20 December 2016

Ali Rustam buat come back, Rauf gugat kedudukan Idris?


Bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang kalah dengan Shamsul 'Kemetot' di Parlimen Bukit Katil pada PRU-13 khabarnya akan buat come-back dan akan bertanding di kerusi Parlimen pada PRU-14 akan datang.

Khabar ini sudah heboh diperkatakan di Melaka. Mengikut si pencerita, Ali akan bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah yang sebelum ini merupakan kuota MCA manakala MCA pula akan bertanding di Parlimen Ayer Keroh (kawasan baru).

Ali yang kini Pengerusi Permodalan Nasional Berhad akan menggunakan pengaruh dan hubungannya dengan Najib bagi membolehkan dia bertanding semula pada PRU-14 dan mengembalikan maruahnya yang berkecai semasa PRU-13 lalu.

Sebagai satu-satunya ketua negeri dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang tewas pada pilihan raya lalu, sudah tentu tidak mudah bagi Ali Rustam untuk berhadapan dengan masyarakat apatah lagi para pengikutnya. Tetapi yang aku kenal Ali bukanlah seorang pemimpin yang mudah kecut dan kendur.

Kalau dikaji sejarah politik Ali Rustam, aku percaya apa yang dikhabarkan ini adalah benar. Cuma yang menjadi penghalang baginya ialah persetujuan Idris Haron selaku Ketua Menteri dan Pengerusi Perhubungan UMNO & BN Melaka.

Apatah lagi aku dikhabarnya kedudukan Idris selaku CM Melaka sendiri bakal terancam jika si Rauf Yusoh bertanding di salah satu kerusi DUN di Parlimen Masjid Tanah. Rauf yang dianggap Setiausaha Kerja UMNO paling cemerlang setakat ini pun sudah memasang kuda-kuda di Masjid Tanah selaku Ketua Bahagian.

Malahan kehadiran Rauf juga boleh mencabar kedudukan Ketua Puteri, Mas Ermieyati untuk pertahan kerusi Parlimen Masjid Tanah. Apatah lagi tempoh Datuk Emy selaku Ketua Puteri akan berakhir atas faktor usia.

Pokoknya kehadiran dua figur politik UMNO, jika benar, bakal mewarnai PRU-14 khususnya bagi negeri Melaka ketika UMNO/BN berhadapan dengan pembangkang yang dilihat semakin ghairah untuk mentadbir negara dan sebahagian negeri pada PRU-14 nanti.

Bagi aku mudah. Siapa pun yang mahu bertanding pastikan mereka boleh membawa kemenangan kepada parti. Kalau memang atas kertas pun dah boleh jangka pencalonan mereka boleh membawa kekalahan, buat apa lagi nak calonkan juga?

Semoga PRU-13 memberi pengajaran kepada semua pihak. Kemenangan untuk parti jauh lebih penting berbanding kemenangan individu. Tak guna  kita menang di satu kerusi DUN sedangkan kita kehilangan Putrajaya atau kerusi negeri.

Muhasabah diri dulu!

19 December 2016

KJ lepas Ketua Pemuda demi jawatan Naib Presiden

"Suatu hari saya akan menduduki kerusi PM...." 
KJ baru-baru ini telah buat pengakuan bahawa dia tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda yang dipegangnya selama dua penggal.

Walaupun beliau tidak menyebut ke mana hala tujunya selepas ini, KJ yang pernah menyatakan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri sebelum usia 40 tahun khabarnya kini mengimpikan jawatan yang lebih tinggi dalam UMNO.

Selepas dua kerusi Timbalan Presiden dan satu daripada tiga kerusi Naib Presiden kosong selepas pemecatan Muhyiddin dan Shafie Apdal, kini harapan KJ untuk menduduki jawatan lebih tinggi, atau sebelah kaki sebelum jawatan PM semakin cerah.

Khabarnya KJ akan bergandingan dengan Zahid Hamidi yang sudah tentu akan mengambil alih kerusi Timbalan Presiden yang kosong untuk memastikan impian dan cita-cita dalam arena politiknya sebelum ini tercapai.

Bagaimanapun sudah tentu tiada jalan mudah untuk KJ melainkan beliau berganding dengan  orang yang tepat dan sehingga kini hanya Zahid yang mempunyai kekuatan untuk menduduki kerusi no. 2 dalam parti. Zahid pula bergantung kepada sokongan orang muda yang dibawa oleh KJ di samping karisma dan populariti menantu Pak Lah ini.

Sementara itu, Hishammuddin pula tidak akan semudah itu memberi peluang kepada Zahid untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden. Ya, Hisyam akan mencabar Zahid tetapi persoalannya siapa gandingan beliau untuk tiga kerusi Naib Presiden?

Cuma aku tertarik, sejak KJ mengumumkan untuk melepaskan jawatannya, Azwan Bro sudah mula pasang kuda-kuda dengan menggunakan media arus perdana untuk memperkukuh diri dan agar menampakkan usaha beliau membantu parti.

Kerusi belum kosong, bro....
Sampaikan aku baca surat khabar yang satu itu, hari-hari duk keluar muka dan cerita Azwan Bro. Haishh...

Ibarat orang kata, takhta belum kosong! Mungkin sebab semangat orang muda ni lain macam kut? Tak gitu bro?


18 December 2016

Pengakuan: Zai sudah terlanjur sejak darjah enam

Pengaruh media sosial telah menjahanamkan maruah dan moral anak-anak muda kita. - Gambar hiasan
Terkejut berok aku dengar pengakuan seorang remaja ini. Kisahnya begini.

Zai (bukan nama sebenar) baru lepas menduduki SPM bulan lepas di sebuah sekolah berasrama penuh dan bertudung labuh ketika di sekolah.

Ketika membuat pengakuan itu, dia mengaku terlanjur dengan teman lelakinya yang berusia 18 tahun semasa dia mahu menduduki UPSR. Dia sedikit pun tidak menyesal menyerahkan tubuhnya kepada teman lelakinya itu dalam usia sebegitu muda.

"Habis nak buat macam mana encik. Nafsu dah menggebu-gebu. Tu lah suka sangat layan porn." Akui Zai tanpa ada rasa bersalah.

Mujur keputusan UPSR-nya cemerlang dan dia menyambung persekolahan di sebuah sekolah agama dan sekali lagi mendapat 'straight A' semasa peperiksaan PMR.

Katanya, walaupun bersekolah di sekolah agama dan memerlukan dia bertudung labuh, dia masih tetap berhubung dengan teman lelakinya dan sesekali berpeluang mereka melakukan persetubuhan haram.

Perkara itu berlarutan sehinggalah dia berpisah dengan teman lelaki tersebut dan masuk ke asrama penuh sejak Tingkatan Empat.

Begitulah pengakuan berani seorang remaja kepada aku. Memang aku sendiri terkejut dengan pengakuan itu dan aku percaya bukan hanya Zai seorang yang sudah terlanjur sejak seusia 12 tahun. Malah mungkin ada yang lebih muda.

Perkembangan internet dan jalur lebar berkelajuan tinggi sehingga ke segenap skrin telefon pintar mendedahkan lagi para remaja dan kanak-kanak kepada perkara yang negatif, khususnya pornografi.

Malahan pertumbuhan media sosial seperti WhatsApp, Twitter, BeeTalk, Facebook dan pelbagai lagi memudahkan remaja dan kanak-kanak "bercinta" pada usia muda dan kemudian menjalin hubungan terlarang tanpa diketahui oleh ibu bapa atau orang dewasa lain.

Bila dengar pengakuan Zai ini terbayang wajah-wajah anak-anak remaja aku di rumah. Semoga Allah lindungi mereka daripada melakukan perkara negatif seperti ini. Dan aku harap tindakan aku tidak membenarkan mereka memiliki telefon sehingga berusia 18 tahun dapat mengekang mereka daripada terdedah dengan dunia negatif media sosial pada usia terlalu muda.

Subhanallah!


* Kisah benar dan dicerita sendiri kepada penulis ketika penyamaran di media sosial.

Orang Terengganu sebar Islam sehingga ke Bali. Jom baca!

Batu bersurat bukti bertapaknya Melayu dan Islam di Bali, Indonesia.
Belek-belek website sana sini aku terbaca satu kisah yang menarik dalam portal berita www.mymetropost.com  mengenai ulama asal Terengganu yang mengembangkan syiar Islam sehingga ke pulau Bali, Indonesia.

Antara laporan itu dinyatakan:

"JIKA menyebut nama “terengganu” rata-rata penduduk Loloan di Jembrana, Bali, Indonesia mengetahuinya sebagai satu nama di Malaysia. 

Hal ini kerana sebahagian daripada penduduk kampung tersebut dikatakan berketurunan seorang anak muda dari Terengganu yang datang dan menetap di kampung tersebut pada abad ke-18 lalu. Pemuda tersebut, Muhammad Ya’qub dikatakan telah berkahwin dengan penduduk Melayu tempatan.

Menurut buku Sejarah Masuknya Islam di Bali II tulisan I Wayan Reken,  Muhammad Ya’qub datang ke Jembrana bersama rombongan Syarif Abdullah Yahya al-Qadri, seorang pembesar dari Pontianak, Kalimantan pada tahun 1799.  Turut bersama dalam rombongan tersebut ialah orang Bugis, Melayu dan Arab."


Jomlah orang Terengganu baca kisah ini. Menarik untuk dikongsi dan dibuat kajian mendalam.

Khabarnya penulis ini buat kajian sendiri dan sanggup ke Bali untuk membongkar kebenaran tentang wujudnya perkampungan orang Terengganu di Pulau Dewata itu.

Aku ingat media arus perdana pun tak ada yang sudi membuat kajian sedemikian. Jauh sekali dari pihak universiti tempatan.

13 June 2016

Apabila Tun Mahathir bersekongkol dengan DAP....


Apa respon Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie Apdal apabila melihat Tun Mahathir bergandingan tangan dengan Lim Kit Siang seperti ini ya? Nak tahu jugak!

Tan Sri, Dato Seri.... Respond please!

Aku percaya mereka pun tidak menduga Mahathir sanggup bertindak sejauh ini, menelan segala kahak yang diludah ke muka DAP sebelum ini dan menjilat-jilat bait-bait kata dalam sajak "Melayu Mudah Lupa" yang digarapnya sebelum ini.

Malahan aku yakin, jutaan umat Melayu lain termasuk aku pun terkejut dan tidak menduga dengan tindakan Mahathir yang bersekongkol dengan parti yang berjuang untuk "Malaysian Malaysia" hanya kerana marahkan Najib.

Aku pun nak tahu jugak, andai Tun berjaya mempengaruhi pengundi di Sg Besar untuk memilih PAN, apa akan jadi selepas itu? Apakah dengan 'membantu' pembangkang untuk menewaskan calon UMNO/BN, Najib akan berundur dan Tun akan puas hati?

Atau Tun akan terus membantu kempen pembangkang pada PRU-14 (jika umur masih panjang) dan menjatuhkan kerajaan pimpinan UMNO/BN dan membuka laluan kepada DAP memerintah negara (kalau tidak secara langsung, melalui parti proksinya PAN).

Lalu apa akan jadi seterusnya???

Aku tak mahu beri jawapan tapi kalian boleh menjawabnya. Korang fikirlah sendiri ya!


10 June 2016

Mark Adam bangga jadi anak Melayu... Kau?


Seronok baca kisah penyanyi kelahiran Filipina, Mark Adam tentang kebanggaannya menjadi anak Melayu (Melayu Cebu) walaupun dia mempunyai darah campuran penjajah Sepanyol.

Dalam Utusan Malaysia (baca di sini), Mark Adam yang sudah 14 tahun memeluk Islam berkata, orang Melayu di nusantara ini adalah serumpun termasuk di Filipina. Jadi dia merasakan bahawa dia juga orang Melayu.

Memang betul tu Mark. Dulu orang Melayu di Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan Filipina adalah satu bangsa tetapi telah dipisah-pisahkan oleh para penjajah. Kalau dahulu kita di rantau Asia Tenggara ini bebas ke sana ke mari tanpa sempadan dan kita adalah satu rumpun Melayu.

Kalau tak percaya kita tengok penggunaan bahasa Melayu dalam bahasa Tagalog pun ada perkataan-perkataan Melayu seperti "anak" dan lain-lain.

Dalam isu Mark Adam ini kadang-kadang aku malu dengan orang Melayu sejati yang lahir dari perut orang Melayu, dari zat mani orang Melayu, membesar dan bersekolah di Tanah Melayu tetapi tidak merasa bangga dengan bangsa sendiri.

Malu mengaku sebagai orang Melayu satu hal lah, ini angkat lagi para pemimpin bukan Melayu sebagai sanjungan mereka. Lebih parah lagi, ada orang Melayu yang menyanjung perjuangan Cina komunis. Itu belum bab menyokong perjuangan parti bukan Melayu yang siang malam pagi petang berusaha untuk 'menghapuskan' kekuasaan Melayu di bumi Tanah Melayu.

Orang-orang ini sepatutnya malu dengan Mark Adam, orang Filipina yang bangga sebagai orang Melayu. Ini tidak, nama saja Melayu tapi perangai lebih buruk dari bangsa bukan Melayu.

Ish ish ishh...

Satu lagi, aku juga salut dengan Mark Adam sebab walaupun lahir dan membesar di Filipina tetapi bila tinggal di Malaysia dia berusaha untuk bercakap Melayu. 14 tahun tinggal di Malaysia dia boleh dikatakan sudah lancar berbahasa Melayu.

Orang Malaysia yang lahir kat Malaysia, membesar di Malaysia, sekolah di Malaysia, masuk U di Malaysia tapi bila cakap Melayu tak pandai. Pelat macam Cina baru sampai dari tanah besar. Lu olang lu olang.... Ini apa ni? Bangla yang baru sampai dari Dakka pun, bagi masa 3 bulan dah boleh bercakap Melayu. Apa susah sangat ke nak cakap Melayu. Atau jenis lidah hari-hari jilat tulang babi maka jadi keras kematu nak cakap Melayu.

Bagi aku mudah. Kalau mereka ikhlas nak belajar dan bertutur bahasa Melayu mereka boleh. Tapi jenis bangsa yang tak sedar diri, mereka tetap dengan bahasa ibundanya dan mereka enggan bertutur bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara.

09 June 2016

Pegawai kanan sukan ada affair dengan ahli sukan negara?

Gambar hiasan saja
Menjelang Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Rio, Brazil bulan Ogos nanti macam-macam cerita suka duka dalam dunia sukan negara kita dengar. Dari para atlet yang meraih tiket di Rio sehinggalah isu pegawai-pegawai sukan yang tak dapat pas masuk ke perkampungan. Hehe...

Tapi banyak-banyak isu yang dipaparkan dalam media, ada satu gosip yang aku dengar dan tidak akan dihebahkan dalam media iaitu mengenai seorang pegawai kanan sebuah badan sukan ini yang khabarnya rapat dengan salah seorang atlet wanita kita.

Sejauh mana rapatnya dua insan berlainan jenis ini tidaklah aku ketahui tetapi ada sok sek dalam kalangan wartawan sukan mengatakan pegawai ini sangat mengambil berat perihal atlet yang satu ini sehinggakan kalau ada media salah lapor sedikit tentang atlet wanita ini, dia akan melenting dan marah-marah.

Lebih peliknya pegawai sukan ini bukanlah menguruskan badan sukan yang menaungi sukan yang atlet ini ceburi tapi kenapa begitu ambil berat pasalnya?

Pegawai sukan ini bukanlah muda lagi. Usia pun dah nak masuk kategori warga emas manakala si atlet ini pula masih muda dan bujang trang tang tang. Jadi kalau si pegawai ini begitu mengambil berat perihal atlet ini sudah tentu menimbulkan tanda tanya orang sekelilingnya. Padahal ramai lagi atlet muda lain yang turut berada dalam skuad bersama atlet wanita ini kenapa pegawai ini sibuk pula ya?

Tidak hairanlah mereka dikatakan ada 'hubungan istimewa'. Ada suara-suara nakal sampaikan sudah 'chop' si pegawai sukan ini ada skandal dengan si atlet ini. Haishhh...

Kalau aku sebut nama pegawai kanannya rasanya satu negara tahu dan kenal. Begitu juga dengan atlet wanita yang satu ini. Walaupun namanya belum gah seperti seniornya sebelum ini tapi atlet ini kalau dipupuk dan dibaja, tidak mustahil boleh menggegarkan dunia,

Bagi aku hal-hal 'affair' ini urusan peribadi. Tapi aku cuma berharap ini tidak menjejaskan masa depan si atlet ini. Maklum, kalau tengok prestasinya akhir-akhir ini tidak mustahil namanya akan sebaris dengan senior-seniornya sebelum ini.

Tak gitu?

02 June 2016

Apa lagi akan berlaku di Terengganu?

Sejak dilantik jadi MB, Ahmad Razif tidak henti-henti dilanda gelora politik negeri.
Semalam seorang sahabat aku kat Terengganu memaklumkan keadaan politik di negeri itu masih belum selamat. Katanya 'sesuatu' akan berlaku dalam tempoh beberapa hari ini tetapi dia enggan mendedahkan detailnya. "Kau tunggulah beberapa hari ini..." katanya ketika aku mahukan penjelasan mengenainya.

Sahabat aku ni bukan calang-calang orang. Beliau pernah berada dalam kerajaan negeri Terengganu untuk tempoh beberapa penggal dan sehingga kini khidmat beliau masih digunakan walaupun sudah "bersara". Jadi bila dia menyatakan sedemikian, aku cukup yakin apa yang dikatakannya boleh jadi akan berlaku.

Semalam heboh di negeri keropok lekor mengenai berita yang konon diterbitkan oleh Bernama bahawa Sultan Mizan sudah kembalikan darjah kebesaran kepada Ahmad Razif. Hari ini MB Terengganu itu menafikannya.

Khabarnya agensi berita nasional itu sudah beberapa kali membuat laporan polis kerana penyebaran berita-berita palsu mengenai keadaan politik Terengganu yang menggunakan nama ketua bironya di Terengganu. Kalau sekali mungkin bolah diterima tapi kalau dah beberapa kali dan menggunakan  nama orang yang sama, ada sesuatu yang tidak kena.

Mungkin ada pihak yang cuba perdajal MB Terengganu dengan menggunakan Bernama sebagai kambing hitam. Maklum sebarang laporan yang disiarkan oleh Bernama selama ini dianggah sahih dan tepat berbanding berita-berita daripada Malaysia Kini atau portal berita lain.

Orang itu mungkin nak tengok Terengganu huru-hara politiknya dan mengharapkan berlaku pilihan raya negeri. Maklum keadaan DUN Terengganu sangat rapuh apabila kerusi BN dan pembangkang (Pas/PKR) hampir sama banyak. Silap hari bulan memang boleh tumbang atau berlaku pilihan raya negeri.

Tambah pula bekas MB, Mat Said pun beberapa kali cuba kacau daun apabila buat usul tidak percaya terhadap Razif dalam DUN Terengganu.

Entahlah. Apa nak jadi dalam Malaysia ni tak taulah. Siang malam pagi petang tak habis-habis dengan cerita politik... Dalam pakatan pembangkang satu hal dah, dalam kerajaan pun sama. Akhirnya kerana terlalu banyak politiknya, yang jadi korbannya adalah rakyat marhain macam aku.

Heishhh...

01 June 2016

Pas buang tabiat: Dari parti Islam nak jadi parti Melayu....


Wow! Aku tabik spring kat pucuk pimpinan Pas hari ini khususnya Dewan Pemudanya yang mencetuskan 'kejutan' yang luar biasa pada Muktamar Pas yang kini sedang berlangsung di Kota Bharu.

Masakan tidak selama bertahun-tahun Pas duk berbalah dengan UMNO hanya kerana UMNO duk julang sebagai parti Melayu dan dilabel oleh Pas sebagai parti kebangsaan, alih-alih mereka pula yang pusing 180 darjah apabila para pemimpin mereka mengenakan pakaian  pahlawan Melayu zaman silam masa perasmian muktamar pemuda semalam.

Perghh... segak sungguh Tuan Ibrahim Tuan Man ala-ala Hang Tuah  siap berkeris di pinggang. Begitu juga dengan Nik Amar dan lain-lain pemimpin Pas. Macam Laksamana Do Re Mi pun ada. Tak ada lagi kopiah putih dan serban. Seingat aku dalam UMNO pun tak pernah ada pemimpin mereka berpakaian sedemikian semasa perhimpunan. Kalau ada pun kes Hishammuddin tarik dan cium keris yang kemudian kena kutuk kaw kaw oleh puak-puak bukan Melayu sampai dia minta maaf dan tarik balik keris.

Aku ingat sebelum ini ada puak-puak Pas hentam pemimpin mereka yang memakai songkok semasa menghadiri muktamar. Mereka hentam sebab dah jadi macam orang UMNO. Perhimpunan UMNO semua pemimpin mereka pakai baju Melayu bersongkok. Jadi bila ada pemimpin Pas bersongkok di sebalik yang lain semua berkopiah putih, dah tentulah menjadi tumpuan, walaupun bukan satu isu.

Tapi bila Tuan Ibrahim, Nik Amar dan para pemimpin Pas lain berpakaian pahlawan Melayu macam pengantin nak naik pelamin, dah tentulah akan menjadi bualan ramai orang. Lebih-lebih lagi bekas sekutunya DAP yang selama ini cukup takut dengan umat Melayu berkeris. Aku nak tahu juga apa komen-komen dalam blog-blog pro-Pas atau PAN atau PKR.

Hehehe... tak ada plak yang bagi komen pasal pakaian hulubelang Pas ini. Agaknya mereka masih terkejut dan deman kepialu dengan perubahan mendadak Pas sekarang. Mereka sendiri pun agaknya tertanya-tanya sama ada Pas sekarang dah buang tabiat atau dah nyanyuk.

Agaknya Pas pun nak jadi parti Melayu dan nak buang title sebagai sebuah parti Islam. Entahlah... Politik semua tak boleh pakai. Mereka boleh berubah-ubah macam sesumpah. Hemmm...

26 May 2016

PRK Sungai Besar ujian getir bagi Noh Omar


PRK Sungai Besar tidak ubah medan ujian bagi Pengerusi BN Selangor, Noh Omar dalam meneraju parti di negeri yang kini dikuasai pembangkang.

Ini kerana selain PRK pertama di negeri ini selepas PRU-13 dan selepas dia dilantik oleh presiden parti untuk mengetuai kepimpinan UMNO di Selangor.

Semua maklum ketika Selangor tumbang kepada pembangkang pada 2008, Najib sendiri yang mengetui UMNO negeri selaku Pengerusi  Perhubungan Negeri. Bagi membantunya beliau telah melantik dua nakhoda iaitu Noh selaku timbalannya dan Zin 'Badak' Mohamed sebagai Penyelaras BN.

Akibatnya pada PRU 2013, UMNO/BN bukan sahaja gagal merampas Selangor malah mengalami kekalahan yang lebih buruk berbanding PRU sebelum ini.

Belajar daripada kesilapan tersebut, Najib kemudian menyerahkan kepimpinan parti kepada Noh yang mempunyai pengalaman dalam Kabinet sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad selaku PM, zaman Pak Lah sehinggalah Najib.

Bagaimanapun ramai ahli UMNO Selangor meragui kepimpinan Noh dan tidak kurang juga yang mencebik beliau. Maklum, beliau banyak menghabiskan karier politiknya di Pusat maka namanya dikatakan kurang dikenali di peringkat negeri.

Namun, Noh tidak mudah mengalah dengan cakap-cakap sumbang mengenainya dan selepas lebih tiga tahun memimpin UMNO/BN Selangor, beliau dikatakan telah berjaya mengembalikan perpaduan ahli-ahli parti.

Bagaimanapun, untuk mengetahui sejauh mana kejayaan Noh memimpin UMNO/BN Selangor sebetulnya bakal ditentukan daripada PRK Sungai Besar pada 18 Jun nanti.

Parlimen Sungai Besar yang mempunyai dua DUN iaitu Sekinchan yang dikuasai oleh DAP dan Sungai Panjang oleh UMNO manakala arwah Norian Kasnon hanya memenanginya dengan majoriti lebih 399 undi sahaja.

Berdasarkan PRU-13 di mana DAP (Ng Suee Lim) menang dengan majoriti 2,239 di Sekinchan manakala Budiman Zohdi pula menang dengan majoriti 2,183 undi di Sungai Panjang jelas menunjukkan persaingan sengit pada PRK kali ini.

Dan sekali lagi, kunci utama kemenangan UMNO/BN adalah pengundi Cina terutama di Sekinchan. Jadi, jelas PRK Sungai Besar bukan sahaja bakal mengukur sejauh mana kepimpinan Noh di Selangor, tetapi juga mengetahui sejauh mana pengundi Cina kembali ke pangkuan MCA/BN seperti mana berlaku pada PRN Sarawak tempoh hari.

Dan tidak salah juga untuk dikatakan bahawa PRK Sungai Besar juga merupakan ujian awal untuk mengetahui sama ada UMNO/BN mampu merampas kembali Selangor pada PRU-14 nanti.

Maka semua pihak menantikan PRK Sungai Besar dengan penuh debar...

21 May 2016

Pemain Piala Uber paling seksi...

Ramai yang kecewa bila skuad Piala Thomas kita gagal menjejak kaki di final selepas tumbang kepada Denmark 2-3 sebentar tadi. Tak apalah. Skuad kita memang dari awal lagi tidak diberikan harapan menggunung. Masuk ke separuh akhir pun dah kira bonus.

Tapi tak apa. Untuk meredakan kekecewaan semua, meh kita tengok pemain Piala Uber yang paling seksi sekali tahun ini. Daripada ramai-ramai pemain badminton wanita, pemain India yang satu ini memang tersenarai paling atas.

Beliau ialah Jwata Gutta, pemain beregu wanita India yang turut bersaing di pentas Piala Uber kali ini. Malangnya skuad Uber India pun dah pulang awal selepas ditewaskan China di peringkat suku akhir.

Apapun kemunculan Gutta dikatakan sering menjadi tumpuan bukan sahaja mereka yang berada di luar gelanggang malahan juga lensa kamera. Tak caya tengoklah keseksian pemain ini baik di dalam gelanggang mahupun di luar gelanggang.









Nak tau pasal Jwala Gutta nih baik baca kat Wikipedia  lah. Tak kuasa aku nak taip satu-satu...

Chaoss,,,

27 April 2016

Kenanga Wholesale, gedung beg berjenama tiruan yang 'halal'

Para peniaga di Kenanga Wholesale bebas menjual beg-beg berjenama mewah tiruan tanpa rasa takut sebab kegiatan mereka seolah-olah sudah 'dihalalkan oleh pihak berkuasa.
SEMALAM aku dipaksa ikut isteri ke Kenangan Wholesale Plaza kat belakang balai bomba Jalan Hang Tuah. Dah lama ku tak ke sana. Terakhir rasanya tahun lepas masa bulan puasa. Itupun sebab nak cari baju raya anak-anak.

Tapi semalam aku betul-betul terkejut sebab Kenanga sekarang bukan sekadar menjual pakaian murah dari Vietnam dan China, tetapi sudah bertukar menjadi gedung jualan beg-beg berjenama terkenal tetapi tiruan.

Sebut sahaja jenama apa. Coach, LV, entah apa lagi. Isteri aku tunjuk beberapa jenama beg yang katanya harga yang tulin mencecah ratusan ribu tetapi di Kenangan hanya sekitar RM55. Ada juga beg-beg yang pernah aku nampak dipakai oleh isteri-isteri pembesar negara ada dijual di Kenanga.

Perghh... Gila ke apa?

Kalaulah syarikat-syarikat pengeluar beg ini tahu kalau beg-beg mereka dijual dengan harga serendah itu di Kenanga, dah tentu mereka akan meraung-raung kecewa. Patutlah Kuala Lumpur dinobat sebagai bandar raya syurga membeli belah oleh agensi pelancongan luar negara, rupanya kerana di sini begitu banyak pusat-pusat jualan barangan tiruan.

Lalu aku tertanya-tanya, di mana penguatkuasa KPDNKK? Apakah mereka sengaja membiarkan kegiatan seperti ini berlaku (selagi belum ada aduan daripada pengeluar asal produk berkenaan) agar Malaysia terus kekal sebagai destinasi membeli belah atau mereka 'ada main' dengan pihak-pihak terlibat?

Dan aku percaya jika soalan ini diajukan alasan yang bakal diberikan oleh KPDNKK (seperti biasalah), tak cukup kakitangan untuk membuat serbuan atau menjalankan penguatkuasaan lebih ketat.

Bila tengok keadaan ini teringat pasal Neelofa yang mahu buat serbuan di Vietnam kerana mengetahui negara ini sekarang giat menghasilkan tudung dan pakaian tiruan jenama Neelofar milik pelakon dan pengacara comel-loteh ni.

Dari mana agaknya kilang-kilang di Vietnam itu dapat rekaan Neelofar kalau bukan dibawa sendiri oleh peniaga dari Malaysia. Ya dak?

Jadi, jangan terkejut selepas ini para pemilik nama-nama besar dalam penghasilkan beg-beg berjenama mewah ini menyerbu Kuala Lumpur sebab dah tak tahan melihat hasil rekaan mereka dirompak dan Kenangan menjadi lokasi jualan produk hasil rompakan itu.

Dan dik kerana geram sebab tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa di Malaysia bagi menghalang kegiatan penjualan produk-produk tiruan dari jenama yang mereka hasilkan.

Ish... ish... ish...

Teks ucapan Ahmad Razif disabotaj?


PANAS panas El Nino panas lagi negeri keropok lekor. Gara-gara Sultan Mizan menarik balik darjah kebesaran yang diberikan kepada Menteri Besar, Ahmad Razif, negeri Terengganu sekarang ni panas 'berdering-dering'.

Walaupun suasana kerajaan negeri itu nampak tenang, namun kita semua tahu jika keadaan pentadbiran Terengganu ini bergelora ekoran krisis antara MB dan sultan. Yelah, kalau pelantikan MB pun atas perkenan sultan, dah kalau sultan dah mula murka, baginda juga boleh menarik balik perkenan tersebut.

Aku dikhabarkan tindakan Sultan Mizan menarik balik semua darjah kebesaran yang diberikan kepada MB lantaran murka dengan ucapan Ahmad Razif dalam satu majlis yang turut dihadiri baginda.

Ada yang kata MB hanya membaca teks ucapan yang diberikan kepada beliau tetapi yang musykhil macam mana beliau hanya terus membaca setiap baris ucapan tanpa membuat penapisan kendiri?

Aku tidak pasti teks ucapan itu siapa sediakan. Penganjurkah? Para pegawai yang terdiri para cendekiawan Terengganukah atau Setiausaha Akhbar MB yang baru saja menduduki kerusi tersebut beberapa hari sebelum kejadian?

Jika benarlah kemurkaan sultan kerana ucapan MB yang dibacakan berdasarkan teks ucapan yang diberi, ada kemungkinan teks itu telah disabotaj oleh pihak-pihak tertentu. Aku tak mahu menuding jari terhadap sesiapa tetapi sebelum ini ada ADUN yang telah mengemukakan usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif di Dewan Undangan Negeri dan gagal.

Atau mungkin kerana kesilapan Setiausaha Akhbar MB yang baru bertugas - yang khabarnya seorang anak muda berpengalaman beberapa tahun sebagai wartawan media arus perdana - yang menyebabkan kemurkaan baginda?

Malang amat malang. Itulah yang aku boleh simpulkan terhadap krisis di Terengganu ini. Memang benar kata seorang SB politik, menjadi seorang pemimpin negeri atau negara ini, baik macam mana pun akan tetap tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. Bak kata lebih mudah, "buat baik pun salah, buat jahat lagilah salah".

Bagi aku Ahmad Razif menjadi mangsa. Mangsa pihak-pihak tertentu yang mahu melihat negeri Terengganu berkoncang. Mungkin ada kaitan dengan krisis politik dalam parti yang dinaungi oleh MB menyebabkan dia turut terpalit.

Dalam keadaan pentadbiran Terengganu yang rapuh kerana jumlah kerusi dalam DUN hampir seimbang, menyebabkan sedikit sahaja 'kesilapan' maka pentadbiran negeri boleh bertukar tangan.

Kini, seluruh rakyat Terengganu menanti penuh debar apa yang akan berlaku selepas ini. Apakah baginda sultan mahukan MB ditukar, atau apakah Najib mempunyai daya memujuk yang ampuh untuk memastikan Ahmad Razif kekal sebagai MB?

Namun dalam keadaan genting seperti ini, ada pihak-pihak di negeri itu sudah memukul canang beberapa nama yang bakal menggantikan Ahmad Razif sebagai MB. Haishhh....

Inilah politik!

02 March 2016

Melayu hilang "parti" untuk bergantung?

Melayu berparti...
SEKARANG ini paling lantang berkumandang di kalangan orang Melayu khususnya anak-anak muda ialah ketidakpercayaan mereka terhadap UMNO, parti yang selama berpuluh tahun menjadi tunjangan orang Melayu untuk berpaut di bumi sendiri.

Sebabnya mereka semakin hilang keyakinan dan kepercayaan kepada para pemimpin parti keramat. Satu demi satu sengketa dalaman UMNO angkara mempertahankan para pemimpin tertinggi, menyebabkan orang Melayu di dalam dan di luar parti semakin "membenci" UMNO.

Melayu juga tidak boleh lagi berharap kepada Pas. Sejak Nik Aziz meninggal dunia, Pas semakin terumbang-ambing. Ditolak mentah-mentah oleh parti sekutu DAP, kemudian perpecahan Pas yang membentuk parti serpihan PAN, menambahkan lagi ketidakyakinan Melayu terhadap parti Islam ini.

PKR walaupun para pemimpin utama mereka orang Melayu, tetapi perjuangan parti itu jelas untuk Anwar Ibrahim sahaja, dengan bertopengkan perjuangan rakyat. Semua orang Melayu tahu mengenai hal itu. Malah orang Pas sendiri tahu bahawa PKR tidak boleh diharap.

Lalu parti mana orang Melayu mahu memilih pada PRU-14 nanti jika semua parti Melayu dan Islam pada hari ini tidak boleh memberi jaminan kepada mereka sebagai sebuah parti yang mampu menjaga hak dan kepentingan mereka, mengatasi kepentingan individu atau pemimpin parti itu semata-mata?

TIADA!!!

Atas sebab itulah ramai orang Melayu berharap Perkasa didaftarkan sebagai sebuah parti politik agar pertubuhan itu menjadi parti tunjang umat Melayu pada masa kini dan akan datang. Sebabnya mereka melihat sehingga kini Perkasa sahaja yang berjuang untuk kepentingan Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu.

Dan dengan pergolakan dalam parti-parti Melayu yang ada sekarang, aku percaya jika ada seorang pemimpin berpengaruh mewujudkan sebuah parti Melayu lain yang betul-betul bersih daripada segala sampah korupsi, penyelewengan, bodek-membodek, kipas-mengipas aku percaya parti itu akan menjadi pilihan orang Melayu.

Atas sebab itu aku melihat seandainya Muhyiddin keluar UMNO dan menubuhkan sebuah parti baru (seperti mana tertubuhkan Semangat 46 dan Keadilan yang merupakan parti serpihan UMNO yang ditubuh oleh mereka yang mereka terpinggir oleh parti) beliau mampu menarik ramai ahli, terutama umat Melayu yang semakin muak dengan politik UMNO dan Pas masa kini.

Apakah itu yang Muhyiddin akan umumkan esok? Entah...

19 February 2016

Haishh... Perempuan mana pulak yang berbogel di Mydin ni?

Haishhh... Kut ya pun stress sebab harga minyak menjunam, ekonomi merudum atau sebab 1.5 juta Bangla tak jadi dibawa masuk tapi janganlah sampai nak berbogel bagai. Hari Jumaat ni...

Beginilah gambar-gambar perihal seorang perempuan yang tanpa seurat benang dengan selamba memasuki premis-premis perniagaan berhampiran Mydin Setapak. Khabarnya rakaman video pun ada. Huhu...

Apa lagi, maka jadi bahan pencuci matalah kepada lelaki-lelaki di kawasan berkenaan. Malahan orang perempuan yang tengok kejadian itu pun sendiri naik malu. Tengok warna kulit dan wajahnya, perempuan itu berbangsa Cina.

Seorang pengawal keselamatan Mydin pun naik malu dengan perempuan itu dan mengarahkannya supaya beredar tetapi tidak diendahkan.

Lihatlah betapa selambanya perempuan ini. Hemm...





11 February 2016

1.5 juta pekerja Bangla? Menteri dah gila ke apa?

Ramai yang kata Menteri Dalam Negeri merangkap Timbalan Perdana Menteri dah gila apabila membuat permohonan 1.5 juta pekerja Bangla masuk Malaysia, yang semalam telah diluluskan oleh kerajaan negara itu.

1.5 juta bukan angka yang kecil. Seingat aku warga Kuala Lumpur pun lebih kurang 1.5 juta orang. Bayangkan kalau semua Bangla yang dibawa masuk ini ditempatkan di ibu kota, apa akan jadi kepada bandar raya ini?

Aku tak mahu sebut konon kemasukan 1.5 juta pekerja asing Bangla ini akan menguntungkan dari segi wang ringgit kepada pihak-pihak tertentu sebab aku tidak ada bukti untuk mengaitkannya tapi kalau betullah, beruntung sungguh menjadi anak ... koh koh kohhh...!! (Terbatuk plak).

Pun begitu aku tak mahu salahkan menteri sepenuhnya. Yang salah orang kita juga. Malas nak bekerja berat. Maunya kerja ringan tapi nak gaji besar.

Rakyat Malaysia akan jadi macam orang Arab di Dubai atau Abu Dhabi. Kat sana orang Arab semua jadi bos dan taukeh, manakala pekerja baik kuli berat atau pegawai pemasaran terdiri warga asing termasuk orang Bangla.

Kalau singgah di airport di Abu Dhabi atau Dubai, kita tak akan jumpa pekerjanya orang Arab. Jauh sekali nak tengok minah Arab berjubah labuh yang bekerja di situ. Sebaliknya semuanya orang asing dari Filipina, India, Pakistan malah Indonesia pun ada.

Orang Malaysia pun tak lama lagi macam tulah. Semua dah kaya raya walaupun ada mahasiswa lapar (sebab makan megi saja sedangkan di Indonesia tu megi adalah makanan mewah) dan semuanya dah berjawatan tinggi (sebab semuanya dah masuk universiti).

Sekarang ini pun dah nampak ciri-cirinya. Tak payahlah aku sebut bidang pekerjaan apa yang sudah dikuasai oleh pekerja asing. Itu belum kira pekerja asing yang dah berjaya dalam perniagaan - jadi kontraktor, bisnes binaan besi dan macam-macam lagi. Pelayan-pelayan hotel dan restoran pun dah guna pekerja asing termasuk para negro dari Afrika.

Pendek kata, pandang kiri pekerja asing, pandang kanan pekerja asing. Lalu di mana orang tempatan?  Korang celiklah mata dan lihatlah sendiri di mana anak-anak kita ketika semua pekerja asing berlumba-lumba mengaut rezeki dari bumi bertuah ini.

Kebanyakan mereka anak-anak muda melepak di kafe-kafe mewah atau kedai-kedai mamak dengan gajet di tangan sambil komplen itu ini pasal kerajaan. Kerajaan lemah, menteri bodoh, Najib rasuah, negara miskin, mahasiswa lapar bla bla bla...

Bila hidup susah kerajaan yang salah sedangkan pekerja asing yang berjuta-juta di sini bersyukur kerana ada negara macam Malaysia yang menyediakan segala macam peluang.

Tak apa. Biarlah pekerja asing yang bekerja sebab aku orang tempatan nak tidur sambil merungut soal kesusahan hidup di media social kerana ada Perdana Menteri dan menteri-menteri yang bodoh.

Kau apa peduli?

10 February 2016

Bola sepak: Bawah Zahid hidup, bawah Hisham mati

Pasukan ATM digeruni lawan ketika beraksi di Liga Super 2012 tetapi hari ini bukan sahaja merudum ke Liga Perdana malah gaji pemain pun tidak mampu dibayar.
Itulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada nasib pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini.

Pasukan ATM dah lama diwujudkan dan bertarung di Liga FAM tetapi sejak Zahid Hamidi menjadi Menteri Pertahanan, beliau telah membawa "angin baru" kepada pasukan itu. Dengan membawa masuk bekas jurulatih kebangsaan, Sathianathan, pasukan ATM telah muncul juara Liga Super pada 2012 dan naib juara Piala Malaysia pada tahun yang sama.

Bagaimanapun, sejak Zahid digantikan dengan Hishammuddin selaku menteri pada 2013, nasib pasukan bola sepak ATM pun merudum. Yelah, daripada gah selaku juara Liga Super pasukan itu terus merosot pada musim berikutnya, sehinggalah tersingkir ke Liga Perdana musim ini.

Lebih malang, sekarang ini para pemain dan bekas pemain pasukan itu menuntut bayaran gaji hasil tumpahan keringat mereka beraksi bersama pasukan itu yang sehingga kini belum dilunaskan.

Apa sudah jadi?

Sebaliknya, pasukan PDRM yang baru ditubuhkan semula pada 2014, sejak Zahid menjadi Menteri Dalam Negeri pula yang melonjak. Tahun lepas muncul juara Liga Perdana dan layak ke Liga Super musim ini. Walhal sebelum ini orang tak kenal pun pasukan bola sepak PDRM ini.

Hai... Nampaknya sentuhan Zahid menjadi betullah. Di mana dia berada, pasti pasukan bola sepak di bawahnya akan menjadi. Buktinya ATM sebelum ini dan PDRM pada masa ini. Apa rahsianya aku pun tak tahu.

Agaknya kalau Zahid jadi Presiden FAM dah tentu prestasi bola sepak kebangsaan kita berubah kut? Siapa tahu... mungkin FAM boleh mencuba dengan menjadikan Timbalan Perdana Menteri sebagai Presiden FAM selepas entah berapa  dekad diterajui oleh orang istana.
Ya dak? Macam mana... Ada berani?

07 February 2016

Juliana Evans pula diburu VIP

Wow! Selepas Jue Aziz dah bergelar isteri orang, sekarang ini seorang lagi selebriti kacukan Mat Salleh, Juliana Evans pula menjadi buruan para lelaki berhidung belang termasuk kalangan orang-orang penting atau VIP.

Juliana yang dikatakan pernah berpacaran dengan pelawak Zizan Razak baharu kembali ke Tanah air selepas melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat dikatakan masih solo.

Tidak hairan namanya menjadi salah satu trending carian di Google. Bahkan di blog aku sendiri ramai betul yang mencari "Juliana Evans seksi".

Untuk memenuhi permintaan pengikut blog Mesin Taip Buruk, di sini aku poskan gambar-gambar Juliana yang aku kutip dari internet.

Aku tak tahulah sejauh mana keseksian Juliana korang nilailah sendiri.


Juliana (dua kanan) antara artis yang gemar bersosial.

Dengan rakan Mat Salleh. Siapa lebih seksi ya?

Juliana ketika bercuti di Borobodur, Indonesia. Wow...

Sempoi...

Uh uh

Gong Xi Fat Choii... Gulp!


Erk... Ramai yang jeles beb!

04 February 2016

Perihal Dunhill, British American Tobacco dan KWSP

Tengah hari tadi aku duk sembang kat cafe opis aku dengan kawan-kawan yang merokok duk bercerita pasal harga rokok sekarang. Depa semua dah bertukar ke rokok entah jenama apa aku pun tak tahu sebab aku dah lebih 10 tahun berhenti merokok.

Dulu aku memang layan Dunhill dan pada masa itu harganya RM4.50 untuk 14 batang. Tapi sekarang katanya dah mencecah RM17 sekotak untuk 20 batang. Wow... gila! Seorang kawan bagi tahu kalau syarikat British American Tobacco (BAT), pengeluar Dunhill katanya nak tutup kedai kat Malaysia, dan nak pindah ke Indonesia.

Sebabnya jualan rokok dikatakan merudum habis sejak kerajaan terus menaikkan cukai tembakau dan terpaksa dijual pada harga tinggi. Meletupnya rokok elektronik atau vape menambah sakit kepala kepada pengeluar rokok di negara ini. Hemmm.... baguslah!

Tup-tup petang ini aku terbaca laporan mengatakan KWSP nak jual share mereka dalam BAT Malaysia. Laaa... rupanya rokok yang aku hisap 10 tahun dulu tu juga hasil pelaburan duit aku sendiri dalam KWSP. Bak kata P. Ramlee.. masuk angin keluar asap!

Aku yakin bukan semua rakyat Malaysia terutama perokok-perokok ini tahu bahawa wang simpanan mereka di KWSP juga digunakan untuk melabur dalam syarikat pengeluar rokok. Sebelum ini katanya pelaburan KWSP patuh syariah, tidak melabur dalam syarikat pengeluar produk "haram", alih-alih ada cerita pasal BAT. Apa cerita yeop?
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) merancang menjual pegangannya dalam British American Tobacco (BAT) pada harga yang wajar, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya (Pelaburan) Datuk Mohamad Nasir Ab Latif.
KWSP memiliki 6.7 peratus pegangan langsung dalam syarikat tembakau itu dan memiliki 0.7 peratus menerusi pengurus dana luar.
"KWSP dari segi sejarahnya tidak pernah melabur dalam saham perjudian atau saham alkohol. Malahan, kami tidak lagi melabur dalam saham tembakau. Kami mengekalkan apa yang kami ada (pelaburan sebelumnya) dan pada masa yang sesuai kami akan menjualnya," katanya.
Bagaimanapun, penjualan saham itu akan dilakukan pada harga yang wajar, katanya kepada pemberita pada taklimat media di sini, hari ini.
"Tiada tarikh masa (untuk menjual pegangan itu), apabila kami merasakan saham itu telah mencapai potensi penuhnya dan harga yang wajar, kami akan menjualnya," katanya.  - Bernama 4 Feb 2016
Hemm...

Aku cadang para perokok tegar kat Malaysia ni tubuh konsortium dan beli saham KWSP dalam BAT ini. Mana tahu bila korang ada share dalam BAT boleh la cadang turunkan harga rokok di pasaran, atau sekurang-kurang dapat hisap rokok free.

Amacam?

Bila kuman seberang laut nampak....

Terguling-guling aku baca kenyataan dari pejabat  Perdana Menteri (JPO) dalam Utusan Malaysia hari ini berhubung "pemecatan" Mukhriz sebagai MB Kedah. Alasan konon Mukhriz hilang sokongan majoriti kerana masalah keyakinan terhadap kepimpinan.

Tang mana tindakan Mukhriz sehingga menyebabkan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya aku pun tak pasti. Nak kata ada buat kompeni gomen rugi berbilion macam 1MDB tak ada pulak. Nak kata sebab dapat derma berbilion dan masukkan dalam akaun peribadi, tak ada jugak. Yang ada hanya bertanya kepada PM soal 1MDB dan duit derma yang sampai hari ini Najib tak jawab dengan jelas.

Takkan sebab itu pun Mukhriz sampai kena pecat sebagai MB. Betul juga kata lakinya Ummi Aida, MB Pahang yang sekarang berdiam diri pasal isu bauksit tak ada pula sampai kena suruh turun jawatan. Lebih jelas lagi, Najib sendiri yang terpalit dengan skandal 1MDB dan derma pak Arab sampai kecoh satu dunia, kenapa pula dipertahankan?

Inilah dinamakan double standard atau orang tua-tua kata, kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak.

Lebih lawak lagi kenyataan JPO itu berkata, pemecatan Mukhriz konon untuk memastikan BN terus dapat dipertahankan di Kedah. Apa ke jadah nak pertahan Kedah kalau Putrajaya dan seluruh negeri lain goncang akibat keserakahan Najib yang terpalit dengan pelbagai isu. Tak guna nak pecat Mukhriz konon dan jaga Kedah, kalau Putrajaya dan negeri-negeri lain tumbang dalam PRU-14 nanti.

Kedah cuma sebuah negeri dan pernah tumbang kepada pembangkang pada PRU-12 lalu. Tapi jangan lupa, Putrajaya pun boleh tumbang andai mempunyai pemimpin yang terpalit dengan pelbagai isu dan skandal.

JPO (yang mewakli suara PM sendiri) hanya lihat kehilangan keyakinan pemimpin UMNO Kedah terhadap Mukhriz, sedangkan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi seluruh negara yang hilang keyakinan terhadap Presiden parti tidak pula dinyatakan. Malah dipertahankan oleh ketua-ketua bahagian.

Jadi, aku rasa kalau UMNO nak pecat mana-mana MB atau Pengerusi Perhubungan UMNO negeri yang gagal, sepatutnya tindakan sama dilakukan terhadap para pemimpin negeri lain yang juga tidak melakukan apa-apa yang drastik untuk memastikan kemenangan BN pada PRU-14 nanti.

Jangan fikir Johor selamat dan MB-nya boleh goyang kaki dan tidak perlu dilihat kad laporan prestasinya. Jangan ingat MB-MB Negeri Sembilan, Perak, Melaka boleh duduk selesa ketika pakatan pembangkang dikepalai DAP semakin rancak menyusun strategi untuk merampas negeri-negeri berkenaan untuk menakluki Putrajaya.

Jangan terlalu yakin BN dapat laluan selesa pada pilihan raya negeri Sarawak dan para pengerusi perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Selangor juga perlu diintai sama ada sudah ada perancangan jitu untuk merampas kembali kedua-dua negeri ini daripada DAP atau masih lagi bergoyang kaki.

Sebabnya Kedah hanya sebuah negeri tetapi Putrajaya adalah nadi negara. Gagal kepimpinan negara boleh menumbangkan kerajaan kepada parti pembangkang. Ingat, rakyat hanya memerhati perlakuan pemimpin negara dan menunggu masa untuk dituangkannya dalam peti undi.

03 February 2016

Bashah akan diludah kalau gagal atasi prestasi Mukhriz

Ahmad Bashah jadi MB Kedah, tapi jangan sampai kena ludah...
 
Akhirnya impian Ahmad Bashah untuk menduduki kerusi MB Kedah tercapai hari ini. Aku tak tahu nak ucap tahniah ke apa sebab maklum kerusi ini memang panas yeop. Hari ini kita minta orang lain turun, esok-esok orang lain pula minta kita turun.

Cuma aku harap Ahmad Bashah kena tunjuk dan buktikan bahawa dia lebih baik daripada Mukhriz dalam segala hal, memandangkan antara alasan beliau dan ADUN-ADUN dan pemimpin UMNO menyokong penukaran MB adalah "kegagalan Mukhriz mengemudi parti dan negeri itu".

Soal kad prestasi ini sebetulnya sukar nak dinilai. Belum pun cukup tiga tahun mengemudi Kedah, sudah tentu tak banyak kesan yang akan nampak. Macam juga masa zaman bapa Mukhriz jadi PM dulu. Apa yang dia buat semua ditentang oleh kebanyakan rakyat dan anggap dasar-dasarnya bodoh dan tidak realistik.

Tapi hari ini, bila dia dah bersara, masih ramai mengharap dia kembali ke gelanggang politik. Rakyat juga mula mendulang hasil daripada dasar-dasar yang telah dibuat. Biasalah manusia ini masa kita hidup kita dibenci, dah mati baru nak dikenang-kenang.

Tak tahulah sebab aku bukan anak Kedah dan amat jarang ke negeri jelapang padi sejak PRU-13 lalu. Jadi aku tak boleh menilai di mana kegagalan Mukhriz yang didakwa Ahmad Bashah dan rakan-rakannya. Dan aku juga tidak nampak apa yang telah dilakukan oleh Mukhriz sepanjang tiga tahun jadi MB. Mungkin sebab aku tak berada di Kedah.

Dengan menendang Mukhriz atas alasan prestasi (tapi aku percaya ia disebabkan oleh kelantangan beliau menghentam PM dalam isu 1MDB dan derma). Jadi Bashah sebagai penggantinya pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat Kedah tentang dasar-dasarnya yang diharap jauh lebih baik daripada apa yang telah dilakukan Mukhriz, atau MB-MB Kedah lain sebelum ini.

Rakyat akan menilai pula Ahmad Bashah sebagai MB. Kalau dia lebih berjaya daripada Mukhriz, Alhamdulillah. Tapi kalau dia cakap degang-degang tapi habuk pun tarak, atau lebih teruk daripada Mukhriz, eloklah rakyat Kedah ramai-ramai pakat ludah kat mukanya.

02 February 2016

Wajah selebriti Indonesia ketika bangun tidur

Ada orang kata kalau nak lihat kecantikan sebenar seorang wanita ialah melihat mereka ketika bangun dari tidur. Kalau dalam keadaan sedemikian mereka masih kelihatan cantik, bermakna wanita tersebut mempunyai kecantikan semula jadi dan tulen.

Aku tak tahulah sejauh mana benarnya teori yang berlegar dalam kalangan channel gosip lelaki ini tetapi nak tahu betul atau tidak bolehlah menatap wajah-wajah para selebriti cantik Indonesia ini yang dirakam saat mereka bangun dari tidur.

Hemmm...

AGNES MONICA

AURA KASIH

BUNGA CINTA LESTARI

CITA CITATA

DIAN SASTROWARDJOJO

LUNA MAYA

NIKITA MIRZANI

SYAHRINI

Amacam?

22 January 2016

Akhirnya Mukhriz menerima nasib sama seperti Muhyiddin, Shafie

Tudia akhirnya Mukhriz bakal dilucutkan sebagai MB Kedah dengan cara yang tidak terhormat, sepertimana nasib yang sama menimpa Muhyiddin dan Shafie Apdal sebelum ini. Bezanya Mukhriz "dipecat" oleh bawahannya sendiri.

Isu kedudukan Mukhriz sebagai MB Kedah sudah berkumandang sejak tahun lepas apabila namanya dikaitkan dengan team yang lantang mengkritik Najib berhubung isu 1MDB dan derma RM2.4 bilion yang sehingga kini "tiada sebarang jawapan pasti" tentang duduk perkara itu.

Banyak yang sudah mengkhabarkan bahawa kedudukan Mukhriz tergugat kerana bapanya, Tun Mahathir yang dilihat mengepalai kumpulan pendesak terhadap Najib. Manakala Mukhriz sendiri juga sesekali mencuit Najib berhubung skandal 1MDB dan wang derma.

Kemuncaknya beberapa hari lalu, segerombolan para pemimpin UMNO negeri dan ADUN-ADUN Kedah dikepalai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Ahmad Bashah telah menyatakan ketidakpercayaan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz. Dan aku percaya, Bashah tidak akan melakukan perkara itu tanpa restu daripada Putrajaya.

Mana mungkin seorang timbalan dan para bawahan berani memecat seorang ketua jika bukan ada sokongan daripada badan yang lebih tinggi kedudukannya. Tidak... tidak mungkin.

Jadi aku melihat isu "hilang kepercayaan" terhadap Mukhriz adalah cara paling afdal untuk Najib menyingkirkan Mukhriz, yang dilihat sebagai saki-baki "orang Mahathir" dalam barisan kepimpinan Najib.

Walaupun hari ini Najib dikatakan akan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan UMNO Kedah, tapi ia hanya sekadar formaliti sedangkan kita semua sudah tahu apa keputusan yang akan dibuat oleh Najib selaku Presiden parti dan Perdana Menteri.

Apapun aku berharap Mukhriz tabah menghadapi dugaan seperti ini. Beliau perlu jadikan bapanya sebagai contoh di mana Mahathir sendiri pernah mengalami situasi jatuh dan bangun kembali sehingga mencapai puncak sebagai pemimpin negara.

Cabaran yang dihadapi oleh Mukhriz hanyalah kecil berbanding para pemimpin lain sebelum ini. Jatuh hari ini tidak bermakna esok-esok mereka tidak boleh bangkit kembali. Sejarah politik dunia telah membuktikan bahawa pemimpin yang agong adalah datang daripada mereka yang pernah tersungkur.

Bertabahlah!

18 January 2016

FAM kenakan syarat kejam terhadap OKS

Kejamnya FAM terhadap jurulatih baru skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee. Masakan tidak, pengendali skuad Harimau Malaya itu dikenakan tiga syarat yang aku rasa amat mustahil untuk dicapai.

Tiga syarat yang dikenakan FAM terhadap OKS ialah:
  1. Membawa skuad Harimau Malaya menang perlawanan playoff  Kelayakan Piala Asia 2019 yang bermula tahun depan.
  2. Memperbaiki ranking FIFA negara daripada tempat 171 ke tangga 140. Lonjakan 31 mata berbanding sekarang. Perghhh...
  3. Memenangi Piala AFF Suzuki 2016 di Filipina dan Myanmar yang akan berlangsung pada 18 Disember ini.
Sedangkan OKS diberi kontrak selama dua tahun sahaja.

Untuk mencapai syarat pertama itu aku tak berani nak kata sebab masa masih panjang tapi nak lonjakkan 30 anak tangga dalam ranking FIFA sudah pasti OKS memerlukan bukan sekadar kepakaran, tetapi ilmu magik.

Boleh... Malaysia boleh naik ke tangga 140 FIFA kalau diadakan perlawanan Kelas A secara lebih kerap dan pasukan lawan pula lebih tinggi ranking berbanding Malaysia. Persoalannya, pasukan mana yang mahu berlawan dengan kita? Paling-paling Bangladesh sajalah atau pasukan-pasukan lain yang setara Malaysia.

Dan perlawanan itu pula perlu dilakukan lebih kerap, mungkin 3 bulan sekali. Siapa yang ditugaskan mengatur perlawanan ini? Sudah tentulah FAM dan bukannya OKS. Perlawanan tersebut tidak membabitkan perlawanan sarkas yang tidak memberi sebarang manfaat dalam perubahan ranking.

Syarat ketiga juga bagi aku agak sukar jika OKS masih bergantung kepada para pemain sama dan pemain-pemain senior yang ada sekarang. Sebabnya aku lihat prestasi pemain terbabit tidak lagi sebaik dulu, atau mungkin mereka tidak lagi ghairah untuk mewakili negara kerana sudah diberi gaji lumayan di kelab-kelab.

Kalau OKS masih bergantung kepada Safee Sali, Shafiq Rahim, Amri Yahyah dan lain-lain, aku yakin Malaysia agak sudah untuk mencapai kejayaan di peringkat Piala AFF sekali pun. Sebabnya para pemain terbabit semakin dimamah usia, manakala pasukan lain seperti Thailand, Vietnam, Myanmar atau Singapura yang dibarisi para pemain muda.

Bagi aku sama ada pilih OKS, Bojan Hoddak atau Robert Alberts atau waiman Jose Mourinho sekali pun, mereka amat sukar untuk memenuhi syarat kejam FAM ini -- dengan masa yang terbatas, pemain yang terhad dan bajet yang terbatas amat mustahil untuk dicapai.

Tapi bak kata orang, bola itu bulat apa sahaja boleh berlaku!

15 January 2016

Syarikat kosmetik makin kemarut taja pasukan bola

Wahh... Sejak Qu Puteh (Vida Beauty) menaja pasukan bola sepak Kelantan, khabarnya berduyun-duyun pula syarikat kosmetik lain nak menaja pasukan bola negeri dan kelab-kelab Liga Malaysia, baik Liga Super mahupun Liga Perdana.

Selepas Datuk Seri Vida taja RM20 juta untuk Kelantan, syarikat seperti D'Herbs (milik Datuk Aliff terlajak laris) dan NV (Nouvelles Visages)  pun khabarnya sedia mengeluarkan pembiayaan untuk pasukan bola. D'Herbs dikatakan berminat dengan Selangor manakala NV dikaitkan dengan JDT dan Pahang.

Dalam diam-diam sebuah lagi syarikat kosmetik iaitu Megah Perawan khabarnya telah mengadakan perbincangan untuk menaja pasukan PKNS FC. Betul ke tu?

Pemilik Megah Perawan telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan PKNS FC di Sungai Buloh baru-baru ini.
Alhamdulillah. Mujur ada Pamoga. Yelah, DS Vida telah mencelikkan mata pengusaha-pengusaha kosmetik untuk menaja pasukan bola. Yelah selama ini mereka ingat syarikat mereka cuma sesuai menaja artis kahwin saja, rupanya taja pasukan bola pun boleh memberi impak yang besar.

Maklum taja artis kahwin ni risiko tinggi. Dah berhabis berjuta-juta untuk majlis perkahwinan mereka tup-tup tak sampai setahun rumah tangga dah bergoncang. Tak kurang juga yang bercerai-berai. Artis yang ditaja pun semakin suam.

Alangkah lebih baik menaja pasukan bola. Bukan sahaja saingan liga berjalan setahun, tetapi dengan kehadiran penonton di stadium dan tayangan langsung di TV yang ditonton berjuta-juta umat sudah tentu memberi impak lebih besar kepada jualan produk mereka.

Tapi bak kata pemilik JDT, Tunku Ismail, jangan pula syarikat kosmetik ingat para pemain dan pasukan bola yang ditaja tu dijadikan model untuk memperaga produk mereka pula. Takut nanti seluruh stadium penuh dengan botol-botol produk kecantikan. Tolak ketepilah dengan syarat cat stadium dengan warna pink dan jersi pink.

Syarikat-syarikat yang menaja pasukan bola sepak kenalah profesional dan tidak melayan pemain seperti artis atau pelawak yang terpaksa memperaga produk mereka semata-mata tuntutan penaja. Atau jangan pula nanti sebab mereka penaja, maka ada pula makcik-makcik ni nak turun padang main bola sama. Mamposss....!!

Ingat gelanggang bola sepak  bukannya gelanggang Maharaja Lawak Mega atau Gegar Vaganza naaa...