22 January 2016

Akhirnya Mukhriz menerima nasib sama seperti Muhyiddin, Shafie

Tudia akhirnya Mukhriz bakal dilucutkan sebagai MB Kedah dengan cara yang tidak terhormat, sepertimana nasib yang sama menimpa Muhyiddin dan Shafie Apdal sebelum ini. Bezanya Mukhriz "dipecat" oleh bawahannya sendiri.

Isu kedudukan Mukhriz sebagai MB Kedah sudah berkumandang sejak tahun lepas apabila namanya dikaitkan dengan team yang lantang mengkritik Najib berhubung isu 1MDB dan derma RM2.4 bilion yang sehingga kini "tiada sebarang jawapan pasti" tentang duduk perkara itu.

Banyak yang sudah mengkhabarkan bahawa kedudukan Mukhriz tergugat kerana bapanya, Tun Mahathir yang dilihat mengepalai kumpulan pendesak terhadap Najib. Manakala Mukhriz sendiri juga sesekali mencuit Najib berhubung skandal 1MDB dan wang derma.

Kemuncaknya beberapa hari lalu, segerombolan para pemimpin UMNO negeri dan ADUN-ADUN Kedah dikepalai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Ahmad Bashah telah menyatakan ketidakpercayaan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz. Dan aku percaya, Bashah tidak akan melakukan perkara itu tanpa restu daripada Putrajaya.

Mana mungkin seorang timbalan dan para bawahan berani memecat seorang ketua jika bukan ada sokongan daripada badan yang lebih tinggi kedudukannya. Tidak... tidak mungkin.

Jadi aku melihat isu "hilang kepercayaan" terhadap Mukhriz adalah cara paling afdal untuk Najib menyingkirkan Mukhriz, yang dilihat sebagai saki-baki "orang Mahathir" dalam barisan kepimpinan Najib.

Walaupun hari ini Najib dikatakan akan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan UMNO Kedah, tapi ia hanya sekadar formaliti sedangkan kita semua sudah tahu apa keputusan yang akan dibuat oleh Najib selaku Presiden parti dan Perdana Menteri.

Apapun aku berharap Mukhriz tabah menghadapi dugaan seperti ini. Beliau perlu jadikan bapanya sebagai contoh di mana Mahathir sendiri pernah mengalami situasi jatuh dan bangun kembali sehingga mencapai puncak sebagai pemimpin negara.

Cabaran yang dihadapi oleh Mukhriz hanyalah kecil berbanding para pemimpin lain sebelum ini. Jatuh hari ini tidak bermakna esok-esok mereka tidak boleh bangkit kembali. Sejarah politik dunia telah membuktikan bahawa pemimpin yang agong adalah datang daripada mereka yang pernah tersungkur.

Bertabahlah!

Share this

8 Responses to "Akhirnya Mukhriz menerima nasib sama seperti Muhyiddin, Shafie"

  1. Akhirnya mamakdey terpaksa terima hakikat pembalasan atas kelakuan serupa yg pernah dia lakukan keatas orang lain diterima sedebik atas muka dia sendiri. Anaknya menerima atas pihak si mamakdey....kehkehkehkeh...,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sembang jangan kencang dulu, perkara belum sahih

      Delete
  2. Sepak gol sendiri... macam mana tak kena buang???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah dalam sejarah FIFA pemain dibuang padang sbb jaring gol sendiri. Ni baru ni...


      Delete
    2. Kita kata kena buang... bukan buang padang oleh referee....
      Manager team buang pemain sepak goal sendiri dan ganti dengan pemain berpasukan sepak gol gawang lawan. Buang seperti ini standard practice kat FIFA sejak ditubuhkan.
      Lepas tuh Board kepada pasukan pulak ambil tindakan disiplin denda (duit) dan freezekan pemain macam mancini kat manchester city pernah buat??? Hahaha...

      Delete
    3. Perghh.. Yelah yelah. Aku setuju jeh bro

      Delete
    4. Enakmen itu menetapkan gaji Adun negeri Kedah akan dinaikkan daripada RM4,112 kepada RM11,000 sebulan.

      Gaji speaker dan 10 anggota exco pula akan dinaikkan daripada RM6,109 kepada RM14,000 sebulan manakala gaji timbalan speaker daripada RM3,993 kepada RM7,000 sebulan.

      Gaji baharu menteri besar pula adalah RM22,000 sebulan berbanding RM14,175 sebulan sebelum ini.

      - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dun-kedah-lulus-kenaikan-gaji-wakil-rakyat#sthash.fM9yFtui.dpuf

      Delete
  3. Salam Admin:
    Kita nak yang terbaik untuk rakyat marhaen macam kita semua nih (dan juga semua rakyat Kedah).
    Bila berlaku perbalahan yang susahnya rakyat marhaen. Kita undi ADUN dan MP bukan suruh dorang gaduh2. Kita suruh dorang kerja kuat2 untuk kesejahteraan kita bersama (dan negara kita yang tercinta). Mereka2 nih dibayar gaji dan tindakan tidak boleh bekerjasama sebagai satu pasukan adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat marhaen yang semakin terhimpit oleh peningkatan kos sara hidup dan pelbagai jenis cukai. Gaji Adun2 Kedah naik lebih 100% tahun lalu!!! Tapi kerja hakiki ??? tak buat. Yang kita minta... satu hati memakmurkan negara kita dan rakyat hidup senang. Amiin 1000x.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.