01 January 2016

Anak remaja kita makin hilang moral kerana media sosial. Setuju?


Kisah remaja 14 tahun yang sanggup berbohong konon diculik semata-mata untuk bersama teman lelaki yang baru dikenali bukanlah mengejutkan bagi aku. Sebabnya kisah gadis ini hanya satu daripada ratusan remaja seusia cukup muda yang terjebak dengan kegiatan tidak bermoral angkara pengaruh media sosial.

Tidak perlu kita menyelongkar jauh. Cukup kalau kita Google sahaja berlambak-lambar gambar-gambar selfie remaja dalam keadaan tidak berpakaian atau menayangkan aset-aset mereka tanpa segan silu. Itu  belum ambil kira para remaja yang merakam adegan 'berahi' mereka termasuk dalam semak atau di atas motorsikal.

Bagi aku telefon pintar dan media sosial merupakan punca para remaja kita semakin hilang moral. Aplikasi media sosial seperti WeChat, WhatsApp, Badoo, BeeTalk, Tags, Hi5 dan lain-lain antara contoh media sosial yang digilai remaja. Mereka menggunakan aplikasi-aplikasi ini untuk bersosial dia alam maya. Faham-faham sahajalah kalau di alam maya ini segala syaitan semuanya ada, berkeliaran mencari mangsa.

Dengan sedikit pujuk rayu anak-anak gadis yang masih mentah dan berakal pendek ini cepat sangat mengikut kehendak, lebih-lebih lagi lelaki yang mereka kenali di media sosial ini sudah dianggap sebagai "kekasih". Mula-mula dengan kata-kata menggoda melalui tulisan, kemudian bertukar-tukar gambar tanpa pakaian yang akhirnya membawa ke alam nyata.
Dalam hal ini kita tidak boleh salahkan teknologi. Sebaliknya yang perlu disalahkan ialah kita sebagai pengguna dan yang penting ibu bapa. Aku tengok ramai ibu bapa yang memberi kebebasan kepada anak-anak remaja malah di peringkat sekolah rendah lagi, untuk memiliki telefon pintar dengan alasan, kesian sebab rakan-rakan lain semua ada.

Ada juga kata beri telefon bimbit tapi tak ada talian data, tapi mereka lupa begitu banyak talian jalur lebar percuma yang boleh diperoleh di mana-mana. Sudahlah telefon tu sebesar tapak tangan yang kalau anak-anak sorok dalam baju dalam pun mak bapak tak nampak.

Peranan ibu bapa ialah memerhati gelagat anak-anak remaja kita, terutama remaja perempuan. Kalau mereka mengunci diri di dalam bilik dengan telefon di tangan, apakah yang kita fikirkan? Mungkin mak bapak fikir anak kita baik. Dia guna telefon untuk belajar. Tapi siapa tahu kalau dia berhubung dengan lelaki di media sosial?

Bagi aku simple saja. Mencegah lebih baik daripada mengubat. Begitu juga dalam penggunaan media sosial di kalangan anak-anak remaja kita. Bukan begitu?

Kalau anak gadis kita berbual seperti ini di media sosial apa perasaan kita sebagai mak bapak?

Share this

0 Comment to "Anak remaja kita makin hilang moral kerana media sosial. Setuju?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.