hamun mereka. Silap-silap mereka disanjung tinggi, setinggi gunung Kinabalu.

Bagi aku 2kerja bukanlah satu isu dan bukan perkara baru. Dan mana-mana rakyat di negara maju sana, melakukan dua pekerjaan sudah menjadi budaya. Kawan aku di Indonesia memaklumkan bahawa dia mengambil dua ijazah daripada dua universiti dalam satu masa. Kawan-kawan aku di UK pula pun buat dua kerja. Siang kuliah, lepas kelas jadi waiter di restoran-restoran muslim. Ada rakan pejabat aku pula sambil-sambil buat kerja, boleh lagi buat bisnes kat pasar tani.

Kalau nak berjaya dan nak kaya kenalah berusaha. Allah dah janjikan, kalau kita berusaha lebih kita akan mendapat lebih. Ditambah dengan keberkatan rezeki yang kita cari, insya-Allah umat Melayu dan Islam tidak akan merempat dibumi sendiri, walaupun kos sara hidup meningkat setinggi KLCC.

Berhenti mengeluh, lipat gandakan usaha. Insya Allah berjaya!

17 December 2015

Mak janda paling hangat di pasaran...

 
Wow! Tahniah buat Siti Nordiana. Sejak bergelar juara Gegar Vaganza ni namanya dah meletop-letop macam bertih jaguh kena bakar. Pop! pop! pop! Malahan nama Nana ni dah mula meniti di bibir termasuk jantan-jantan yang pantang tengok wanita dahi licin sejak awal-awal muncul di GV2 lagi.

Dengan persembahan-persembahan mantap setiap minggu dan penampilannya yang penuh sopan dan ayu walaupun diusik bagai nak rak dengan lawak-lawak bodoh Nabil menambahkan lagi "saham" Nana di mata penonton. Itulah yang membuat ramai yang cair dengan penyanyi "leman" ni. Terhangat di pasaran ooo...

Nana sekitar awal 2000-an dulu femes dengan lagu Paling Comel duet dengan Achik Spin. Nama nana masa tu meniti di bibir peminat lagu-lagu leleh sehinggalah zaman lagu-lagu leleh mula hilang di halwa telinga, maka nama Nana juga tenggelam.

Nana cuba muncul semula selepas dia berpisah dengan si suami, arwah Faizal tetapi tidak berjaya. Pelbagai usaha dilakukan termasuk cuba berpenampilan agak "seksi" tetapi gagal. Sehinggalah dia muncul dalam GV2, namanya tiba-tiba meletup-letup.

Bahkan nama Nana kini menjadi bualan bukan sahaja mereka yang hidup ketika zaman lagunya meletup tetapi juga di kalangan anak-anak muda hari ini. Maklum lagu-lagunya sering menjadi pilihan kaki karaoke.

Salah satu album Siti Nordiana masa mudanya. Agaknya kalau dijual semula sekarang boleh meletup kut?
Agaknya kalau syarikat rekod FMC jual balik album-album atau lagu-lagu lama Nana boleh capai double platinum agaknya. Maklum goreng pisang tengah panas.

Khabarnya sekarang ini pihak media berebut-rebut nakkan Nana sampai terpaksa menolak-nolak. Ada yang sampai masam-masam muka sebab tak dapat slot untuk Nana. Khabarnya PA Nana dan pengurusnya sampai bergaduh-gaduh sebab jadual bertindan-tindan.

Hehe... Itulah penangan Gegar Vaganza. Ops! Tapi GV pertama dulu taklah hebat mana sangat kan??

#Untungbadan

Haramkan vape boleh hilang undi anak muda?

BN hilang sejuta undi anak muda jika kerajaan haramkan vape! Perghhh... Itulah yang sahabat aku laungkan ketika kerajaan ada cadang-cadang nak haramkan rokok elektronik itu. Sahabat aku tu walaupun tak hisap vape kata sebabnya orang muda akan terus benci BN kalau vape diharamkan.

Itu katanyalah. Aku malas nak berdebat dengan dia nanti putus kawan pulak kan? Bagi aku simple saja. Kalau nak haramkan benda-benda yang tak elok ni haramkan sajalah. Tak perlulah nak kira kehilangan undi dalam pilihan raya bagai.

Kalau nak dikira dengan sokongan pengundi, payahlah kerajaan nak laksanakan sesuatu dasar. Nak laksana hudud, takut hilang sokongan bukan Islam. Nak haramkan arak, nanti undi penagih arak tak dapat. Nak haramkan rokok, nanti undi perokok hilang. Ini nak haramkan vape pun duk berkira-kira hilang undi orang muda.

Dalam hal ini, aku tabik kat kerajaan Pas Kelantan sekarang. Mereka dah keluarkan arahan pengharaman jualan vape di negeri itu. Malah peniaga-peniaga pun diberi tempoh sehingga akhir bulan ini untuk menghentikan jualan, kalau tidak barangan mereka dirampas.

Kerajaan Kelantan tak peduli pun mereka akan hilang pengundi anak muda sebab mereka bertindak betul. Tak macam kerajaan Pusat, nak haramkan vape pun berkira-kira soal kehilangan undi bagai.

Ada juga yang kaitkan dengan kerugian orang Melayu sebab 90 peratus peniaga vape adalah orang Melayu (dan 90 peratus juga penghisap vape orang Melayu). Betul tapi banyak lagi bisnes lain yang orang Melayu boleh berniaga, bukan setakat vape saja. Jual burger pun kalau kena gaya jauh lebih menguntungkan. Tengoklah macam Ramly tu. Mula-mual jual burger saja tapi sekarang kat mana kedudukan dia?

Vape ni benda hisap masuk dalam paru-paru dan dalam badan kita. Dan setahu aku bahan-bahan nak buat cecair vape termasuklah nikotin. Nikotin ni bahaya. Terlebih dos boleh jalan ooo... So kalau tak dikawal tentulah bahaya. Itu belum ambil kira cecair dicampur ganja atau dadah lain.

Jadi, aku harap sangatlah kerajaan Malaysia bertindak cepat mengharamkan vape seperti mana kerajaan Kelantan dan Singapura dah buat. Tak payahlah nak berkira-kira kemerosotan undi pengundi muda. Halalkan vape pun belum tentu undi BN naik.

Tak gitu?




P/S: Alhamdulillah, dah 10 tahun aku bebas rokok, Korang bila lagi?

Apa hebatnya Safee Sali?

SAFEE Sali masih dicalonkan penyerang terbaik tempatan.
Marah benar para peminat bola kita apabila nama Safee Sali disenaraikan oleh FAM sebagai salah seorang calon bagi anugerah penyerang terbaik Anugerak Bolasepak Kebangsaan 2015. Ramai yang mempersoalkan penyenaraian Safee bersama dua lagi calon iaitu pemain Selangor, Hazwan Bakri dan rakan sepasukan Safee di JDT iaitu Amri Yahyah.

Sebabnya kalau ikut prestasi pemain yang semakin berusia ini bukanlah hebat mana. Daripada tiga pemain yang dicalonkan itu, rekod mereka jauh berbanding Safee. Hazwan menjaringkan 6 gol manakala Amri 5 gol. Safee? 1 gol!!!

Persoalannya, apakah dengan jumlah jaringan satu gol sudah memadai untuk dicalonkan sebagai penyerang terbaik kebangsaan? Sedangkan ramai lagi penyerang dari pasukan lain yang meledak lebih banyak gol berbanding Safee.

Kalau ikut senarai penjaring terbanyak Liga Super 2015, Afiq Azmi menjaringkan 8 gol sepanjang musim, iaitu penjaring terbanyak dalam kalangan pemain tempatan. Tetapi nama Afiq tidak dicalonkan.

Betullah ramai yang kata Safee ini anak emas FAM. Prestasi merudum dan jadi pemain simpanan kelab pun masih boleh wakili skuad kebangsaan. Jaring satu gol pun boleh dicalon penyerang terbaik.

Entahlah... FAM sekarang semakin entah apa-apa. Patutlah Ultras Malaya mengamuk dan menteri jaga sukan hentam FAM kaw-kaw!!

Berubahlah FAM!!
 

16 December 2015

Pelakon, ratu cantik Indonesia dicekup kerana melacur



PELAKON seksi Indonesia, Nikita Mirzani dan bekas Ratu Cantik Indonesia, Puty Revita Sari dicekup di sebuah hotel mewah di Jakarta kerana melakukan aktiviti pelacuran.

Kedua-dua selebriti terkenal itu ditangkap bersama dua bapa ayam yang menguruskan transaksi mereka malam Jumaat lepas (malam sunat tu bang!).

Media-media di Indonesia melaporkan, penangkapan kedua-dua selebriti ini hasil penyamaran anggota polis selepas mengesan kegiatan mereka yang menggunakan internet.

Ketua Jabatan Jenayah, Polis Indonesia Kombes Umar Fana berkata, anggotanya telah menjalankan siasatan dengan menyamar sebagai pelanggan.

Katanya, pada mulanya anggota berkenaan dikirimkan gambar artis-artis yang menawarkan khidmat seks termasuk gambar Nikita dan Puty Revita. Kemudian anggota berkenaan diarah mengirimkan wang pendahuluan sebanyak Rp10 juta (RM3,000).

Kemudian pada malam Jumaat (10 Disember) kira-kira pukul 9 malam, anggota berkenaan telah bertemu dengan keempat-empatnya di hotel tersebut. Kedua-dua selebriti ketika ditangkap berada dalam keadaan bogel.

Umar berkata, Nikita mengenakan bayaran Rp65 juta (RM19,500) untuk satu malam manakala Puty Revita yang juga ratu cantik Indonesia 2014 mengenakan bayaran Rp50 juta (RM15,000).

Perghh... Itu cerita di Indonesia. Kat Malaysia pun apa kurangnya. Baru-baru ini ada kecoh sekejap pendedahan media konon artis-artis tertentu menjalankan bisnes jual lendir ni, cuma belum tertangkap sahaja.

Tapi bak kata orang tua, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tergolek ke tanah jua.. brooo...!!!

15 December 2015

Pemain bola sepak tercantik di Malaysia


Siapa kenal gadis ini? Oh tak kenal. Tak apa. Meh aku perkenalkan... Namanya Cassandra Devi Jeremiah. Orang Sabah. Dia merupakan finalist Miss World Malaysia 2014 dan dia menduduki tempat kedua.

Menariknya, selain menjadi model dan ratu cantik dia sebenarnya adalah seorang pemain bola sepak dan telah mewakili skuad kebangsaan dan negeri kelahirannya, Sabah. Ops. Maksudnya bola sepak wanita.

Kalau tengok aksinya di padang tiada siapa sangka rupa-rupanya dia juga seorang modelling dan peserta ratu cantik. Hemm... Bayangkan kalau di tengah padang dia berpakaian ala-ala di pentas peragaan, macam mana aksi pihak lawan ya?

Lihatlah aksi-aksi Cassandra di padang dan di pentas peragaan yang sempat aku kumpulkan.