01 January 2016

Satu Malaya kena "prank" budak perempuan 14 tahun!


Budak perempuan berusia 14 tahun yang sejak seminggu menimbulkan keresahan di kalangan rakyat Malaysia terutama para ibu bapa apabila dia dikatakan diculik oleh empat lelaki yang menaiki van berwarna putih.

Kejadian dilaporkan berlaku Ahad lepas selepas dia tidak pulang ke rumah keluarganya di Klang. Lebih mendebarkan apabila dia menghubungi kakak angkatnya mengatakan dia diculik. Rakaman perbualan mereka menjadi viral di media sosial.

Polis yang menyiasat laporan itu menubuhkan pasukan khas untuk menjejaki anak gadis ini. Malah ada mak bapak lain yang tak lena tidur memikirkan nasib ganis manis ini. Mak bapaknya dah tentulah.

Namun selepas seminggu kehilangan remaja bernama Nur Amirah Athirah ini diratapi hari ini dia dimaki hamun oleh segenap masyarakat. Ini gara-gara dia ditemui oleh anggota polis bersama seorang lelaki yang diakuinya boyfrend-nya.

Hati mana tak sakit beb kalau budak umur setahun jagung dah pandai menipu sedemikian rupa semata-mata untuk menikmati "kebebasan" daripada belenggu ibu bapanya.

Mengikut pengakuannya, dia sengaja mereka cerita diculik untuk membolehkan dia mengikuti teman lelakinya berusia 19 tahun dan selama dia "diculik" khabarnya dia tinggal di rumah lelaki itu.

Cis... cis... cis... Itulah antara sumpah seranah orang ramai terhadap remaja ini. Kesian mak bapaknya. Kesian anggota polis yang siang malam menjejakinya. Kesian juga orang lain yang sama-sama bimbang keselamatannya.

NUR Amirah Athirah Abdul Majid bersama teman lelakinya berusia 19 tahun ketika ditahan pihak polis di sebuah stesen minyak di Banting malam tadi. 
Tapi ternyata itu semua lakonan. Perghhh.... Hebat kau dik! Satu Malaya kau prank dan kencing. Ni minggu depan nak sekolah macam mana ni dik? Nak PT3 lagi...

Apapun janganlah marah sangat dengan dia. Namanya dah remaja, akal singkat. Tak fikir panjang dan masa depan. Apa yang difikirkan ialah keseronokan. Boleh jadi juga pengaruh media sosial.

Kepada mereka yang ada anak remaja macam aku, eloklah mengawasi anak-anak daripada dipengaruhi media sosial. Jangan terlalu diberikan kebebasan menggunakan telefon pintar atau internet. Inilah jadinya.

Apapun aku doa yang terbaik untuk dia, kerana masa depannya masih panjang.

Share this

0 Comment to "Satu Malaya kena "prank" budak perempuan 14 tahun!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.