18 January 2016

FAM kenakan syarat kejam terhadap OKS

Kejamnya FAM terhadap jurulatih baru skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee. Masakan tidak, pengendali skuad Harimau Malaya itu dikenakan tiga syarat yang aku rasa amat mustahil untuk dicapai.

Tiga syarat yang dikenakan FAM terhadap OKS ialah:
  1. Membawa skuad Harimau Malaya menang perlawanan playoff  Kelayakan Piala Asia 2019 yang bermula tahun depan.
  2. Memperbaiki ranking FIFA negara daripada tempat 171 ke tangga 140. Lonjakan 31 mata berbanding sekarang. Perghhh...
  3. Memenangi Piala AFF Suzuki 2016 di Filipina dan Myanmar yang akan berlangsung pada 18 Disember ini.
Sedangkan OKS diberi kontrak selama dua tahun sahaja.

Untuk mencapai syarat pertama itu aku tak berani nak kata sebab masa masih panjang tapi nak lonjakkan 30 anak tangga dalam ranking FIFA sudah pasti OKS memerlukan bukan sekadar kepakaran, tetapi ilmu magik.

Boleh... Malaysia boleh naik ke tangga 140 FIFA kalau diadakan perlawanan Kelas A secara lebih kerap dan pasukan lawan pula lebih tinggi ranking berbanding Malaysia. Persoalannya, pasukan mana yang mahu berlawan dengan kita? Paling-paling Bangladesh sajalah atau pasukan-pasukan lain yang setara Malaysia.

Dan perlawanan itu pula perlu dilakukan lebih kerap, mungkin 3 bulan sekali. Siapa yang ditugaskan mengatur perlawanan ini? Sudah tentulah FAM dan bukannya OKS. Perlawanan tersebut tidak membabitkan perlawanan sarkas yang tidak memberi sebarang manfaat dalam perubahan ranking.

Syarat ketiga juga bagi aku agak sukar jika OKS masih bergantung kepada para pemain sama dan pemain-pemain senior yang ada sekarang. Sebabnya aku lihat prestasi pemain terbabit tidak lagi sebaik dulu, atau mungkin mereka tidak lagi ghairah untuk mewakili negara kerana sudah diberi gaji lumayan di kelab-kelab.

Kalau OKS masih bergantung kepada Safee Sali, Shafiq Rahim, Amri Yahyah dan lain-lain, aku yakin Malaysia agak sudah untuk mencapai kejayaan di peringkat Piala AFF sekali pun. Sebabnya para pemain terbabit semakin dimamah usia, manakala pasukan lain seperti Thailand, Vietnam, Myanmar atau Singapura yang dibarisi para pemain muda.

Bagi aku sama ada pilih OKS, Bojan Hoddak atau Robert Alberts atau waiman Jose Mourinho sekali pun, mereka amat sukar untuk memenuhi syarat kejam FAM ini -- dengan masa yang terbatas, pemain yang terhad dan bajet yang terbatas amat mustahil untuk dicapai.

Tapi bak kata orang, bola itu bulat apa sahaja boleh berlaku!

Share this

0 Comment to "FAM kenakan syarat kejam terhadap OKS"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.