06 January 2016

DS Vida kaya bukan sebab melobi bini perdana menteri!


Ramai betul yang cemburu dengan kekayaan Datuk Seri Vida, taukeh produk kecantikan Qu Puteh ini. Masakan tidak, hari-hari orang duk cerita pasal kekayaannya. Lebih-lebih lagi sejak dia menaja program Gegar Vaganza yang khabarnya meningkatkan jualan walaupun ramai yang "menyampah" melihat sikap DS Vida dalam program itu yang dianggap terlebih sudu dari kuah.

Sejak akhir-akhirnya tersebar pula gambar-gambar rumah mewahnya bernilai RM20 juta dan deretan kereta mewahnya. Ada juga yang banding penampilan DS Vida dengan Mark Zuekerberg, tauke Facebook yang juga bilioner dunia.

Kalau tanya aku, aku salut dengan makcik Kelate yang satu ini. Sebab kekayaannya adalah hasil usaha keras beliau dalam menjalankan perniagaannya dan kebijaksanaannya dalam pelan perniagaan. Bukan sesetengah ahli perniagaan itu yang kaya-raya kerana menjadi proksi atau kerana kuat melobi dan membodek bini Perdana Menteri atau ahli-ahli politik tertentu.

Aku juga respek dengan DS Vida sebab dia mempunyai ciri-ciri usahawan jaya. Apa cirinya? Muka tak malu... Ya DS Vida tak malu melompat-lompat dalam TV, menyanyi walaupun suara sumbang mambang, atau beraksi mengalahkan badut sebab pada akhirnya dia tahu produk jualannya semakin laris di pasaran.

Tidak seperti sesetengah tu yang sanggup menebeng hari-hari di depan pintu masuk Menara Dato Onn semata-mata nak cari peluang bersalam dan cium tangan pemimpin-pemimpin politik negara, atau sanggup berhabis modal menaja ahli-ahli politik dalam kempen parti.

Orang mungkin tidak tahu bahawa DS Vida pernah mengalami kesukaran dalam hidupnya sebelum dia mengecap kekayaan sehingga hari ini. Ya, kekayaan DS Vida bukan dalam bergolek dan dalam satu malam tetapi diperoleh hasil kerja kerasnya, kecekalannya, ketabahannya, kesungguhannya.

Tapi biasalah orang kita tak tengok semua tu. Bila ada bangsa sendiri kaya raya mereka mula mencari kelemahan dengan harapan bangsa sendiri itu jatuh tersengkur.

Jadi kepada DS Vida, teruskan usaha. Aku bangga ada orang Melayu dan Islam sepertinya yang bergelar jutawan. Sekurang-kurang dapatlah bantu Melayu lain. Kalau tak kaya sepertinya pun sekurang-kurang dapat putihkan kulit yang kusam dan hitam.

Biasalah tabiat manusia, selain nak kaya mereka juga nak kelihatan cantik. Tahniah DS Vida!

Share this

2 Responses to "DS Vida kaya bukan sebab melobi bini perdana menteri!"

  1. Doa dari kami rakyat Malaysia semoga DS Dr Vida teruskan cita-cita murni beliau. Selamat Maju Jaya...

    ReplyDelete
  2. MELAYU SALUTE TENGOK CINA KAYA TAPI MENYAMPAH TNGOK MELAYU SENANG....ITULA MELAYU

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.