03 February 2016

Bashah akan diludah kalau gagal atasi prestasi Mukhriz

Ahmad Bashah jadi MB Kedah, tapi jangan sampai kena ludah...
 
Akhirnya impian Ahmad Bashah untuk menduduki kerusi MB Kedah tercapai hari ini. Aku tak tahu nak ucap tahniah ke apa sebab maklum kerusi ini memang panas yeop. Hari ini kita minta orang lain turun, esok-esok orang lain pula minta kita turun.

Cuma aku harap Ahmad Bashah kena tunjuk dan buktikan bahawa dia lebih baik daripada Mukhriz dalam segala hal, memandangkan antara alasan beliau dan ADUN-ADUN dan pemimpin UMNO menyokong penukaran MB adalah "kegagalan Mukhriz mengemudi parti dan negeri itu".

Soal kad prestasi ini sebetulnya sukar nak dinilai. Belum pun cukup tiga tahun mengemudi Kedah, sudah tentu tak banyak kesan yang akan nampak. Macam juga masa zaman bapa Mukhriz jadi PM dulu. Apa yang dia buat semua ditentang oleh kebanyakan rakyat dan anggap dasar-dasarnya bodoh dan tidak realistik.

Tapi hari ini, bila dia dah bersara, masih ramai mengharap dia kembali ke gelanggang politik. Rakyat juga mula mendulang hasil daripada dasar-dasar yang telah dibuat. Biasalah manusia ini masa kita hidup kita dibenci, dah mati baru nak dikenang-kenang.

Tak tahulah sebab aku bukan anak Kedah dan amat jarang ke negeri jelapang padi sejak PRU-13 lalu. Jadi aku tak boleh menilai di mana kegagalan Mukhriz yang didakwa Ahmad Bashah dan rakan-rakannya. Dan aku juga tidak nampak apa yang telah dilakukan oleh Mukhriz sepanjang tiga tahun jadi MB. Mungkin sebab aku tak berada di Kedah.

Dengan menendang Mukhriz atas alasan prestasi (tapi aku percaya ia disebabkan oleh kelantangan beliau menghentam PM dalam isu 1MDB dan derma). Jadi Bashah sebagai penggantinya pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat Kedah tentang dasar-dasarnya yang diharap jauh lebih baik daripada apa yang telah dilakukan Mukhriz, atau MB-MB Kedah lain sebelum ini.

Rakyat akan menilai pula Ahmad Bashah sebagai MB. Kalau dia lebih berjaya daripada Mukhriz, Alhamdulillah. Tapi kalau dia cakap degang-degang tapi habuk pun tarak, atau lebih teruk daripada Mukhriz, eloklah rakyat Kedah ramai-ramai pakat ludah kat mukanya.

Share this

2 Responses to "Bashah akan diludah kalau gagal atasi prestasi Mukhriz"

  1. semak sikit encik sebelum post, banyak salah ejaannya. walaupun menggunakan mesin taip buruk, hasil tulisan yang baik tetap ada ilmunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... terima kasih bro. Salah ejaan tak apa, jangan salah guna kuasa macam politikus-politikus negara, ops!

      Delete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.